‘ Memori ’
12.30 tengah hari, 28 Disember 2016
Aku mengelap sisa air mata seterusnya menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan.
Be strong. Itu yang aku beritahu pada diriku namun hakikatnya aku tetap lemah. Bayangan Mailey dan Zalyna masih bermain di mindaku. Tapi aku tahu, menangis meratap tidak akan membawa mereka kembali.
Aku bangun dan melangkah ke arah tangga bumbung. Aku memerlukan telefonku sekarang. Mana tahu, talian komunikasi sudah dipulihkan dan penyelamat akan datang menyelamatkan kami. Just in case mereka datang.
Sebaik sahaja aku membuka pintu keluar ke tangga bumbung, aku dapat melihat Layla duduk di tangga sambil menyandarkan kepalanya pada dinding. Dia sedang memegang telefon Vivo milikku.
"Hey," tegurku. Dia menoleh, mengukir senyuman tawar. "Hey," balasnya.
"Apa kau buat kat sini?" Soalku sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Tak ada. Nak rehat. Aku penat." Jawabnya. "Aku pinjam phone kau eh. Saja nak tengok-tengok gambar kita. Sekarang baru aku rindu nak sekolah. Sama-sama dengan kau orang. Kau?"
Aku diam, tiada jawapan untuk soalan itu. Aku juga rindu namun setelah apa yang berlaku di sekolah itu membuatkan aku tidak mahu kembali, mungkin sampai bila-bila.
Aku melihat Layla menekan ikon apps MX Player dan memilih video paling baru. 20171226. Sehari sebelum semua tragedi berlaku.
"Hari ni kita makan Samyang!"
"Wah!"
"Lawalah!"
"Wei! Pedas wei! Berapi!"
"Rilek. Share-share."
"Oi, kau rakam ke ni?"
"Haah, merah giler muka kau orang. Okay, interview ni. Start from Shannen."
"Hi, I'm Shannen. And this Samyang is freaking... uh indescribable. Okay next."
"Hello! Saya Veera. Samyang ni memang sedap, walaupun pedas banget."
"Hai, macam biasa Vyee here! Ni kau orang cuba la Samyang. Delicious, scrumptious!"
"Hi and hello! Kembar lain bapa mama Layla dan Wanah disini. Disarankan makan Samyang ketika stress supaya anda lebih stress."
"Salam, saya Zalyna. Satu jer komen. Samyang kita orang ni is the best."
"Hii, Lynn's here! Nak wakilkan Mailey sekali sebab dia tak de kat sini, dah cuti. Anda suka makan makanan pedas dan awesome, disarankan menelan Samyang."
"Ana, giliran kau."
"Okay. Hai semua. Ana disini. Macam semua dara-dara ni kata, Samyang ni memang sedap. Delicious, awesome, blast, terror taste, tasty smell and... "
"Oi panjangnya."
"Biarlah. Ni video terakhir tau."
"Ceh, pandailah kau."
Aku dapat merasakan air mataku bertakung. Namun aku cepat-cepat mengelapnya. Video terakhir. Mulut kau memang masin Ana.
"Aku rindu dia orang la." Bisik Layla.
"Lay, Peter dah janji. Aku pun akan janji, sekarang ni. Kita akan selamatkan Shannen." Aku cuba sedaya upaya membuatkan nadaku kedengaran yakin. Dia diam.
"Dah, jom. Kita nak gerak. We'll save Shannen and I'll save everyone though I know it impossible for me."
Sekali lagi tiada balasan. Aku bangun dan bergerak menuju ke pintu dan saat itu aku dengar.
"We're not heroes." Perlahan ayat itu terucap. "We're just a bunch of teenagers who were left out here in this disaster town."
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...