"A survivor!"Seorang lelaki lengkap berpakaian uniform askar dan memakai topeng biohazard keluar daripada hutan tempat persembunyiannya.
Senapangnya dipegang kemas dan sedia untuk menembak jika gadis yang baru sahaja rebah itu adalah antara yang dijangkiti. Seorang lagi lelaki lengkap berpakaian sut biohazard keluar daripada tempat persembunyian yang sama. Tangan kanannya memegang detektor wabak aka P-Detector yang dicipta khas untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu telah dijangkiti atau tidak.
Askar itu mencuit gadis itu dengan hujung senapangnya. Tiada respon. Dia mengesahkan kepada lelaki bersut biohazard itu bawaha gadis itu tidak sedarkan diri. Lelaki itu kemudiannya mengangkat kelopak mata kanan gadis itu. P-Detector didekatkan dengan mata, serta merta ia mengimbas seterusnya menyalakan lampu hijau.
"She's clean!"
Dengan itu, serentak beberapa puluh askar, pegawai kesihatan bersut biohazard dan beberapa doktor bertopeng biohazard keluar daripada hutan. Beberapa askar masuk ke dalam feri dan memeriksanya.
Salah seorang daripada doktor-doktor itu segera menghampiri gadis yang tidak sedarkan diri itu.
"Ana?"
Doktor itu memeriksa nadi di pergelangan tangan gadis itu, lemah.
"I need stretcher here!"
Dua wanita tentera paramedik berlari membawa stretcher. Mereka mengangkat tubuh gadis itu. "Bring her to camp." Arah doktor itu. Kedua paramedik itu mengangguk kemudian melaksanakan apa yang diarahkan.
"There's another survivors!" Jerit seorang askar.
"A young girl and a teenage boy. Both are clean!" Tambah seorang lagi.
"Bring them to camp! They need quick medical treatment."
***
"Kill them."
Dr Sylvea meninggalkan bilik mesyuarat itu. Dia berhenti dan berpaling apabila namanya dipanggil oleh Major Haziq.
"Yes, Major? What else?"
"We can't kill them, Dr. Sylvea. Most of the medical teams and soldiers are from the United Nations. And they've already contacted the survivors' parents."
"Fine. Just make sure to close their mouth."
Major Haziq mengangguk.
***
"WABAK MISTERI; WHO sedia mengambil langkah membantu dalam menyelidik dan kini dalam usaha mencari penawar bagi wabak misteri yang telah tersebar di daerah Kudat."
"Padam berita ni. Saya nak awak padam semua berita dan maklumat mengenai wabak misteri tu." Ujar Major Haziq.
Ketua pasukan IT negara mengangguk. Dia mengarahkan kumpulannya untuk segera melaksanakan tugasan itu.
"Kontroversi mengenai wabak misteri yang tersebar di daerah Kudat adalah palsu."
YOU ARE READING
»ERROR« [ZombieMalay]
Science Fiction"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad unt...