‘ Culik ’
5.50 pagi, 28 Disember 2016
Aku kembali ke terowong gelap tanpa penghujung ini. Kakiku lenguh mencari jalan keluar, yang aku sendiri tidak pasti ada ke tidak.
"Ana, tolong aku!"
Mataku pantas terbuka. Langit kebiru-biruan gelap adalah perkara pertama aku lihat. Subuh.
"Bangunlah sleepyhead." Lynn mengejutkanku dengan membaling jaket biru ke arahku. Aku bangkit seterusnya duduk bersila.
"Mana yang lain?" Soalku apabila sedar hanya Lynn, Peter, Layla dan Esme sahaja berada di sini.
"Dia orang pergi cari air minum. Kita dah kehabisan air." Peter menjawab. Dia sedang memasukkan beberapa bungkusan mi segera ke dalam beg sandangnya.
Aku mengangguk faham. Peter menghulurkan secawan Maggie segera kepadaku. Baru sahaja aku hendak menyuapkan suapan pertama, kami dikejutkan dengan jeritan beberapa orang gadis. Aku berpandangan seketika dengan Lynn dan Peter sebelum berlari ke tembok penghadang bumbung bangunan. Kami mengintai ke bawah dan melihat sahabat-sahabatku sedang dikepung sekumpulan lelaki Infected.
"Shit!"
Lynn terus mengambil sebatang kayu besbol daripada beg sandangnya kemudian berlari ke pintu.
"Peter, jaga Esme." Arahku sebelum berlari mengejar Lynn.
Aku terkejut apabila mendapati mereka yang mengepung rakan-rakanku bukannya Infected namun hanya sekumpulan samseng. Salah seorang daripada mereka menarik Shannen.
"Let her go!" Lynn bersuara, menarik perhatian kumpulan samseng itu. Mereka berpandangan sesama mereka kemudian ketawa terbahak-bahak.
"Budak kecik ni nak pukul aku? Lawak bro!"
Lynn maju beberapa langkah menghampiri lelaki, kemudian menolaknya kuat menggunakan kayu besbolnya sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang. Aku pantas menarik Shannen menjauhi lelaki itu. Sejujurnya aku sedikit terlopong, melihat keberanian sahabatku seorang itu. Aku dapat melihat wajah lelaki itu memerah. Jelas menunjukkan dia teramat marah.
"Sial!"
Serentak itu, kumpulan lelaki itu menghampiri Lynn. Aku ingin untuk membantu namun keadaan Shannen yang menggigil ketakutan menghalangku.
Aku tahu sahabat-sahabatku yang tidak akan duduk diam. Dan aku memang benar. Vyee dan Veera memungut botol-botol kaca yang berterabur di jalan raya, kemudian membalingnya ke arah dua daripada kumpulan lelaki itu. Memandangkan kedua-duanya merupakan atlet memanah sekolah, balingan mereka melayang tepat ke arah sasaran.
Lynn mengambil peluang saat perhatian kumpulan lelaki itu tertumpu pada Veera, Vyee dan rakan mereka yang cedera. Dia mengatur langkah untuk lari, namun baru beberapa meter, lelaki yang terjatuh sebentar tadi menarik rambut Lynn membuatkan dia terjatuh.
Lelaki itu bangkit, mengeluarkan pisau lipat daripada poketnya. Aku terkejut. Shannen juga begitu, dia mengisyaratkan aku untuk membantu Lynn.
Aku tahu aku tidak akan sempat. Lelaki itu terlalu hampir dan telahpun mengangkat pisaunya. Lynn hanya terkaku di tempatnya, mata memandang tepat ke arah objek yang akan menusuk badannya.
"LYNN!" Aku dan sahabat-sahabatku menjerit serentak.
Mata pisau itu hanya beberapa inci daripada kepala Lynn ketika Rem muncul menghentak kayu hoki hijau pada tengkuk lelaki itu. Nell, Edd, Adem, Deff, Charen dan Dyka turut muncul membawa kayu hoki masing-masing. Pertempuran bermula antara mereka dan kumpulan lelaki samseng. Dalam keadaan gawat, aku sempat berimaginasi membayangkan geng kumpulan lelaki kami muncul ibarat hero-hero dalam filem Hindustan.
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...