‘Lari!’
9.30 pagi, 27 Disember 2016
Aku berlari, cuba menyaingi langkah Lynn yang jauh di hadapan. Larian gadis itu memang mengagumkan, laju dan besar bukaan langkah. Edd, Rem dan Nell berlari di belakangku, dengan alasan ingin 'acting gentleman' melindungiku. Kami berlari membelok ke Blok A.
Mataku meliar mencari rakan sekelasku yang lain. Ke mana perginya mereka? Takkan lesap macam tu je? Aku bertanya dalam hati.
Ketika di selekoh kiri, berhampiran bilik kaunseling, sepasang tangan menarik Lynn masuk ke dalam pintu yang sedia terbuka. Aku tidak sempat menjerit apabila sepasang tangan turut menarikku ke dalam dan menekup mulutku.
Layla! Dia meletakkan jari telunjuk kirinya ke bibir, menyuruh aku diam. Aku akur tanpa banyak soal. Lynn dipegang oleh Wanah, dan kelihatan sedikit panik akibat ditarik secara mengejut. Dyka, Adem dan Adam menarik Nell, Edd dan Rem serentak. Cikgu Chan cepat-cepat menutup pintu dan menguncinya. Semua tirai langsir dijatuhkan, menutupi tingkap kaca sepenuhnya dan semua lampu turut ditutup. Hanya torchlight kecil yang memberikan sedikit cahaya untuk penglihatanku. Aku tahu kami sekarang berada di Pusat Sumber (PS).
Kedengaran bunyi bising seperti menderam, mendengus kuat dan mengaum di luar. Aku menyedari tubuhku sendiri menggigil ketakutan. Aku bimbang mereka, terutamanya Cikgu Charios menemui kami bersembunyi di sini.
Bunyi bising itu mula menghilang dan akhirnya tidak kedengaran lagi. Layla melepaskan tekupan pada mulutku kemudian beralih ke hadapan untuk memeluk aku dan Lynn.
"Syukur kau orang selamat. Tak habis-habis aku fikir semua benda negatif tahu."
Layla melepaskan aku untuk memberi ruang kepada Cikgu Chan.
"Glad you made it." Beliau menepuk bahuku.
Angeline menghampiri kami, "so what's now teacher?"
"We need to get help, but I don't bring my phone." Guru Bahasa Inggeris itu membalas.
"Where is it?" Nell bertanya.
"Akasia Room. The other teachers also there." Pantas Cikgu Chan menjawab.
"Then let's go!"
Edd, Rem, Dyka, Charen dan Nell sedia untuk bergerak ke pintu namun aku, Veera dan Wanah segera menghalang.
"Woah, not so fast! Tak nampak ke apa yang berlaku kalau kau orang dijangkiti?" Aku melangkah ke hadapan mereka.
Tambah Lynn, "she's right. Kita tak boleh terburu-buru."
"That's why we need a plan." Achil bersuara setelah keluar daripada satu bilik kecil yang merupakan bilik pemprosesan buku. Christensen menurut langkahnya daripada belakang.
Dia membentangkan peta lokasi sekolah di atas kaunter PS. Kami semua bergerak mengelilinginya. Tiga buah lampu suluh diarahkan ke peta tersebut.
"Kita akan pergi ambil telefon teacher, dan juga perlu selamatkan yang lain. So, kita harus berpecah." Achil memandang ke arah Cikgu Chan. Beliau mengangguk setuju dengan cadangan untuk berpecah.
Christensen mengambil alih. "Okey, kita mula dengan 3 kumpulan yang perlu cari kelas-kelas lain. 1 kumpulan lagi akan membantu Teacher Chan dan minta bantuan." Kami semua mengangguk tanda faham.
"Group Teacher Chan terdiri daripada Celies, Enny, Cherry, Achil, Syazwa, dan Keyka. Kau orang akan bantu Cikgu Chan ambil telefon dan minta bantuan.
Group seterusnya akan pergi cari kelas 4 iPhone. Mereka ni ialah Deff, Adem, Adam, Layla, Lynn, Wanah, Veera, dan Ana.
Semua yang tinggal ni akan kumpul dalam satu group. Kau orang akan pergi selamatkan kelas 4 Oppo dan 4 Huawei then bawa mereka keluar daripada sekolah ni. Mereka tak tahu apa yang sedang berlaku, jadi susah kalau semakin ramai yang dijangkiti wabak ni." Christensen menjelaskan dan membahagikan semua orang dalam 3 kumpulan. Kami semua mengangguk tanda faham dan setuju. Tiada sesiapa yang membantah, hanya menurut tanpa banyak soal.
