Bab 8

4.7K 532 18
                                        

'Hilang'

9.50 pagi, 27 Disember 2016

Aku menjerit kuat...

Aku menutup kedua mataku rapat. Menunggu maut menjemputku, namun tiada apa yang berlaku.

"Ana!"

Mataku terbuka sebaik sahaja seseorang memekik namaku. Jay terbaring di lantai, menggelupur. Darah mengotori jubin putih lantai. Lynn dan Veera berdiri, menggeletar sambil kedua-duanya memegang pasu kaca besar. Pada bucu pasu tersebut, terdapat cecair merah pekat. Melalui telahanku, mereka pasti telah menghentak Jay menggunakan pasu tersebut. Layla menarik tanganku, menjauhi Jay.

"Kita mesti pergi daripada sini. Dia ni pasti akan bangkit lagi!" Jerit gadis berkaca mata itu.

Kelapan-lapan kami membuka langkah seribu. Tekaan Layla benar, Jay bangkit sekali lagi mengejar kami.

"Lari laju lagi!" Jeritku.

Kami berjaya melepasi pintu pagar sekolah. Shannen dan Vyee berhenti kemudian berpatah balik.

"Wei! Kau orang nak pergi mana lagi tu?!" Wanah menyoal bengang.

Kedua gadis itu tidak menjawab. Vyee menuju ke pondok pengawal dan masuk mengambil sesuatu. Dia kembali bersama rantai besi yang panjangnya kira-kira 3 meter dan satu kunci mangga sebesar penumbuk. Shannen menarik pintu pagar dan menutupnya. Dia membantu Vyee melilit rantai besi itu pada celah-celah pintu pagar. Jay, Ollie, Edith, Wetty, Arica dan Cikgu Siti berlari seperti zombie dan melanggar pintu pagar. Vyee dan Shannen hampir tersungkur ketika menerima impak pelanggaran tersebut. Veera dan Wanah segera membantu mereka menahan pintu pagar.

Rantai besi itu tidak akan bertahan, aku tahu. Mataku segera mencari sesuatu yang boleh dijadikan penahan. Pandanganku terhenti pada kereta Proton hijau lama Pak Guard. Aku ada idea.

"Lynn, Zalyna! Tolong aku kat sini!" Panggilku. Mereka tidak membuang masa, terus mengikut langkah pantasku menuju ke kereta Proton hijau tersebut yang hanya beberapa meter daripada pintu pagar.

Aku bersyukur kerana kereta tersebut tidak berkunci. Aku melepaskan break tangan kemudian keluar dan menolak kereta tersebut daripada belakang. Lynn dan Zalyna turut menolak sedaya upaya mereka. Kereta itu bergerak perlahan-lahan. Kami menolaknya sehingga berhenti betul-betul di tengah pintu pagar. Shannen, Veera, Wanah dan Vyee terpaksa menyelinap keluar melalui bawah kereta kerana ruang tepi terlalu sempit untuk mereka.

"Bertahan ke tu?" Veera menyoal.

Aku menggelengkan kepala, "nope. Tapi cukup bertahan untuk kita ambil masa pergi dari sini."

"Kalau macam tu jomlah!" Wanah mendahului, berlari ke jalan besar. Tiada satu pun kereta yang lalu. Benar-benar sunyi! lagi menyeramkan!

Takkanlah! Aku memeriksa jam tanganku. Jam 10.16 am! Kami terlewat.

"So, kita nak pergi mana? " Soal Zalyna.

"Aku rasa Kota Marudu selamat. Tapi masalahnya, macam mana kita nak pergi sana. Satu kereta pun tak ada, lalu kat sini." Shannen menjawab.

Aku ragu, adakah aku perlu beritahu mereka sekarang? Bahawa proses kuarantin mesti telah dilaksanakan sekarang.

"Ana!"

Lamunanku berkecai. Aku tersentak, memandang ke arah mereka.

"Kau okey ke ni?" Aku mengangguk laju, tidak mahu mereka mengesan kerisauan.

"Eh, bukan kakak kau ada kereta ke?" Lynn bersuara, memandang ke arah Vyee.

"Betul juga. Jom! Dia ada kat rumah tu."

»ERROR« [ZombieMalay]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang