' Our Survival? '
2.30 petang, 28 Disember 2016
Kami berpecah. Itulah saranan Adem walaupun aku dapat melihat beberapa daripada kami tidak setuju, termasuk Peter namun dia tidak bersuara.
Adem menjelaskannya, "aku tahu ada antara korang tak setuju tapi ni untuk mempercepatkan masa. Kita tak tahu apa yang akan berlaku jika kita melambat-lambatkan masa. Mungkin askar-askar gila kat sempadan Kudat-Kota Marudu tu ada plan. Kalau boleh aku tak nak duduk lama lagi kat bandar. Aku nak berambus secepat mungkin."
Dia berhenti seketika kemudian menyambung, "kalau kita berpecah, kita akan jimatkan masa. Dalam masa yang sama boleh cari kapal mana yang boleh bawa kita ke Pulau Banggi."
Akhirnya tiada juga yang meluahkan bantahan maka plan Adem dijalankan. Kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Adem bersama Layla, Veera dan Dyka. Aku bersama Charen dan Vyee. Lynn bersama Peter, Wanah, dan Deff. Esme ingin bersama-sama denganku namun aku tahu dia lebih selamat dengan Peter oleh itu dia dalam kumpulan Peter.
Kumpulan Adem dan kumpulanku dalam misi menyelamatkan Shannen manakala kumpulan Lynn dalam misi mencari kapal atau yang seangkatan dengannya untuk membawa kami ke Pulau Banggi.
Kami pergi berbekalkan pelbagai senjata. Tempat pertama yang dalam mindaku untuk mencari Shannen ialah Gudang Beras. Tempat itu besar dan mungkin sesuai untuk dijadikan tempat persembunyi memandangkan pintu besi yang memang ofcourse kalau kau tumbuk, patah jari jemari.
Terdapat dua jalan untuk pergi ke sana; ikut jalan raya besar, dan itu akan terus mendedahkan kami. Jalan kedua adalah melalui deretan kedai-kedai di pekan lama. Kami memilih untuk mengambil jalan kedua. Lebih selamat.
Ketika kami melalui sebuah kedai aksesori perkhemahan, aku ternampak beberapa walkie-talkie berterabur di atas pameran almari kaca. Aku mengambil 3 daripada 16 walkie-talkie dan menyerahkannya kepada Vyee dan Charen kemudian mengambil 10 lagi walkie-talkie dan memasukkannya ke dalam beg sandangku.
Ketika kami tiba di seberang jalan raya yang memisahkan kami dengan gudang, kami terdengar jeritan seseorang dan bagiku aku kenal.
Sebelah kiri kami, kira-kira beberapa meter Veera dikejar dua Infected. Kami segera berlari ke arahnya. Ketika kami hampir menghampiri, salah satu Infected menangkap baju Veera kemudian menariknya kuat ke belakang. Aku, secara refleks menghayukan senjata kayu besbolku ke arah Infected itu dan tetap ke kepala.
Infected itu rebah. Veera dan Charen bekerja sama menumbangkan yang satu lagi. Aku ingin bertanya kepada Veera mengapa dia terpisah daripada kumpulannya sebelum dia menjerit,
"Jangan dekat! Aku d-dah dijangkiti!"
Vyee terlebih dahulu bersuara, "It's okay."
"It's not okay!"
Pandangannya berganti kepadaku. "Tolong aku. Aku tak nak mati kat sini. Ana, tolong aku."
Aku terdiam, tidak memberi balasan kerana aku sendiri tidak tahu tindakan apa yang perlu aku lakukan. Kekecewaan terpancar di wajahnya kerana tiada balasan daripadaku.
Dia menggeleng-geleng, dan berundur ke jalan raya. Saat itu, kedengaran enjin kenderaan dan suara jeritan Vyee bercampur.
Aku tergamam, melihat tubuh Veera tercampak beberapa meter. Saat itu juga kedengaran jeritan dan pekikan Infected-Infected. Kereta D-Max merah yang melanggar Veera tidak berhenti lama, terus meluncur pergi. Siapa?
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...