Bab 13

3.7K 493 20
                                    

‘[1] “Ana, tolong aku!” ’

3.00 petang, 27 Disember 2016

Aku tidak sedar sejak bila aku tertidur, sejam kemudian Esme mengejutkan aku. Dia membukakan pintu kereta untukku.

Sebaik sahaja mamaiku hilang, aku sedar Peter menghentikan kereta di bawah jejantas pekan kecil Sikuati. Seperti kawasan yang kami pergi sebelum ini, pekan ini kosong tanpa seorang pun manusia.

Sahabat-sahabatku telahpun keluar daripada kereta dan berbincang sesuatu bersama Peter. Aku melompat turun dan menyertai mereka.

"Kenapa tak kejutkan aku?" Soalku kepada Lynn dalam nada berbisik.

"Kau nampak macam pening so Peter tak bagi kami kejutkan kau." Jawapan Lynn membuatkan aku mengeluh kecil.

Pandanganku beralih kepada Peter, yang menyerahkan beg sandang kepada Layla. Aku sedar dia cuba untuk mengelak daripadaku. Aku juga tahu dia masih marah.

"Okay girls. Kita akan kumpulkan apa saja makanan yang kita akan jumpa. Sekurang-kurangnya cukup bekalan untuk sehari." Peter memulakan penerangan. "Kita akan berpecah dan bergerak dalam pasangan."

Peter sengaja menekankan perkataan pasangan sambil melirik sekilas ke arahku. Kami berpecah. Peter terlebih dahulu menarik Esme bersamanya. Akhirnya aku memilih untuk bersama dengan Layla.

"Kau gaduh dengan Peter ke?" Soalnya ketika kami menggeledah sebuah kedai runcit.

Aku hanya menggeleng-geleng, sambil tanganku pantas memilih makanan tin yang masih elok. Layla mempamerkan wajah tidak puas hati.

"Ana, we're bestfriends, more like sisters, so explain now." Ada ketegasan dalam nadanya itu.

Aku tahu, dengan Layla aku tidak boleh menipu sama sekali. "Okay, okay. Aku tipu dia masa kita ambil minyak kat sekolah."

Dia tidak kelihatan terkejut. "Patutlah. Peter panik tahu bila kau menghilang ke tandas tanpa bawa teman. Kami lagilah, tak payah nak explain."

"Sorry."

*
Kami keluar daripada kedai runcit apabila beg sandang yang dibawa oleh Layla dipenuhi makanan. Saat kami berjalan melalui terowong kecil, aku terdengar sesuatu. Aku berhenti untuk memfokuskan pendengaranku.

"Ana--"

"Shuh! Layla, dengar." Dia diam.

Satu suara menderam lagi, namun kali ini seperti kedengaran lebih tajam. Perlahan-lahan, makhluk itu keluar daripada kawasan gelap terowong, menunjukkan dirinya sendiri. Oh, habislah!

"Run!"

Layla menjerit dan kami tidak menunggu lama. Langkah pantas diatur keluar daripada terowong. Aku menoleh ke belakang apabila kami membelok ke kawasan deretan rumah kedai di pekan itu. Seekor anjing hitam, seperti anjing polis, yang telah dijangkiti mengejar kami dengan pantas.

Daripada jauh, aku dapat melihat sahabat-sahabatku, Peter dan Esme berkumpul dihadapan balai polis pekan Sikuati.

"Lari! Lari Sekarang!" Jeritku, memaklumkan mereka.

Mereka berpandangan seketika, namun saat mereka melihat haiwan yang mengejar kami itu, bertempiaran mereka berlari.

Apabila mindaku terbayang anjing tersebut mengoyakkan daging menggunakan gigi tajamnya aku menjadi takut. Adrenalin bertambah di dalam badanku. Di satu selekoh, aku berjaya memotong Zalyna, Layla, Wanah dan Mailey. Tetapi larian kami berhenti serentak apabila terdengar satu jeritan kuat daripada Mailey serta Wanah. Aku berputar untuk melihat apa yang berlaku.

Mailey sedang terlentang di atas jalan raya sambil menghalang anjing yang cuba untuk menggigitnya, menggunakan beg sandangnya. Wanah tidak berani menghampirinya kerana kami memang tahu dia alah sangat dengan haiwan itu.

Shannen dan Peter datang membantu tapi sekali lagi terhenti dengan jeritan nyaring Mailey. Kali ini aku terpaku sepenuhnya.

Anjing yang menyerangnya menggigit beg sandang itu dan mengoyakkannya sekaligus. Haiwan ganas itu tidak melepaskan peluang untuk menggigit Mailey dan tangan kanan gadis itu menjadi sasarannya.

Tanpa aku sedar, tanganku mencapai pistol yang aku sembunyikan di belakangku. Bang! Aku sendiri terkejut dan hampir terlompat dengan bunyi tembakan yang aku lepaskan tanpa sedar. Satu butir peluru tembus masuk tepat di leher anjing yang menyerang Mailey. Haiwan itu tumbang disebelah Mailey.

Erangan kesakitan daripadanya menghalang kami untuk mendekatinya. Anjing itu telah menggigitnya dan itu maknanya dia telah dijangkiti!

Dia berhenti mengerang apabila menyedari kami semakin menjauhinya.

"Please don't leave me here." Rayunya kepada Veera. Gadis berambut pendek itu hanya diam.

Mailey merangkak, beralih kepada Peter. Esme cepat-cepat bersembunyi di belakang Peter apabila Mailey menghampiri mereka.

"Jangan tinggalkan aku seorang kat sini. Please Peter please."

Peter menggigit bawah bibirnya. Perlahan-lahan dia berputar, menggenggam tangan Esme dan membawa gadis itu pergi.

Aku dapat melihat kekecewaan yang amat sangat dalam mata Mailey dan aku juga dapat melihat urat-urat biru-ungu yang semakin jelas pada pipi gadis itu. Seluruh tubuhku menggeletar. Aku tidak sangka akan menyaksikan seorang lagi gadis yang aku anggap seperti adik-beradikku sendiri tewas pada wabak ini.

Pistol hampir terlepas daripada genggamanku, namun Lynn mencapai tanganku dan mengangkatnya pada paras bahuku.

"Tembak," suaranya hampir tidak terkeluar. Aku benar-benar terkedu.

"Ana, tolong aku!"

Aku memandang Lynn dan Mailey bersilih ganti. I can't! Namun jari telunjuk kananku tetap menyentuh pada trigger pistol itu.

"Aku minta maaf,"

Trigger aku tekan dengan sokongan Lynn. Bunyi das tembakan bergema. Mailey terbaring, tidak bergerak lagi. Tiada lagi rayuan daripadanya, hanya darah yang membuak-buak mengalir di atas jalan raya. Sahabat-sahabatku yang lain memalingkan muka dan memandang ke arah lain bersama airmata yang mengalir deras. Ada yang menutup mulut mereka, menahan esak. Masing-masing tidak sanggup melihat ke arah Mailey lagi.

Peter yang semakin menjauh bersama Esme, sempat menutup telinga budak perempuan itu sebelum tembakan dilepaskan.

Hari ini aku officially dah jadi pembunuh. First, adik aku. Sekarang, salah seorang daripada bestfriend aku. Selepas ini siapa lagi?

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now