Bab 16

3.7K 441 25
                                    

‘ “Bunuh aku Ana. Sekarang!” ’

8.40 pagi, 28 Disember 2016

Aku berjalan keluar, beriringan dengan Peter. Kami berpisah, Peter menuju ke arah kumpulan rakan-rakan lelaki manakala aku ke arah sahabat-sahabatku.

"Kau ni dah berkenan dengan British Hot Boy tu?" Aku menghamburkan gelakku apabila Layla, menggelar Peter ‘British Hot Boy’.

Hot ke dia?

"We're just friends okay. In fact he helps us a lot." Aku menjawab.

"Yeke? Kalau kau tak nak, aku ambil. Handsome tu." Lynn mencuit, menjongketkan kedua keningnya.

Veera menampar lembut bahunya, "oi! Uncle muda aku tu kau nak letak kat mana?" Nadanya kedengaran marah, namun senyuman terlakar pada bibirnya.

"Relax babe. Takkan aku nak cheating. Hey that's not me okay." Kami semua ketawa.

"Rasa macam kita dah lama tak gelak sakan macam ni kan." Kata-kata Vyee mematikan ketawa kami. Semua memandang ke arahnya, berubah muram. Aku memandang satu per satu wajah mereka, jelas hari yang mereka lalui hari ini meninggalkan kesan yang mendalam. Aku sendiri, merasai kelukaan itu.

Kau orang rasa bunuh BFF sendiri, siok ke?

Adakalanya aku takut untuk menutup mata, takut akan bayanganku sendiri. Aku bagai tersedar, segera menenangkan diriku.

"Don't worry. We'll save Shannen. Kita takkan biarkan perkara buruk berlaku kat dia." Aku bersuara, memecahkan kesunyian antara kami.

Lynn mengangguk, diikuti yang lain. Kami menoleh ke arah kumpulan rakan-rakan lelaki. Mereka juga bercerita sesama mereka, adakala ketawa. Peter juga cepat menyesuaikan diri bersama mereka yang lain.

Dia menoleh ke arahku lalu tersenyum kecil. Ehh?

"Oi," aku tersentak, segera menoleh ke arah Wanah. "Kau orang rasa mana samseng-samseng tu bawa Shannen pergi eh?"

Soalan yang sama bermain di mindaku. Mana? "Kat mana pun dia, kita mesti cari dan selamatkan dia." Aku menjawab, bukan lebih tertumpu pada soalan sebenar Wanah.

"Betul, tak kisah lah kalau sampai nak cari satu bandar ni pun aku sanggup." Zalyna bersuara.

Kami semua mengangguk.

*
Aku memasukkan barang-barang penting ke dalam beg sandangku. Setelah selesai, aku menghampiri Esme lalu meletakkan tanganku di atas dahinya. Demam.

Dia mungkin terkejut kerana banyak menghadapi situasi-situasi di luar jangkaannya. Peter menghampiriku lalu duduk separuh mencangkung di mana sebelah lulut kanannya menyentuh lantai.

"Kenapa?" Soalnya.

"Demam." Balasku ringkas. Aku mengambil sapu tangan daripada begku. Peter menghulurkan sebotol air mineral kepadaku untuk aku membasahkan sapu tangan itu kemudian aku meletakkan sapu tangan di atas dahi Esme.

"Aku rasa kita perlu start cari Shannen pukul 12 tengah hari ni." Kataku.

"Okay," hanya itu balasannya.

Kami dikejutkan dengan jeritan Zalyna. Aku segera, berdiri dan bergegas ke kawasan belakang pintu bumbung. Aku hampir terjerit sama apabila melihat Rem menggigit Edd. Infected! Rem telah dijangkiti dan sekarang menjangkiti Edd.

"Rem! Apa ni?!"

Aku menoleh ke belakang, ke arah Peter yang melindungi Esme. Dia tidak berganjak daripada tempatnya, namun aku tahu dia sentiasa berwaspada. Dia membalas pandanganku dengan satu pandangan muram berserta gelengan kecil.

Deff dan Nell cuba untuk menarik kedua-dua antara mereka. Aku tahu tidak ada gunanya mereka menyelamatkan Edd, kerana lelaki itu pasti sudah dijangkiti. Pasti!

Edd, serta merta pengsan setelah dilepaskan oleh Rem. Kesan gigitan Rem pada bahunya jelas kelihatan serta darah yang pekat mengotori bajunya. Kami berundur beberapa langkah ke belakang apabila Rem menderam. Tidak lama kemudian, Edd membuka matanya dan bangkit sebagai seorang Infected. Tiada seorang pun yang berani bergerak.

