30/09/19
"Kau okey?" Shakeel yang sedang memandu tiba-tiba bertanya soalan yang dia pun sudah tahu jawapannya.
Mestilah tak okey.
"Aku dah cakap kan aku tak nak naik kereta? Kau memang nak aku mati ke apa?" kataku berang. Nak marah pun tak guna. Punggung aku sudah pun henyak tempat duduk kereta ini. Itu pun sebab atas pujukan dan paksaan seorang Adam Shakeel.
Sabar ajelah Alyan, sekurang-kurangnya dia tanya kau okey ke tak.
"Nak tak nak kau kena biasakan. Hidup mati tak ada siapa tahu. Jadi anggaplah perjalanan hidup kau masih panjang. Kau fikir kau boleh hidup tanpa kereta? Macam mana kau nak belajar nanti? Kerja lagi."
Wow, jarang-jarang Shakeel membebel. Dekat rumah ummi dah kena bebel, dekat sini pun kena bebel juga.
"Bas kan ada? Motor? Eh, tapi... Motor aku tak boleh... Melainkan kalau orang lain yang bawa." Sempat lagi aku mengutarakan pendapat.
"Kau yakin ke kau takkan takut dengan bas? Kau yakin ke bas boleh bawa kau ke mana-mana kalau kau ada kecemasan nanti?"
Aku pula yang terdiam! Benar kata Shakeel. Kalau aku sakit pagi-pagi buta, hilang nafas tiba-tiba... Adakah bas akan muncul?
"Kau tak faham ke buat-buat tak faham?" Aku menyoalnya serius sambil memandang wajahnya tiada kompromi. Tak gemar apabila Shakeel mengusik perkara ini.
Kadang-kadang aku rasa dia tak patut memaksa aku. Dia fikir trauma ini hanya penyakit biasa ke?
Shakeel tahu segalanya. Malah dia lebih tahu apa yang berlaku berbanding diri aku sendiri. Perkara yang aku patut tahu tapi itu adalah rahsia pada Shakeel. Katanya, lebih baik kalau aku tak tahu, aku tak perlu tahu dan tak perlu ingat tentang itu.
Kisah silam aku, apa yang aku lalui dan apa yang kami lalui. Hampir semua daripadanya Shakeel nampak dengan matanya sendiri. Macam yang Zara pernah kata sebelum ini...
"Dia selalu jaga kau, risau pasal kau, bila kau susah dia selalu muncul, kan?"
Setiap kali aku ditimpa masalah yang aku sendiri tak mampu tanggung, dialah yang datang menjadi hero tak bertauliah untuk aku.
Jarang kami bercakap hal ini, tapi kalau dah timbul, aku pun tak boleh buat apa melainkan aku ikut sama layan kata-kata dia.
"Kau percaya tak yang trauma kau akan hilang satu hari nanti?" Shakeel menyoal soalan yang aku tak sangka dia akan tanya aku hari ini. Shakeel memberi ekspresi yang cukup selamba sedangkan aku masih bingung dengan apa yang dia cuba cakapkan. Aku tak faham dan aku tak nak faham pun. Aku cuma nak Shakeel berhenti cakap benda yang aku tak suka.
"Tak pernah jadi, macam mana nak percaya?"
"Tapi kau ada bukti."
"Bukti? Apa buktinya?"
"Aku."
Statik terus badan aku. Dengan mata bundar badan aku pantas berpusing menghadap dia di sebelah.
"Maksudnya?"
Dia jujur atau main-main? Alah Alyan, Shakeel kalau bercakap pernah ke main-main?
"You never know unless you try."
Aku tak kesah pasal itu! Yang aku kesah sekarang ini...
"Kau sakit apa? Kau trauma? Kau tak pernah cakap apa-apa pun?" Aku risau! Susah nak percaya pengakuan yang Shakeel buat. Entah-entah dia pun tak tahu dia sakit apa.
"Em-hm."
Itu ajelah yang dia tahu. Aku yang risaukan dia, bukan dia peduli. Suka biarkan aku bergantung tak bertali. Biarkan aku lemas dalam persoalan. Sengaja mahu biarkan aku fikirkannya sendiri.
YOU ARE READING
KeelLela
Teen Fiction#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...