Bab 4

6.5K 656 72
                                    

Wabak Misteri’

7.15 pagi, 27 Disember 2016

Aku tiba di sekolah lewat. Baru sebentar tadi aku ditahan oleh Ketua Pengawas Enue, yang mencatatkan namaku di buku catatan kecilnya. Namaku pasti diserahkan kepada guru disiplin, Cikgu Jodd.

Dari jauh, kedengaran kelas 4 Samsung riuh. Pasti tiada guru yang masuk ke kelas sekarang. Ketika di hadapan kelas, Edd dan Rem hampir melanggarku. Mereka meminta maaf kemudian menyambung aktiviti kejar-mengejar mereka. Aku meletakkan beg ke dalam loker di belakang kelas. Wanah menyapaku sambil menampar lembut bahuku.

"Lewat lagi. Kau tidur lewat ke semalam?" Tanya gadis bertudung itu sambil berjalan bersamaku ke tempat duduk kami yang bersebelahan.

"Aku-- you know, nightmare." Aku menjawab perlahan.

"Pasal apa?"

"Zombie,"

"What?!"

Kami dikejutkan dengan Nuee yang muncul tiba-tiba.

"Betul ke? Macam mana muka dorang?" Gadis itu mengambil tempat duduk sebelah Wanah.

Aku menjongketkan bahu, "err ngeri."

Belum sempat Nuee berkata sesuatu, Layla dan Lynn berlari masuk ke dalam kelas.

"Ana! Ada orang pengsan lagi!" Jerit mereka serentak.

Aku saling berpandangan dengan dua gadis di hadapanku.

*
Kami tiba di bilik kesihatan dan dikejutkan dengan jeritan nyaring Rica.

Dia kelihatan teruk. Rambutnya serabai, matanya merah malah anak matanya hampir naik keatas sepenuhnya.

"Sawan lagi ke?" Tanya Cikgu Chan yang turut berada di sana. Cikgu Rey dan Cikgu Charios berusaha menahan gadis itu. Cikgu Charios mengangguk laju.

"Cikgu Siti pengsan!" Maklum Charen. Dia dan Dyka berhenti di hadapan pintu dan tercungap-cungap.

Aku berpaling ke arah Cikgu Chan. Panik jelas terpancar pada wajah guru muda itu. Beliau bergegas meninggalkan bilik kesihatan dan menuju ke bilik guru aras bawah diikuti aku, Layla dan Lynn.

Tiba di hadapan pintu bilik guru tersebut, aku terhenti. Mimpi buruk semalam menjengah ke mindaku. Aku menutup kedua mataku, cuba mengusir bayangan tersebut. Aku terasa sepasang tangan mencengkam bahuku dan menggoncangku.

Aku hampir menjerit sebaik sahaja membuka mata. Lynn berdiri dihadapanku. "Kau okey tak ni?" Aku mengangguk pantas. Dia menaikkan satu kening dan mempamerkan ekspresi tidak puas hati dengan jawapanku.

"Weh! Masuk!" Layla menolak kami berdua masuk.

Ketika itu, aku tergamam. Aku bagaikan tidak percaya apa yang aku lihat kini.

Cikgu Siti berteriak, sesuatu yang tidak aku fahami. Cikgu Jesse, Cikgu Karol dan Cikgu Rety menahan beliau pada sebuah kerusi. Cikgu Rety mencapai segulung tali rafia merah daripada meja Cikgu Asry.

"Kamu! Tolong cikgu." Suara Cikgu Rety meninggi memanggil Jay, Ollie dan Adam yang turut menyaksikan kejadian tersebut.

Mereka teragak-agak namun tetap membantu. Sebanyak hampir 28 lilitan yang digunakan mereka untuk menahan Cikgu Siti.

Aku hanya mampu melihat ketiga guru wanita tersebut mengangkat Cikgu Siti masuk ke dalam pejabat Ketua Panitia Bahasa, Cikgu Jo.

"Chan, pergi ke pejabat pentadbiran, maklumankan semua guru tentang hal ni. Saya dah mesej pengetua dan beliau suruh kita adakan mesyuarat gempar. Sekarang.Jugak!"

Cikgu Chan terus bertindak tanpa melengahkan masa. Dia mengisyaratkan kami untuk mengikuti beliau. Tiba di pejabat pentadbiran, Cikgu Chan menghampiri sudut kiri dan menekan punat mikrofon.