Aku mengerling sekilas ke arah beg sandangku. Pistol, aku sembunyikan di dalam. Walaupun aku telah tekad untuk tidak menggunakannya lagi tapi aku terdesak. Bayangan wajah Mailey serta merta menerpa mindaku. Aku menggeletar.

Ana, snap out of it! Kau perlu tolong mereka!

Aku memejamkan mataku buat beberapa saat sebelum membukanya kembali dan berlari ke arah beg sandangku. Edd yang paling hampir denganku, mengejarku. Belum sempat aku mengeluarkan pistol daripada beg, Edd melompat menindihku. Aku berusaha menahan badannya daripada menggigitku. Dia mensasarkan leherku.

Daripada sudut mataku, aku dapat melihat Rem menyerang sahabat-sahabatku namun dihalang oleh Nell. Dia menggunakan kayu hokinya untuk menghalang Rem.

Aku juga dapat melihat Lynn dan Wanah menghampiri aku dan Edd. Lynn membawa kayu besbol. Aku memposisikan diriku, meletakkan kedua kakiku pada perut Edd selepas itu menendangnya sekuat hati. Edd terundur beberapa langkah dan ketika itu juga Lynn menghayunkan kayu besbol ke kepala Edd. Lelaki itu terjatuh, menggelupur. Wanah membantuku berdiri dan menghulurkan pistol yang terhumban beberapa meter dariku ketika Edd menghimpitku.

Pandangan kami serta merta terarah ke arah Rem apabila Zalyna menjerit sekali lagi, namun kali ini lebih kuat dan nyaring. Jantungku bagai drum dihentak kuat dan laju. Rem menggigit Zalyna pada lengan. Gadis itu meronta-ronta cuba untuk melepaskan diriku. Vyee dan Veera menangis sambil berpelukan sesama mereka.

No, not again. Not my bestfriend.

Lynn dan Nell berusaha menarik Rem untuk melepaskan Zalyna. Mereka berempat bergelut sehingga menghampiri kawasan tembok penghadang bumbung. Tanpa kami sedari, Edd telah bangkit semula dan kini menjadikan Nell sebagai sasarannya. Dia menyerang Nell, mencengkam leher lelaki itu. Kini Nell pula bergelut dengan Edd. Mereka semakin menghampiri tembok penghadang dan...

"Nell! Jaga--" Aku tidak sempat menjerit. Kedua-duanya hilang, dan kedengaran impak terjatuh di bawah.

Perkara yang sama akan berlaku pada Zalyna dan Lynn. Layla bertindak membantu menarik Zalyna. Namun saat Rem menjerit dan menendang mereka berdua, mereka terundur dan menyembam tanah. Zalyna terus meronta namun semakin lemah. Aku harus tolong.

Aku menghembuskan nafas perlahan, mengangkat pistol dan mengacukan pada mereka. Aku berharap, sangat berharap agar tidak tersalah tembak. Bang! Sasaran peluru terkena pada bahu Rem. Gigitan Rem terlerai dan dia berundur beberapa langkah. Aku dan Lynn bergerak membantu Zalyna. 

Aku mengeluh lega, tetapi kelegaan itu mati serta merta apabila beberapa meter kami mendekati Zalyna, Rem maju kembali kemudian menarik Zalyna dan berundur kemudian...

"Tidak!"

Aku dan Lynn terus berlari dan sempat menangkap tangan Zalyna sebelum dia terjatuh.

"Pegang kuat-kuat!" Jerit Lynn.

Tanganku bagai hendak putus memegang tangan Zalyna. Di bawah, para Infected menanti tidak sabar, menjerit dan mengaum.

"Bunuh aku Ana. Sekarang!"

Aku terkesima dengan ayat yang baru diucapkan oleh Zalyna.

"Apa kau cakap ni?!" Lynn menjerit sekali lagi. Zalyna memandang terus ke arah mataku.

Genggaman tangannya pada tangan kami semakin lemah.

"No, Zalyna," bisikanku berubah menjadi jeritan. "No!"

Dia melepaskan genggaman tangannya dan serta merta genggaman tangan kami juga terlepas.

Jeritan Lynn dan sahabat-sahabatku yang lain sayup-sayup kedengaran di telingaku. Aku hanya dapat memandang Zalyna terjatuh dan bhump! terhempas di atas kereta Toyoto Kulger yang pernah kami gunakan.

7/9...

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now