"Busuknya!" Omelku seorang diri. Tergeleng-geleng kepala melihat baju tak berbasuh di dalam baldi yang hampir dua minggu tak dibasuh.
Dasar pengotor kau Alyan Mikayla.
Apalah yang Shakeel fikir bila ternampak baju-baju aku? Malunya! Dengan baunya lagi, memang patut kau sorok muka bawah peti ais Alyan.
Baju-baju yang berselerak aku sumbatkan ke dalam baldi. Tak lupa aku periksa satu persatu poket yang ada. Mana tahu ada duit warna ungu, memang rezeki akulah nampaknya. Aku bukannya orang kaya yang boleh minta duit dekat mak bapak suka hati, dapat duit warna hijau sekeping pun jadilah.
Seluk punya seluk, ada kertas di dalam poket baju kurungku yang aku pakai semasa pergi rumah Irfan. Tika ini aku tak fikir apa-apa dan tak mengharap apa-apa. Tapi apabila kertas itu menyapa mata...
"Woh! Seratus!"
Jakun tak jakun, 100 ringgit kut! Lima ringgit aku minta, seratus aku dapat.
Duit ungu yang sudah keronyok aku buka lipatannya. Sesudah itu, aku gosok dengan tapak tangan pula. Duit kalau keronyok banyak manapun tetap bernilai.
Macam mana boleh ada dekat dalam poket baju aku?
"Ambiklah... Buat belanja. Beli buku ke, makanan ke. Jangan memboros pula!" Suara ummi terngiang-ngiang dalam kepala.
Lebar senyumanku menuju ke tempat di mana dompet terletak. Aku duduk di birai katil. Duit aku simpan dalam dompet. Kertas putih yang turut ada dalam baju tadi aku buka. Ada tulisan di atas kertas.
Ini kertas apa? Itu soalan pertama yang pasti dan mesti muncul dalam kepala.
Buruknya tulisan! Tulisan aku tak lah seburuk ini.
Aku cuba membacanya. Mungkin ini nota yang aku tulis dalam kelas? Kalau nak tahu, kenalah baca.
Ralit aku meneliti kertas itu. Teliti dan teliti, semakin lama aku mengenal pasti, semakin galak jantung berdegup.
Kita belum habis lagi Mikayla
Kalau kau nak tahu
Aku ada bawa canon aku tadi
Bahahahahahaahaah!
Apa maksud dia? Tangan aku bawa ke dada. Jantung masih lagi berdegup. Gigi aku ketap. Mataku semakin berair, hidung kembang kuncup menahan geram.Canon? Aku kenal sangat barang kegemaran Haikall. Sebuah kamera. Selalu dibawa ke mana-mana sahaja dia pergi. Malah ke sekolah pun. Apa ada hal? Haikall, kalau kena rampas beribu kalipun dia tetap akan cari cara untuk dapat barang kesayangannya semula.
Itu tak penting... Yang penting sekarang... Dia dah buat apa pada aku dengan kameranya? Apa yang sudah ada dalam kameranya sekarang?
Jari-jemari rapat membentuk penumbuk. Terketar-ketar tangan itu menahan rasa. Takut? Mestilah! Gila ke tak takut? Bodohlah kalau aku tak takut!
"Hahaha! Sakit? Baru sikit Mikayla! Kau tunggu esok lusa tak mustahil aku sendiri pergi KO kan kau!" Kata-kata itu seakan berbunyi di sebelah telingaku kini. Sangat jelas.
Lepas diugut sebegitu, tak mungkin hati aku dengan mudah akan tenang, seolah tak kesah. Aku, Alyan Mikayla... Bukanlah perempuan yang berani. Yang boleh 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tidak! Aku penakut.
Tangan naik meramas kepala. Kertas tadi sudah terbang tak tahu ke mana.
Haikall... Apa salah aku sebenarnya? Apa yang aku dah buat? Kenapa kau benci aku? Sampai kau berniat nak bunuh aku?
