“ Jalan Keluar ”
9.45 pagi, 27 Disember 2016
Adem melangkah penuh waswas dihadapan. Tangannya memegang sebatang penyapu. Kami bersama-sama dengan pelajar kelas 4 iPhone bergerak dibelakangnya. Suasana sekolah sungguh sunyi, walaupun selama ini tanpa kehadiran pelajar menengah rendah sekalipun, sekolah tetap tidak sesunyi ini.
Aku berhenti apabila terdengar sesuatu yang terpijak air. Bunyi percikan jelas dapat aku dengari. Aku pasti rakan-rakanku yang lain juga dengar.
Adem meletakkan jari telunjuk kanannya ke bibir menyuruh kami diam. Nafasku umpama tersekat apabila menyedari ia semakin menghampiri. Adem, Deff dan Dwayne bersedia untuk menyerang. Saat ketiga-tiga pelajar lelaki itu menghayunkan batang penyapu dalam genggaman mereka,
"Kami! Ini kami!"
Christensen keluar daripada korner bersama ahli kumpulannya. Di belakangnya, terdapat hanya beberapa orang pelajar daripada kelas 4 Oppo. Masing-masing menunjukkan ekspresi risau.
"Mana pelajar kelas 4 Huawei?" Soalku.
"Mereka terpisah dengan kelas 4 Oppo semasa Rica serang mereka." Angeline menjawab.
Kami mengangguk tanda faham. Kami hanya dapat berharap agar mereka selamat. Kami berkumpul semula di lobi sekolah dengan kumpulan Cikgu Chan menyertai kami beberapa minit kemudian.
"We've got the phone but," Celies berhenti dan kelihatan teragak-agak. "Someone attacked Akasia room and it's completely messed up there."
"Hah?!"
"What?!"
Aku terpempan seketika.
"So, macam mana dengan guru-guru yang lain?" Soal Dwayne.
Celies dan gengnya menggeleng-geleng serentak. "Tak tahu."
Kami diam, memikirkan sesuatu yang rumit dalam benak masing-masing. Kemudian, wajah ahli keluargaku menjengah minda kusutku. Aku disapa bimbang. Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar mereka selamat.
"Guys, let's just see the bright side. The government will know and rescue us." Cikgu Chan cuba tersenyum biarpun kelihatan tawar.
Sesuatu yang tidak pernah aku sangka berlaku. Kami dikejutkan lagi dengan bunyi seseorang terjatuh. Kami berpaling.
Ollie dan Jay terbaring di tanah tidak sedarkan diri. Luis pantas menghampiri mereka.
"Luis jangan pegang!" Aku menjerit. Aku baru teringat yang Ollie, Jay dan Adam ada menyentuh Cikgu Siti semasa membantu mengikat guru tersebut.
"They're infected!" Jeritku lagi. Suaraku naik seoktaf.
Luis terpaku beberapa saat kemudian segera menarik tangannya yang telah menyentuh bahu Ollie. Dia berundur beberapa langkah menjauhi kedua-dua pelajar lelaki itu.
Mimie, sahabat Luis bergerak ke tepinya dengan wajah bimbang. Mereka semua mengkerumuni Jay dan Ollie, namun tidak berani menyentuh.
"Tak ada apa-apa yang berlaku pun. Kau saja takutkan kami ke?" Wetty memandangku dengan pandangan tidak puas hati. Dia memeluk tubuh, kemudian diikuti dengan beberapa rakan-rakannya.
"Betullah! Tu la symptom pertama!"
"Liar! Kau saja kenakan kita orang!"
"I'm not!"
"Kalau kau tahu, kenapa kau tak maklumkan awal-awal! Tak la jadi macam ni! Ramai yang dah dijangkiti sebab kau tak bertindak lebih awal!"
"Tapi bukan salah aku!"
"Yes! It's your fault!"
Kami bertekak sehingga masing-masing terpekik. Tanganku terasa sejuk. Benarkah semuanya salahku?
Wetty melangkah pantas ke arahku dan menarik rambutku kuat. Aku membalas dengan menghayunkan tanganku ke pipinya. Dia menjegil dan mendengus marah. Tanpa aku sedar kami saling bergelut. Aku sendiri tidak tahu apa punca dia begitu marah sekali terhadapku.
"Girls! Knock it off. It's not the time for fight!" Cikgu Chan meleraikan kami.
Lynn, Zalyna dan Layla membantuku berdiri kemudian menarik aku menjauhi Wetty. Manakala gadis itu semakin marah dan cuba untuk menyerangku lagi. Dia tidak ubah seperti yang dijangkiti.
"That's enough! What's wrong with you guys?" Angeline berdiri di antara kami.
"Well it's because of her stupidity! Wetty is right! Her clumsiness drag us in this situation!" Edith bersuara lantang, membela Wetty.
Kali ini pertengkaran bermula semula antara Angeline dan Edith.
Dari sudut mataku, aku dapat melihat Jay dan Ollie bangkit serentak. Nafasku tersekat. Tiada sesiapapun yang sedar akan itu. Mereka sibuk memerhatikan pertengkaran Angeline dan Edith tanpa menyedari bahaya yang semakin menghampiri.
Aku mencengkam lengan Lynn, memberinya isyarat namun dia hanya bingung. Aku memaksa suaraku keluar apabila Ollie dan Jay semakin menghampiri Edith dan kumpulannya.
"Watch out!" Aku menjerit sekuat hatiku.
Namun ianya sudah terlambat. Edith dan Wetty tidak sempat bertindak. Jay dan Ollie menggigit kedua-dua gadis itu serentak di bahu.
Kami semua terkejut bukan kepalang. Jeritan pelajar perempuan mahupun lelaki bergema. Suasana panik, menimbulkan kekecohan. Semua bertempiaran lari ke semua arah. Aku hanya berdiri kaku di tengah-tengah kecoh, memerhatikan Edith dan Wetty yang masih dalam serangan Jay dan Ollie.
"T-T-T-Tolong," suara Edith hampir tidak terkeluar.
Air mataku mengalir. Aku menekup mulutku, menahan esakanku.
Jay akhirnya melepaskan Edith yang telah terkulai layu. Matanya yang merah bercampur darah meliar seterusnya berhenti padaku. Dia berlari tempang namun pantas, ke arahku. Aku yang tidak mampu bergerak, hanya menunggu nasib seterusnya.
Aku menutup mataku apabila Jay berada hanya beberapa meter dariku. Tubuhku jelas menggeletar. Air mataku tidak henti mengalir deras.
This is it. I'm done. And it's because my own fault...
Aku menjerit kuat.
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...