"Perhatian kepada semua guru dan kakitangan staf tidak mengajar, sila berkumpul di bilik Akasia sekarang. Mesyuarat gempar akan diadakan sebentar lagi."

Suara Cikgu Chan tenang. Aku tahu sebabnya. Beliau tidak mahu pelajar mengesyaki apa-apa.

Cikgu berpaling menghadap kami. "Layla, Lynn go back to class. And Ana, please follow me." Arah cikgu.

Aku hanya sempat berisyarat mata dengan kedua sahabatku itu sebelum mereka beredar ke kelas.

*
Keadaan bilik mesyuarat Akasia bingit dengan suara guru-guru yang saling bertanya apa telah berlaku. Aku duduk di sudut bilik ditemani Deks, staf pembantu makmal yang sedang menjalani praktikal.

"Bertenang semua," suara pengetua bergema di setiap penjuru bilik, sekali gus menghentikan suara-suara lain.

"Saya mendapat laporan tentang kejadian sawan yang agak luar biasa berlaku di sekolah." Pengetua menyambung, "Saya dimaklumkan yang Cik Chan Jin berada di sana ketika perkara tersebut berlaku. Sila beritahu lebih lanjut."

"Sebenarnya bukan saya, tuan. Pelajar saya telah berada di sana sebelum saya sampai."

Lebih 40 pasang mata memandang ke arahku. Aku perlahan-lahan berdiri.

"Sebenarnya, Joline daripada kelas 4 iPhone merupakan pelajar pertama yang berkelakuan di luar kawalan setelah bangun daripada pengsan kelmarin. Masa tu, dia serang Rica dan Cikgu Siti halang dia. Hari ni, Rica pula yang berkelakuan sama seperti Joline kemudian Cikgu Siti." Jelasku jujur.

"Jadi ini kes sawan unik yang berjangkit?" Cikgu Diyana menyoal. Guru-guru lain mula berbisik sesama mereka.

"S-Saya tak fikir macam tu cikgu." Tanpa sedar aku menarik perhatian mereka. Aku tidak mampu menghalang diriku daripada mengemukakan pendapat aku sendiri.

"Saya rasa ni bukan sawan. Mungkin sesuatu yang lain. Saya perasan symptomnya agak pelik. Sawan takkan berjangkit begitu sahaja cikgu."

"Pelajar ni betul."

Aku berpaling ke pintu bilik. Dr Christine? Apa Dr ni buat kat sini?

"Saya dah check pelajar Joline tu. Penyakit itu sebenarnya bukan sawan."

Aku mula rasa tidak sedap hati.

"Jadi apa?" Soal Cikgu Basrie.

"Ini suatu wabak cikgu-cikgu sekalian." Pernyataan yang ringkas itu umpama bom yang terjatuh ke atas bilik tersebut. Semua guru terpana, malah aku sendiri terkaku. Deks terjatuh daripada kerusinya namun dia cepat-cepat berdiri.

Dr Christine menyambung, "saya dah hantar report tentang kes ni kat jabatan kesihatan sejak petang kelmarin namun mereka memadamkan rekod laporan saya. Saya diarahkan untuk tidak memaklumkan sesiapa--"

Beliau dipotong dengan ketibaan pembantu makmal Willy secara tiba-tiba. Tanpa menunggu kebenaran pengetua, beliau menekan punat on pada radio di tangannya.

"Wabak misteri telah tersebar. Anda diminta datang menjalankan pemeriksaan di setiap kem pemeriksaan kecemasan bagi memastikan anda bebas daripada wabak tersebut. Sila hubung 1800-*** untuk sebarang pertanyaan atau layari laman web Kementerian Kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut. Daerah Kudat diisytiharkan darurat oleh kerajaan pusat. Pasukan keselamatan telah memagari kawasan larangan, dan memantau dengan ketat. Sebarang komunikasi akan diputuskan dalam masa 7 jam bermula 10:00 pagi ini."

Bulu romaku tegak berdiri. Aku benar-benar kaku. Guru-guru panik. Masing-masing mengeluarkan telefon.

"Mustahil!"

"Macam mana ni?"

"Kita tak boleh keluar."

Aku pening seketika.

"Cikgu!"

Kami dikejutkan lagi dengan Edd dan Rem yang menerjah masuk. Mereka bagai tidak peduli dimarahi lagi.

"Cikgu Siti hilang!"

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now