#Satu

11.6K 617 18
                                    

▓▓▓▓▓ "Makan ajelah apa yang ada. Tak sempat nak masaklah, ada kerja," kata ibu malas dengan raut wajah toya. Selepas berkata itu, kaki terus melangkah naik ke atas.

"Kalau gitu baik masak sendiri," Almira mengomel sambil menyuap nasi kosong ke dalam mulut. Kelat wajah ditayang. Rasa macam makan pasir. Tak ada rasa langsung. Tak lalu nak makan jadinya.

"Mira, pergi kejut abang kesayangan kau." Aku menyuruh dalam keadaan berbisik. Mata Almira terbuntang sekejap sambil tapak tangan bergerak ke kiri dan ke kanan di udara.

"Tak naklah. Kaulah pula, semalam aku dah." Almira tersengih kelat sambil menggeleng. Anti betul kalau disuruh kejut makhluk yang satu itu. Kalau boleh tak nak jejak pun ke bilik dia. Seram! Gelap bukan main. Siang malam sama aje. Tak ada beza.

"Semalam kau sekerat jalan aje. Aku yang kejut dia."

Kalau boleh hari ini aku nak lepas. Tengok jam, dah nak pukul tujuh. Mana sempat nak melayan perangai setan lelaki itu. Tak sampai sekolah aku nanti.

"Kau pergilah. Aku nak makan air tangan ibu."

Terherot-herot bibir aku memandang Almira. Tak ikhlas langsung. Setiap kali aku suruh dia kejut Shakeel, ada aje alasan dia nak mengelat. Dulu macam tak nak renggang. Kalau boleh sehidup semati tak nak lepas tangan. Bila dah besar panjang macam ini pula dia.

Nak tak nak aku bangun juga.

Ssrekkk! Berdesing bunyi geseran kerusi. Tunjuk proteslah sikit. Memang aku tak ikhlas pun.

Tak buang masa, aku terus naik ke atas. Bilik Shakeel yang bersebelahan dengan bilik aku itu aku pandang lama. Liur aku telan sekali. Kumpul semangat jiwa dan raga. Sebelum hati aku calar balar baik aku motivasi diri dulu. Gaya macam nak ambil keputusan peperiksaan aje. Yalah! Memang nak ambil ujian pun. Ujian untuk tengok hati aku kental ke tak.

Tok! Tok! Tok!

"Shakeel! Bangunlah, bulan dah hilang dah."

Tarik nafas, hembus.

"Shakeel! Bangun! Dah pukul 7 dah. Cikgu Rezal marah kau nanti!"

Cikgu disiplin pun terpalit sama. Kalau aku sebut pun mungkin dia goyang jari aje. Relaks. Cikgu itu dah macam member sehidup semati dia.

"Bangunlah! Dah lambat!" Aku yakin ibu tengah tutup telinga pakai langsir. Dah sedia maklum setiap pagi aku jadi ayam berkokok khas untuk anak lelaki kesayangan dia.

Tombol pintu silver berkilat itu aku pandang. Agak-agak dia kunci tak? Kalau tak kunci aku terjah masuk boleh? Tapi... Nak ke aku masuk? Tak rela ada lah.

"Shakeel, aku masuk tau." Mencuba nasib. Mana tahu dia balas. Maknanya dia dah bangun. Kalau dia dah bangun, aku boleh turun pakai kasut, tak pusing belakang dah! Aku terus pergi sekolah. Tapi hampa. Tak macam yang aku fikir. Kedudukan daun pintu masih sama.

"Tidur lagi ke?" Aku masih berkira-kira untuk membuat keputusan. Nak buka atau tak pintu ini.

Buka ajelah labu! Aku dah hadap Shakeel yang begini setahun. Apa ada hal. Hati calar sikit biasalah.

Perlahan-lahan aku tolak daun pintu. Gila sejuk bilik dia! Nafas ada lagi ke tak agaknya. Mana tahu dia mati kesejukan.

Patutlah tak menyahut. Tak tahu nak gembira ke nak sedih.

Pap! "Ow!" Walaupun cuma bantal, tapi sakit jugalah kalau Shakeel yang baling.

"Keluar." Shakeel mengarah keras. Tak suka ada orang terjah masuk bilik dia tanpa kebenaran. Tak cukup satu, dia baling lagi satu. Tepat kena awning tudung. Penyet jadinya. Rasa macam nak teriak pun ada.

KeelLela Where stories live. Discover now