"Ana! Tolong aku!""Tidak!"
"Please Ana! Don't leave me!"
"Tolong aku. Aku tak nak mati kat sini. Ana, tolong aku."
"Kita kawan kan Ana? Kau takkan tinggalkan aku. Kau dah janji!"
"Aku give up. I'm done!"
"Kalau kau kawan aku, kau akan tarik picu tu untuk aku."
"Bunuh aku Ana. Sekarang!"
Ana telah lakukan segala-galanya untuk hidup. Kini dia penat. Tidak mampu lagi meneruskannya. Dia akan mati di situ juga.
~
"Pada 27 Disember yang lalu, satu wabak misteri telah melanda daerah Kudat. Bagi menghalang wabak tersebut tersebar ke luar daerah Kudat kerajaan telah mengambil langkah terbaik untuk mengkuarantinkan daerah tersebut. Sesiapa yang menghampiri perimeter kawasan daerah Kudat, anda diminta supaya berpatah balik. Saya ulang, sila berpatah balik."
"Wabak misteri telah tersebar. Anda diminta datang menjalankan pemeriksaan di setiap kem pemeriksaan kecemasan bagi memastikan anda bebas daripada wabak tersebut. Sila hubung 1800-*** untuk sebarang pertanyaan atau layari laman web Kementerian Kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut."
"Daerah Kudat diisytiharkan darurat oleh kerajaan pusat. Pasukan keselamatan telah memagari kawasan larangan, dan memantau dengan ketat. Sebarang komunikasi akan diputuskan dalam masa 7 jam bermula 10:00 pagi ini."
"WABAK MISTERI; WHO sedia mengambil langkah membantu dalam menyelidik dan kini dalam usaha mencari penawar bagi wabak misteri yang telah tersebar di daerah Kudat."
Dunia gempar dengan berita satu wabak misteri. Ratusan kontroversi tercetus. Ramai yang percaya, ramai juga yang mendakwa semuanya karut.Tidak bagi aku. Itu bukan karut mahupun cerita-cerita kosong. Aku tahu, sebab aku ada ketika semua itu berlaku. Dan kisah gadis bernama Ana tu, memang aku tahu. Sebabnya...
Akulah Ana.
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...