"Okay guys. Please find whatever things for emergency, in case, those infected attack." Cikgu Chan mengeluarkan 2 kotak sarung tangan makmal dan membahagikannya kepada semua orang. "Wear this for protection and please, avoid touching them okay."
*
Kami semua berpecah.Cikgu Chan membawa kumpulannya naik ke tingkat 3 blok A di mana terletaknya bilik mesyuarat Akasia.
Christensen pula mengetuai misi menyelamat kelas 4 Oppo dan 4 Huawei.
Kumpulanku, diketuai Adem bergerak menuju ke makmal bahasa. Rem memaklumkan yang dia ternampak Cikgu Bothy membawa kelas 4 iPhone ke makmal bahasa sejak awal pagi lagi.
"Adem, kau rasa mereka betul-betul ada kat dalam ke?" Deff menyoal setelah kami tiba di hadapan pintu makmal bahasa.
Adem mengangguk yakin, namun tangannya terketar-ketar memutar tombol pintu makmal. Suasana bilik itu gelap gelita. Tanganku menyentuh dinding sebelah pintu menekan suis lampu.
Hampir kesemua kami menjerit terkejut sebaik sahaja lampu bahagian hadapan dihidupkan. Adem terduduk di lantai sambil memegang pipi sebelah kanannya, tanda merah menghiasi bahagian pipi tersebut.
Di bahagian belakang, semua pelajar 4 iPhone berkumpul dan masing-masing memegang bangku plastik hitam sebagai pertahanan. Dwayne berdiri di hadapan mereka. Tangannya menggenggam sebatang penyapu yang baru sahaja hinggap ke pipi Adem.
Mereka mengeluh kelegaan setelah kesemua lampu dihidupkan, begitu juga dengan kami. Dwayne menurunkan senjatanya diikuti yang lain.
"Sorry," ucap Dwayne seraya menghulurkan tangannya membantu Adem berdiri. Ketua kumpulan kami itu, hanya mengangguk.
Shannen, Vyee dan Zalyna berlari ke arah kami. Aku sangat bersyukur ketiga-tiga sahabatku, selain Lynn, Veera, Layla dan Wanah, selamat daripada wabak misteri yang sedang melanda.
"Apa yang berlaku?" Adem bertanya.
"Aku yang sepatutnya tanya kau apa yang berlaku kat luar tu?" Dwayne memulangkan soalan yang sama, tanpa menjawab soalan pertama Adem.
Adem berpandangan dengan Deff. Dia teragak-agak untuk menjelaskan semuanya kerana aku tahu dia sendiri bingung.
"Satu wabak misteri melanda sekolah ni. Tiada siapa tahu dari mana datangnya wabak ni." Penjelasanku membuatkan hampir kesemua pelajar 4 iPhone ternga-nga.
"Wabak? Serius ke ni?" Soal Adryee tidak percaya. Dia tergelak kuat.
"Muka kami nampak macam kami main-main ke? Kau tak tahu apa yang berlaku kat luar tu. Orang yang dijangkiti akan jadi gila dan sanggup bunuh orang! Kau tak tahu nyawa kita dalam bahaya sekarang dan kau masih boleh gelak?!" Lynn hampir menjerit. Nada suaranya keras, cuba menahan marah.
Adryee terdiam.
Aku memandang Dwayne, "kau orang nampak Rica, Cikgu Siti atau Cikgu Charios lalu kat sini tak?" Pengawas itu menggeleng-geleng.
"Just Cikgu Jo dan dia," Dwayne berhenti. Dia berpandangan dengan rakan sekelasnya sebelum menyambung, "dia serang Cikgu Bothy semasa cikgu jawab panggilan telefon kat luar. Kami panik then kunci pintu."
Eldryan menambah, "kami takut kalau-kalau Cikgu Jo serang kami pula sebab tu kami tutup lampu."
"Cikgu Jo pun dah dijangkiti? Macam mana pula boleh berlaku?" Lynn terkejut.
"S-Sebenarnya--" Deff bersuara, "semasa Cikgu Jo nak kunci pejabat dia, Cikgu Siti terlepas dan serang Cikgu Jo. Cikgu Siti gigit Cikgu Jo kat lengan. Aku ada kat sana masa tu. Cikgu Jo suruh aku minta tolong. Aku jumpa Edd dan Rem kat luar dan suruh mereka beritahu guru-guru yang lain. Aku lari balik ke kelas. Aku panik."
Aku terkejut mendengar cerita Deff. Semakin ramai guru yang dijangkiti. Ini akan menyukarkan misi untuk meminta bantuan. Persoalannya sekarang, bantuan akan datang ke?
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Fiksi Ilmiah"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...