Bab 14

3.7K 492 47
                                    

' Team Up '

4.20 petang, 27 Disember 2016

Akhirnya kami tiba di pusat bandar Kudat. Sunyi dan menyeramkan. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan bandar itu. Hanya kelihatan beberapa Infected sahaja berkeliaran di sekitar deretan rumah-rumah kedai.

Infected? Itulah panggilan untuk mereka yang dijangkiti mulai sekarang. Esme yang pada mulanya mencadangkan nama itu dan semua bersetuju dengannya.

Peter menghentikan kereta di belakang sebuah bangunan hotel bercatkan warna oren. Ria Hotel. Kami juga bersetuju dengan cadangan Peter untuk bermalam di atas bumbung hotel itu.

Kenapa di atas bumbung hotel? Sebabnya senang je. Kami mudah nak perhatikan sebarang pergerakan sekitar hotel, melalui bumbung itu. Peter kata, ianya juga selamat selagi kami tidak membuat bising yang boleh menarik perhatian Infected-Infected di bawah.

Kami masuk melalui pintu belakang hotel, menggunakan tangga kecemasan untuk naik ke bumbung. And I can say, I hate stairs.

Ketika tiba di atas, Peter menyuruh kami berehat. Dia menutup pintu yang merupakan satu-satunya jalan keluar daripada bumbung dan meletakkan selak.

Aku hanya memerhatikan Peter yang sedang menyiapkan sesuatu. Dia mengeluarkan peralatan mendaki daripada beg sandangnya.

"Macam mana kita nak lari kalau kita kena serang nanti? Ada escape route lain ke selain pintu tu?" Vyee bertanya.

Peter mengangkat wajahnya, memandang kami satu persatu sebelum menyambung kembali kerjanya. "Nak buatlah ni. Harap awak semua tak takut ketinggian."

Sahabat-sahabatku mengangguk tanda faham. Hanya Esme yang kelihatan bingung. Namun dia tidak bertanya lebih lanjut.

Aku bangun menghampiri Peter. "Can I help?"

Dia merenungku seketika kemudian menyerahkan segulung tali mendaki berwarna merah. "Ikat grappling hook ni kat hujung tali. Ikat kuat-kuat."

Aku menyambut segulung tali dan grappling hook daripadanya. Dia mengambil segulung lagi tali dan membuat beberapa lilitan kemudian menyambungkan lilitan tersebut menggunakan beberapa carabiner.

"Kau masih marah aku ke?" Soalan itu terasa bagai memerlukan berpuluh tahun untuk dikeluarkan.

Tangannya berhenti melakukan kerja buat beberapa saat. "Saya tiada hak nak marah awak. You remind me, we're just strangers."

Kata-katanya pedih melantun ke arahku. Strangers. Dia banyak membantu kami survive dalam masa sehari ini. Tanpa dia, aku dan Esme takkan berjaya keluar daripada perumahan Taman Ohanna. Tanpa dia juga, aku dan sahabat-sahabatku pasti mati dihujani peluru di sempadan daerah. Dan tanpa dia juga, aku tidak akan terselamat ketika berada di sekolah, dijangkiti oleh guru kelasku sendiri.

"I'm sorry." Bisikku perlahan.

Dia berpaling dan duduk mencangkung di hadapanku. "Apology accepted." Dia mengukir senyuman yang membuatkan aku mengeluh kelegaan.

"So apa kita nak buat ni?"

"Flying fox untuk ke seberang bangunan sana," jari telunjuk kanannya terarah pada sebuah bangunan sebelah, ketinggian hanya kurang beberapa tingkat berbanding hotel ini.

Aku membantunya mengikat tali pada tiang batu sebesar pemeluk dewasa. Setelah mengetatkan ikatan, aku memberi signal OK kepadanya. Dia mengangguk kemudian bersedia untuk melemparkan grappling hook ke palang besi di atas bumbung bangunan sebelah. Hook itu tersangkut. Setelah memastikan hook itu utuh dan kekal tersangkut, kami pergi ke tempat sahabat-sahabatku berkumpul.

"Pandai juga kau buat benda tu eh,"

"I'm a senior scout." Peter membalas selamba.

Zalyna mengedarkan makanan tin dan botol mineral kepada semua. Kami makan bersama-sama dalam satu bulatan. Matahari telah pun terbenam, alam semakin gelap. Lynn melarang sesiapapun antara kami untuk menghidupkan sebarang lampu. Katanya kami akan segera dikesan. Peter memilih untuk tidur di penjuru bumbung bangunan agak jauh daripada kami. Baik budak ni.

*
Aku membuka mataku apabila terdengar bunyi tapak kaki berlari memanjat tangga. Aku melihat sekeliling, hanya Peter yang terjaga kerana turut mendengar bunyi itu.

"Kau orang bangun! Bangun cepat!" Aku mengejutkan sahabat-sahabatku dengan suara menggesa tetapi perlahan. Mereka pada mulanya mamai terus terjaga sepenuhnya apabila mendengar bunyi yang sama.

Peter mencapai senjata kayu hokinya, seterusnya bergerak perlahan-lahan menuju ke pintu bumbung. Dia teragak-agak hendak membuka selak pintu. Apabila pintu terbuka, Peter cepat-cepat mengangkat kayu hokinya, bersedia menghentam sesiapa sahaja yang keluar daripada pintu itu.

"Kami tidak dijangkiti! Kami tidak dijangkiti!" Kepala kayu hoki Peter hanya beberapa inci daripada kepala seseorang.

"Rem? Nell? Edd? Dyka? Charen? Deff? Adem?"

Lynn memanggil satu per satu mama mereka, malah mencubit dirinya sendiri memastikan dia tidak bermimpi.

"Yeah, ini kami." Rem berkata.

Aku berpandangan dengan Peter. Dia menjongketkan kedua-kedua keningnya bermaksud; siapa mereka.

"Classmates,"maklumku kepadanya. Dia mengangguk faham.

Sahabat-sahabatku ternyata teruja bertemu dengan rakan sekelas kami itu, lebih-lebih lagi Lynn kerana memandangkan 'crush'nya ada, safe and sound.

"Saya Peter." Peter terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.

"Edd."
"Rem."
"Nell."
"Adem."
"Deff."
"Dyka."
"Charen."

Mereka bersalaman.

"Macam mana kamu boleh tahu kami kat sini?" Veera menyuarakan soalan yang sama bermain di mindaku.

Nell menjawab," kami tak tahu sebenarnya. Kami nampak kesan tayar fresh kat belakang hotel, so kami fikir nak jumpa jugak dengan survivors ni."

"Tapi tidak tahu pula yang survivors tu kau orang." Adem menambah.

Aku menyuruh mereka duduk dan berehat, manakala Zalyna dan Lynn mengedarkan bungkusan roti kepada mereka.

Peter mempelawa mereka untuk pergi bersama-sama dengan kami ke Pulau Banggi dan mereka bersetuju.

Aku menyambung tidurku semula setelah tidak berdaya lagi untuk berjaga. Banyak perkara yang telah aku lalui sepanjang hari ini, semuanya perkara buruk.

So, what about tomorrow?

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now