Bab 10

4.1K 596 20
                                    

Keluar

11.48 pagi, 27 Disember 2016

Aku menolak pintu tandas dan melangkah keluar setelah selesai menukar pakaianku.

"Dah siap?" Esme menyoal, sambil memasukkan beberapa bungkus roti bun dan sebuah lampu suluh ke dalam beg sandangnya.

Esme? Yup! Aku mengambil keputusan untuk memanggilnya Esme, sempena nama adik yang aku sendiri bunuh. Setiap kali aku menyebut namanya, hatiku terjerut.

"Dah, jom kita gerak."

Belum sempat tanganku mencapai tombol pintu, Esme menarik hujung bajuku, membuatkan aku menoleh ke arahnya. Dia menghulurkan pistol yang pernah digunakannya untuk menyelamatkanku.

"Akak pegang," katanya. Aku teragak-agak untuk mengambil pistol itu. Sejujurnya, inilah pertama kali aku memegang pistol sebenar.

"Okey, plan macam kita bincang sebelum ni. Kita mesti pergi ke jalan besar. Kat sana, mungkin kita boleh minta bantuan." Dia mengangguk tanda faham.

Aku menyembunyikan pistol tersebut ke pinggang belakang seluarku. Kami bergerak keluar, perlahan dan penuh berhati-hati. Aku bimbang kami akan terserempak dengan penduduk perumahan yang telah dijangkiti. Dalam perjalanan, Esme tiba-tiba berhenti.

"Kak tengok ni." Dia memungut dan menayang satu kunci, yang mungkin aku kenal. Terdapat keychain lambang keluarga Targaryen dalam rancangan HBO Game of Thrones.

"Macam kunci kereta kakak Vyee. Haah, betul la ni. Aku pernah nampak keychain ni." Aku mula melihat harapan untuk kami keluar dari sini dengan mudah.

Kami bergegas ke rumah Vyee. Suasana masih sunyi, seperti sebelum ini. Pandai jugak mereka ni main sembunyi-sembunyi.

Kereta kakak Vyee masih tersadai di garaj rumah mereka. Aku berpandangan dengan Esme. Dia juga teruja dan gembira. Namun kegembiraan kami lenyap serta-merta apabila satu suara menderam kedengaran daripada belakang kami.

"Lari!" Tanpa menoleh ke belakang, kami memecut ke halaman rumah Vyee. Aku melencong ke taman mini dan mengambil cangkul.

Apabila aku kembali, aku berhadapan dengan seorang lelaki tinggi. Dia kelihatan sangat teruk dengan luka-luka torehan yang menghiasi tubuhnya. Lelaki tinggi itu menyerang bersama pekikan yang teramat menyakitkan telinga. Aku mengelak dan menghentak cangkul ke tengkuknya. Dia menjerit jatuh mencium tanah kemudiannya diam tidak bergerak lagi.

"Kak! Cepat!" Esme menjerit memanggilku.

Dia menyuruh aku masuk ke bahagian tempat duduk pemandu dan terus mengunci pintu. Eh? Dia suruh aku pandu ke?

"Akak tahu pandu kereta ke?" Dah agak dah.

"Tahu," aku mengalihkan pandanganku kepadanya seterusnya tersengih, "sikit-sikit."

"Aku tahu tekan minyak je." Tambahku.

Dia membulatkan matanya, "are you serious?!" Pelat Inggeris British nya terkeluar. Dia menepuk dahi bersama keluhan berat.

Aku cuba untuk menukarkan gear, manalah tahu kot-kot berjaya. Namun tidak ada berlaku.

"Tak ada gerak pun," aku mengomel. "Kau tahu pandu?"

"Akak tanya budak berumur 12 tahun ni ke?" Dia menjawab dan membuat muka annoyed.

Apa boleh buat dik? Kau stuck dengan gadis 16 tahun yang tak tahu memandu ni. Sabar je lah.

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now