Bab 2

9K 779 122
                                        

'Pesakit Pertama'

7.30 pagi, 26 Disember 2016

Aku merupakan pelajar tingkatan 4 dan bakal menduduki peperiksaan SPM tahun hadapan. Banyak yang berubah setelah kami sekeluarga berhijrah ke Kudat. Tidak aku nafikan bahawa aku mulai menyukai daerah kecil ini.

Sejak hari pertama aku bersekolah di Smk Ohanna, aku telah menjalinkan persahabatan dengan beberapa orang gadis. Tidak lupa juga malah semua pelajar daripada kelas 4 Samsung.

Hah? Sekolah? Di bulan Disember ni? Yup! Persekolahan Smk Ohanna masih berlangsung hingga ke penghujung Disember, hanya untuk tingkatan 4 dan 5. Ini merupakan tradisi sekolah. Yang seronoknya, persekolahan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk tahun berikutnya akan bermula pada bulan Februari. Best? Memanglah!

"Hoi makcik! Mengelamun!"

Aku tersentak, lamunanku berkecai. Aku tidak sedar aku telah tiba di hadapan kelas 4 Samsung.

Lynn berdiri di hadapanku sambil bercekak pinggang. Rambutnya yang panjang diikat satu. Dibelakangnya, Wanah dan Veera bergelak sakan. Amboi nenek-nenek ni! Aku tidak menghiraukan mereka, terus masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatku. Ketiga-tiga gadis itu mengikutiku.

"Cikgu Nor tak masuk ke? Bukan hari ni ada Nilam ke?" Aku bertanya sambil mengeluarkan buku rekod catatan Nilam milikku.

"Kau tengok jam sekarang. Dah pukul 7.40, of course lah dah habis." Lynn menjawab kemudian mengambil tempat duduk di sebelahku.

"Eh, kau pergi mana? Lewat masuk kelas, Cikgu Nor cari kau tadi," kata Wanah.

Veera menambah, "betul. Habis dia tanya satu kelas ke mana kau hilang. Christensen paling teruk kena."

Aku mengeluh perlahan. Belum sampainya masa untuk aku beritahu mereka semua tentang diriku.

"Cikgu Ina minta tolong kemas buku kat pusat sumber tadi," bohongku.

"Cikgu tak panggil aku pun." Celah Lynn. Dia agak curiga.

"Tu la kau, dating je kau tahu." Sampuk Wanah.

Kami tergelak bersama. Lynn memang playgirl. Boyfriends merata-rata berterabur kat sekolah ni.

"Cikgu datang! Cikgu datang!"

Celies dan Enny berlari masuk ke dalam kelas bersama laungan keramat. Dengan itu, semua pelajar kembali ke tempat duduk mereka.

Tidak lama kemudian, Cikgu Rey melangkah masuk ke dalam kelas dan memulakan PdP.

Setengah jam telah berlalu dan aku semakin mengantuk. Menyesal pula aku tidur lewat semalam. Sebab? Tengok dua movie sekali gus, The Maze Runner dan The Scorch Trials. Can't stand it lah, Thomas Sangster so hot!

"Ana Ermel Binti Rizal!"

Aku terkejut sehingga hampir jatuh daripada tempat dudukku. 34 pasang mata memandang ke arahku.

"Dah sampai bulan?" Cikgu Rey bertanya, sinis.

Aku hanya tersengih. Cikgu Rey menggeleng-geleng seterusnya menyambung semula pengajarannya. Belum sempat beliau mencapai pen marker, telefon Samsung J7 Prime milik beliau berdering memainkan lagu Shape Of You.

Kelas bingit dengan gelak ketawa pelajar untuk seketika. Cikgu Rey tertawa kecil lalu meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

Setelah keriuhan reda, Lynn mencuit bahuku. "Kau mimpi apa tadi? Dah lah senyum-senyum macam orang gila."

Aku senyum dan mendekatkan diri untuk berbisik.

"Thomas Sangster."

Pandas Lynn duduk tegak. "Gila!" Aku tergelak kuat. Cikgu Rey kembali ke kelas, terus mematikan gelakku.

"Ana, Cikgu Siti minta kamu ke bilik kesihatan. Ada pelajar jatuh pengsan." Maklum Cikgu Rey.

Aku mengangguk lalu menarik Veera menemaniku. Kami bergegas ke bilik kesihatan yang terletak berhampiran bilik pentadbiran. Sebaik sahaja kami sampai, Vyee dan Shannen menerjah.

"Joline pengsan!" Jerit mereka serentak.

"Sejak bila?"

"Sejam yang lalu."

Aku melangkah menghampiri Joline namun kira 3 meter, gadis itu bangkit menyerang Rica yang duduk di sebelahnya.

Jemari kebiru-biruan pucat gadis itu mencengkam leher Rica. Kami bertiga panik seketika. Vyee menjerit, sehingga menyebabkan Cikgu Siti masuk dengan panik. Setelah melihat apa yang berlaku, beliau cuba menjauhkan Joline daripada Rica. Kami membantu menarik Rica.

"Kenapa ni Siti?" Miss Chan yang baru tiba, terkejut.

"Sawan," jawab Cikgu Siti sepatah. Beliau cuba sedaya upaya menenangkan Joline yang semakin mengganas.

Aku ingin membantu namun sesuatu dalam diriku melarang. Bulu romaku berdiri melihat Joline. Matanya liar memandang sekeliling. Air liur meleleh daripada mulutnya. Untuk seketika, aku ngeri melihatnya.

Aku tahu dia bukan diserang sawan tetapi sesuatu yang lain.

"Lapar!!!"

»ERROR« [ZombieMalay]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang