‘10 hours’
8.00 petang, 28 Disember 2016
Kereta Ford Ranger hitam berhenti di parking VVIP hotel. Lynn memaklumkanku bahawa Adem yang memandu kereta itu. Peter membantuku turun daripada kereta seterusnya membantu Lynn dan Layla pula.
"Come on! Hurry guys!" Gesa Dyka. Dia terlebih dahulu berlari ke pintu belakang hotel dan membukanya.
Esme melompat turun daripada kereta terus berlari dan memelukku. Wanah keluar daripada pintu kereta diikuti Adem.
Kami berlari masuk kerana daripada jauh, kedengaran jeritan dan pekikan Infected-Infected. Buat seketika, aku terasa bagai hendak pitam mendaki tangga ke bumbung itu. Pandanganku berpinar.
"Kak!" Jeritan Esme menarik perhatian rakanku yang lain. Aku berpaut pada palang tangga, terasa duniaku berputar. Nampak bintang-bintang pun ada.
"Ana, kau okey ke ni?"
"Ana kau dengar tak? Kenapa dengan dia ni?"
"Extreme tired and shock, maybe." Jawapan itu jelas sekali daripada Peter.
Seseorang mencempung tubuhku dan mengangkatku. Apa yang berlaku selepas itu aku tidak tahu. Aku hanya dapat merasakan kegelapan.
"Tolong aku. Aku tak nak mati kat sini. Ana, tolong aku."
"Kita kawan kan Ana? Kau takkan tinggalkan aku. Kau dah janji!"
Aku bangkit secara mengejut. Aturan nafasku laju dan peluh merecik di dahiku.
"Hey," aku berpaling dan melihat Peter. Dia duduk melunjur sambil Esme tidur berbantalkan paha kanannya. Budak perempuan itu kelihatan lena.
"Apa dah berlaku?" Soalku kepadanya, sambil pads masa yang sama turut menyoal diriku.
"You passed-out. And we brought you here."
"That's all?"
"Yep!" Aku melihat sekeliling dan melihat rakan-rakanku tidur berterabur di semua kawasan bumbung. Hanya kelibat Lynn yang tidak kelihatan. Aku memandang Peter dan dia tahu apa yang hendak aku tanya.
"Dia pergi tandas." Aku mengangguk seraya bangun dan menuju ke pintu bumbung kemudian ke tandas.
Lynn duduk bersila di atas bangku rehat yang disediakan. Matanya dipejamkan rapat. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Mereka-- betul-betul dah tak ada ke?" Soal Lynn tanpa membuka matanya.
Itu membuatkan aku tergamam seketika. Aku mencapai tangan kanannya dan menggenggamnya dengan kedua tanganku. Aku berharap agar dia memahami keperitanku. Setiap tidurku yang diganggu saat-saat ngeri setiap kematian sahabat-sahabatku.
"Aku bunuh mereka semua Lynn. Mailey, Zalyna, Veera, dan Vyee. Semua mereka." Luahku perlahan. Tanpa aku sedar pipiku telah basah dengan air mata.
"We're not gonna make it, we--" Lynn memotong, "Ana, we will survive this. Together. Layla dah bagitau aku. Kau dah janjikan, kau selamatkan kami semua. Oleh tu kau tak boleh give up. Ingat, ada Layla, Wanah dan aku lagi tau."
Dia mengelap sisa air mata di pipiku.
"Ana, aku nak tanya sesuatu boleh tak?"
"Apa dia?"
"Botol pil dalam beg kau tu, kau punya ke?" Soalannya itu sekali lagi membuatkan aku tergamam.
Aku berdehem perlahan dan mengelap air mata yang bertakung di tubir mataku.
"T-Tu painkiller." Jawabku perlahan. Lynn memandangku seketika seperti dia tidak puas hati dengan jawapanku itu. Adem tiba-tiba datang, menyelamatkanku.
"Wei! Ni tandas perempuanlah!"
"Tahulah! Tapi kau orang perlu tahu. Telefon Peter dapat ambil signal lah."
Aku dan Lynn berpandang sebelum bangun dan berlari kd bumbung. Di sana, Layla, Wanah dan Esme berkumpul berhampiran Peter. Setiba kami di sana, Peter telah pun membuat panggilan kepada kenalannya yang tertulis Uncle Rex. Panggilan itu dijawab setelah beberapa saat.
"Peter?! Are you alright? Where are you?" Kami diam, membiarkan Peter berurusan dengan pakciknya.
"I'm fine Uncle. When I met you at the wall yesterday, you said that Banggi island is safe right? We're going there."
"Yes, yes Peter it's safe. But you gotta hurry. I've tried my best to hacked into the communication system, hoping a signal at your place so I could warn you."
"What warn? Is everything okay?"
"I want to believe it is but Peter, the United Nations have the decided to wipe off Kudat distinct off the map, forever." Aku dapat merasakan seram sejuk menjalar di bawah kulitku.
"W-what do you mean?"
"They're gonna bomb Kudat." Telefon iPhone 7+ milik Peter hampir terlepas daripada pegangannya. "They're preparing now. Peter, listen. Set your watch, you got 10 hours before they drop the bomb. D-D-Don't wa-waste-waste- t--" Panggilan terputus.
Aku kekal di tempat dudukku, terpaku, terkedu, tergamam semualah.
They're gonna bomb Kudat.
______________________________________
Last chapter? Just kidding.. Next bru last chapter
ANDA SEDANG MEMBACA
»ERROR« [ZombieMalay]
Khoa học viễn tưởng"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...
![»ERROR« [ZombieMalay]](https://img.wattpad.com/cover/113677808-64-k380926.jpg)