‘Esme’
11.10 pagi, 27 Disember 2016
Gelap. Endless darkness...
Kematian. Itulah perkataan pertama yang menjengah ke mindaku. Kegelapan menyelubungi diriku. Aku seperti berada dalam satu terowong gelap yang tidak berpenghujung. Terkurung, dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Aku tahu aku perlu bersabar dan menunggu bantuan. Dan penantian itu sangat menyeksakan.
"Survive,"
Kelopak mataku perlahan-lahan terangkat. Cahaya putih terang menyakitkan mataku. Aku menutup kembali kelopak mataku dan bangkit.
"Awak dah bangun," satu suara, lembut dan perlahan, terasa asing kedengaran di telingaku.
Aku berpaling ke kiri. Seorang budak perempuan, kemungkinan berumur 11 ataupun 12 tahun. Rambut perang dan warna mata kelabu pucat itu menjelaskan dia bukanlah daripada daerah ini, mungkin mahupun negara ini. Tapi dia fasih berbahasa Melayu! Kacukan ke?
"K-Kau orang sini ke?" Soalku dengan suara yang agak garau. Aku baru terasa betapa keringnya tekakku. Aku berdehem beberapa kali.
Dia menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Aku menyambut dan meneguk rakus.
"Saya bukan dari sini. Mummy saya photographer, kami melancong jer." Dia menjawab soalanku setelah aku selesai menghabiskan air mineral tersebut.
"Ayah kau orang sini ke?" Soalku lagi. Dia mengangguk perlahan. Dah agak dah.
"Apa sebenarnya yang telah berlaku? Mana kawan-kawan aku yang lain?"
"Kamu terpisah." Jawabnya.
*Flashback* 3rd POV
"Ana!"
Ketujuh-tujuh sahabat itu meluru ke arah Ana yang rebah ke lantai. Gadis itu jelas terkejut dengan perbuatannya sendiri.
"Let's get out of here," ujar Lynn sambil mengangkat Ana, dibantu oleh Veera dan Wanah.
Sebaik sahaja mereka keluar daripada rumah Ana, kedengaran bunyi jeritan dan lolongan yang memang datangnya daripada lorong hujung.
"Berat jugak budak ni," bebel Wanah.
Mereka mempercepatkan langkah mereka. Kira-kira beberapa meter daripada rumah Vyee, seorang lelaki tinggi, berlumuran darah menghalang laluan mereka.
Lynn dan Zalyna meneguk air liur serentak, manakala yang lain menggigil ketakutan. Dalam benak masing-masing berlegar soalan bagaimana hendak mengalahkan lelaki tinggi yang telah dijangkiti itu.
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...