' Home without them '
9.00 malam, 28 Disember 2016
Selama setengah jam kami terdiam, tidak berkata apa-apa, hanya duduk diam. Masih terkejut.
Esme memandangku dengan pandangan yang sama sejak kami mendapat berita buruk itu, pandangan jelas menunjukkan ketakutan.
Aku bangkit, "kau orang nak tunggu sini ke?" Soalku.
"Kita tak boleh buat apa-apa Ana." Jawab Adem.
"Nothing? Kita kena cari kapal dan pergi ke pulau tu cepat."
"Sekarang? You're kidding. Lagipun, tak adanya kapal dah. Kami dah check semua kat jeti. Mereka dah rosakkan kesemuanya."
Lynn terus bangkit, "what?! Mereka? Samseng jahanam tu ke?" Adem mengangguk. Lynn mendengus.
"Semasa team kita orang diserang, kita orang terpisah," Layla bersuara. "Aku ada pergi kat pejabat polis pantai, masa tu aku ada nampak D-Max merah yang samseng tu bawa, parking kat sana. Masa tu juga aku nampak satu feri mewah."
"Aku rasa, mereka tahu tentang pulau Banggi tu la sebab tu mereka curi feri tu dan rosakkan kapal-kapal lain. Mereka tak nak kita pergi kat pulau tu!" Wanah mencelah. Tapi daripada mana mereka tahu?
Baru sahaja aku ingin melontarkan soalan itu, kami dikejutkan bunyi hentakan kuat daripada bawah. Kami segera ke tembok penghadang dan melihat apa yang berlaku.
"They're in!"
Panik kembali menguasai suasana. Peter mengarahkan semua untuk lari menggunakan flying fox yang dia cipta.
"K-kak, saya tak boleh. Takut." Esme menarik tanganku. Aku melutut di hadapannya dan mengusap kepalanya.
"It's okay, you'll be fine."
Peter yang akan melompat dahulu dan menyambutkan di seberang bangunan. Wanah, Layla, dan apabila giliran Esme, aku memberikannya anggukan dan menolaknya. Jeritannya bergema dan berhenti setelah Peter menyambutnya. Selepas gilirannya, giliran Adem dan kemudian giliranku.
Kedengaran jeritan dan pekikan Infected-Infected yang kini telah sampai di bumbung dan menhentak pintu.
Sebelum aku melompat, aku sempat melihat sekeliling dan menyedari Dyka berpatah balik. Engsel pintu tercabut dan pintu hampir tumbang, dan Dyka menahan pintu itu.
"Kau tunggu apa lagi?! Pergi sekarang!" Jeritnya.
Aku berpaling dan menggigit bibir. Jerita Dyka yang terlontar sekali lagi, memaklumkan bahawa salah satu Infected pasti telah menggigit. Aku dapat merasakan air mata panas mengalir di tubir mataku. Aku melompat, dan Peter menyambutku di seberang bangunan. Kami bergegas turun.
Ketika Adem membuka pintu ke luar bangunan, salah Infected menyambar tubuhnya dan menggigit lehernya. Esme, Layla dan Lynn menjerit serentak.
"Run! Run!"
Kami berlari ke kereta Ford Ranger hitam. Setelah semua berjaya meloloskan diri masuk, Peter tiba-tiba menjadi panik.
"Kunci! Mana kunci!" Suasana dalam kereta itu menjadi panik lagi kecoh. Habis setiap ruang kami geledah dan akhirnya menjumpainya di bawah kerusi pemandu. Baru sahaja Peter menghidupkan enjin kereta, satu Infected melanggar cermin di tempat dudukku iaitu tempat duduk sebelah pemandu. Esme yang aku pangku menjerit terkejut.
"Peter! Jalan! Jalan!" Aku juga turut menjerit.
Kereta Ford Ranger dipandu Peter meluncur laju keluar daripada tempat parking dan melanggar beberapa Infected.
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...