#30

2K 159 12
                                    

21/11/19

Muneerah bangun dan pergi apabila urusan dia dengan aku selesai. Kad istanbul aku lihat sekilas. Zareef masih ingat aku rupanya. Tapi kenapa tiba-tiba dia pergi Istanbul? Terdesak? Kerana apa?

Kaki bergerak keluar daripada kantin. Poskad aku simpan dalam poket. Tandas perempuan aku tuju apabila tekak terasa mual tiba-tiba. Sia-sia aku makan.

Sampai saja di depan pintu tandas, bunyi bising dari dalam kedengaran masuk gegendang telinga. Pintu berdentum kuat bersama hilaian tawa beberapa pelajar perempuan.

Tak syak lagi... Membuli.

Aku cuba abaikan suara-suara itu. Muntah aku keluarkan secepat mungkin. Sebaik saja aku siap mencuci mulut, pintu tandas terbuka. Kepala aku menoleh ke kiri. Mereka pegun melihat aku. Kalau mereka pegun, aku lima kali ganda terkesima dengan apa yang aku lihat.

"Mia?" Aku menyebut nama itu. Mia tayang muka tak bersalah. Kemudian aku pandang pula tangan yang digenggam oleh Mia.

"Zara..."

Entah kenapa... Aku tak rasa ingin membantu dia. Sudahnya aku keluar dari tandas itu dan terus ke kelas. Setibanya aku di kelas Fazliya bertanya menyoal keadaan aku.

"Muka kau pucat," komen Fazliya.

Aku sembamkan kepala ke atas meja. Mengusir bayang-bayang yang terpapar di minda. Membuang segala memori yang aku nampak tadi.

Kalau bukan Haikall yang buli Zara bermakna selama ini... Mialah orangnya? Selama ini... Mia? Terpempan hati ini mengetahui kebenaran. Sangka aku, Mia dah tak buat kerja-kerja begitu meleset jauh.

Patutlah dia selalu tanya pasal Zara pada aku. Mia dan Haikall... Ibarat orang yang sama. Dua-dua mengambil kesempatan. Aku sepatutnya tahu dari awal lagi... Macam mana aku boleh tak perasan? Orang itu... Dekat saja dengan aku.

Aku terlalu takut. Tak tahu macam mana nak membantu Zara. Takut untuk jadi mangsa lagi. Takut kalau aku membuat kesilapan lagi. Aku tak nak terlibat dengan semua ini. Cukuplah aku dapat melepaskan daripada Haikall untuk sementara.

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

Aku duduk melepak di beranda kecilku. Bilik Shakeel gelap saja. Tak tahu apa yang dia buat di dalam sana. Pintu gelongsornya berkunci sebab itu aku berani duduk di sini.

Desas-desus suara Shakeel aku dengar. Dia bercakap dengan siapa? Mungkin bercakap melalui telefon bimbit.

Telefon aku buka. Mesej daripada Almira aku baca.

Almira gemuk
+ Oi
+ Buat apa?
+ Dah sihat?
+ Dah studi?
+ SPM dah nak dekat

: Yaaaa
: Nanti-nantilah

Peperiksaan besar semakin hampir. Tak tahulah sama ada aku bersedia atau tak untuk itu. Kesihatan aku tak memberansangkan. Langsung tak memberi kerjasama. Aku tak boleh fokus dengan apa yang aku mahu lakukan. Kadang-kadang aku tertidur tanpa aku sedar.

Aku bergerak turun ke tingkat bawah. Baru saja kaki hendak melangkah ke dapur, bunyi pintu rumah diketuk kedengaran. Pantas aku membukanya.

"Nak apa?" Tanyaku kepada dia. Dia kekal dengan wajah toya. Tak berminat nak pandang muka aku. Kepalanya terjenguk-jenguk melihat ke dalam rumah.

"Shakeel mana," katanya tiada nada.

"Ada dekat dalam bilik dialah," beritahuku.

"Bagi aku masuk, tepi." Selamba tahi ayam dia menolak aku kemudian terus naik ke atas. Dah kenapa? Macamlah tak boleh tunggu sekejap. Penting sangat ke?

Azam... Jarang dia datang rumah aku. Kalau dia datang, mesti sebab perkara penting untuk dibincangkan dengan Shakeel. Melihat itu, aku bagai faham tujuan Azam datang ke sini. Tapi... Apa perkara penting itu?

Tak lama kemudian bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah menyapa telinga. Ayah yang sedang bercakap melalui telefon kedengaran. Aku curi-curi dengar apa yang ayah bincangkan sehingga membuatkan suara ayah berbunyi tegang dan marah.

"Macam mana dia boleh lari?!"

"....."

"Dia tahu?"

"....."

"Sekarang dia dekat mana?"

"....."

"Okey! Apa-apa hal call aku, jangan biar Haqq hilang lagi."

"....."

"Haqq bijak orangnya... Jangan terpedaya dengan dia."

Haqq lagi! Siapa Haqq? Apa kaitan dia dengan keluarga kami? Kenapa ayah terlalu marah apabila menyebut nama itu? Sebelum ayah melangkah masuk, aku terus berlari masuk ke dapur.

Beberapa saat kemudian kelibat ayah kelihatan tiba di dapur.

"Alyan... Shakeel mana? Ada dekat bilik dia?" Ayah menyoal seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Wajahnya tenang menutup segalanya.

"Ada... Dengan Azam dekat bilik dia. Kenapa ayah?"

"Tak apalah... Ayah nak bincang something dengan dia."

"Oh... Okey."

Bincang? Bincang pasal apa?

"Alyan daripada tadi memang duduk dekat dapur ke?"

Eih? Pelik benar soalan ayah itu.

"Baru aje turun ayah."

"Okeylah, ayah naik dulu," pamit lelaki itu lalu segera naik ke atas. Mencurigakan! Nampak benar ayah cuba menyembunyikan sesuatu.

KeelLela Where stories live. Discover now