Aku raup wajah buat kesekian kalinya. Nafas aku tarik sedalam-dalamnya.
Aku kena jumpa Haikall! Masalahnya sekarang, aku berani ke? Tak cuba kau tak tahu Alyan. Nak mengharapkan siapa lagi kalau bukan kau yang pergi dan minta penjelasan.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Langkah Zara lemah longlai. Tak berdaya. Bajunya kotor sungguh tak sedap mata memandang. Nak menangis aku tengok dia. Ibarat melihat diri aku bertahun dahulu.
"Kenapa kau biar dia buli kau?" Aku tanya dia. Serius. Aku faham dia takut dengan Haikall. Aku pun takut dengan Haikall. Daripada niat nak menolong Zara terus bertukar ragu-ragu. Keadaan aku tak mengizinkan aku untuk membantu Zara. Kami sama. Dua-dua penakut. Dan mungkin aku lebih teruk daripada Zara.
Aku dah fikir masak-masak aku akan berjumpa dengan Haikall.
"Kau kata kau dah lama kenal dia tapi kenapa kau asyik tanya soalan yang sama?" Zara bersuara serius juga. Pandangan jengkel dilempar.
"Kau sepupu dia, kau dengan dia dekat. Aku dengan dia jauh. Aku tak kenal dia macam mana kau kenal dia."
"Sebab aku kenal dialah aku tak melawan." Zara raup wajah. Terpapar keletihan dia. Baru saja sampai sekolah dah jadi begini. Kalau berhari-hari, mahu mati Zara dikerjakan.
"Tapi... itu bukan dia. Dia tak ada," gumam Zara. Terdengar jelas di telingaku.
"Hah? Maksud kau?"
"Itu orang lain."
Aku terpinga-pinga tak mengerti.
"Bukan Haikall yang kacau aku."
"Eh? Macam mN kau tahu."
"Aku tak tahu dia siapa tapi dia kenal aku," kata Zara masih menyembam kepala atas meja.
Kalau bukan Haikall, habis siapa?
Kemudian Zara bangun daripada kerusinya.
"Nak pergi mana?"
"Keluar sekejap."
Aku pandang tangan Zara yang memegang sesuatu. Sebuah beg. Aku cuba intai apa yang ada di dalamnya namun pantas Zara menjauhkan beg itu daripada aku.
"Kau nak jumpa dia, kan? Kau nak hantar makanan dekat dia? Ish, kau bodoh ke? Lepas apa yang dia dah buat dekat kita, kau nak ikut cakap dia? Eh, aku tahulah dia sepupu kau tapi takkanlah..."
"Dia sakit."
"Kalau dia sakit pun kenapa? Kau sakit dia kesah ke? Dia sakit kau pulak yang beria."
Zara dah gila agaknya! Aku tak faham apa yang dia cuba buat. Aku cuba nak tolong dia tapi dia tak mahu.
Kau tak tahu apa-apa pasal dia Alyan. Dia pun tak sudi nak kau tolong dia. Mungkin kau tak perlu beria.
Alah! Aku nak tolong dia aje!
Aku rentap tangan Zara. Tak membenarkan dia ke mana-mana. Apa fungsinya aku sendiri tak tahu. Tapi aku nak dia tahu satu perkara. Aku risaukan dia. Tapi dia tak nampak semua itu.
"Aku ikut!"
"Tak payahlah."
"Aku-nak-ikut!"
"Nanti kau sakit lagi, Alyan."
"Aku tak peduli!"
"Nanti Shakeel marah macam mana?"
Shakeel! Shakeel! Shakeel! Tak ada nama lain ke?
"Dah lah, tepi," ujar Zara lalu terus keluar daripada kelas.
Aku ketap gigi. Memandang tubuh Zara yang tak bermaya pergi.
YOU ARE READING
KeelLela
Teen Fiction#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...