'Kembali ke Sekolah'
12.48 tengahari, 27 Disember 2016
"We need to rest," kata Peter.
Disambung pula oleh Lynn, "and a plan. Macam mana kita nak ke pusat bandar? Minyak kereta pun dah nak habis ni."
Tiada siapa yang menjawab soalan itu, kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana. Nak isi minyak, stesen minyak hanya ada di pusat bandar. Nak tukar kereta, satu kereta pun aku tak nampak sepanjang perjalanan menuju ke sini. Hei, runsing!
"Apa kata kita curi minyak kereta daripada kereta lain! Walaupun salah tapi terpaksa kan?" Idea yang bagus tapi tak masuk akal. Veera... Veera...
"Macam mana kita nak curi minyak kereta lain, kalau motosikal pun tak ada kat sini, apatah lagi kereta." Zalyna menjawab.
Kami semua diam sekali lagi. Aku mengalihkan pandangan kepada Esme yang tidur di tempat duduk penumpang hadapan. Aku sengaja membiarkan pintu terbuka luas agar dia tidak kepanasan. Nak guna aircond, kang kering habis minyak kereta lagi susah.
Peter bersuara, "ada sekolah kat kawasan ini ke?"
Kelapan-lapan kami berpandangan sesama sendiri. Hanya Mailey yang kelihatan bingung. Eh, dia tak tahu apa bala yang telah berlaku.
"A-Ada. SMK Ohanna."
"Okey, macam ni. Biasanya kalau ada sesuatu yang berlaku, pihak sekolah akan angkut pelajar dan guru ke tempat selamat menggunakan bas milik sekolah. So the teachers will just left their cars there."
"Dan kita boleh ambil minyak kereta tu. Kalau tak pun, tukar kereta." Potong Shannen. Peter mengangguk mengiyakan.
"Tapi kat sekolah tu ada beberapa yang telah dijangkiti. Bahaya, risiko terlalu tinggi." Lynn menyuarakan kerisauannya.
"It's okay Lynn. Ini saja peluang kita." Mujur ada Zalyna yang sememang pakar dalam bab-bab memujuk dan menenangkan ni.
"Then, get rest. Kita gerak dalam masa setengah jam lagi."
Kami bersurai. Sahabat-sahabatku memilih untuk berehat di bawah sebuah pokok rendang, tidak jauh daripada kereta. Mereka membentangkan langsir yang aku sendiri tak tahu mana mereka jumpa untuk dijadikan alas. Ni picnic ke apa ni?
Aku ingin menemankan Esme di kereta namun tidak keinginan nak tidur pula. Akhirnya aku membuka pintu bonet kereta dan duduk di dalam. Okey lah ni, tak panas sangat. Peter menyertaiku sambil menghulurkan sebotol air mineral.
"Thanks," ucapku. Dia tersenyum kemudian mengangguk.
"Awak sakit ke Ana?"
Aku hampir tersedak dengan soalan mengejutnya itu.
"I'm perfectly fine." Hilang selera aku nak minum air. Eh nak minum air kena ada selera ke?
"You don't look like fine." Aku menjeling ke arahnya. Aku tidak mahu membalas, kerana aku bimbang aku akan spill everything.
"Ana, saya tahu sejak pertama kali saya nampak awak. I know the symptoms, my mom had it too."
"You know nothing Peter." Dia ingin membalas lagi namun dipotong dengan kehadiran Esme yang baru bangun.
"Kamu cerita apa ni?" Soalnya masih mamai.
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...