18/11/19
Sedang aku leka terbaring, ada yang mengetuk pintu. Spontan aku terduduk daripada baringan. Spontan juga tangan naik memeluk lutut.
Siapa? Dalam rumah ini tak ada sesiapa selain aku, kan? Tak silap aku, selepas Shakeel hantar aku ke rumah, dia terus ke sekolah. Jadi, siapa yang ketuk pintu bilik aku? Ketukan itu semakin lama semakin galak. Aku masih lagi memeluk lutut tak mahu bergerak.
Tombol pintu dipusing dari luar. Sebelah tangan aku gapai bantal sebagai penutup muka. Tak mahu melihat apa-apa yang bakal buat jantung aku terkeluar.
"Aku masuk," satu suara garau memecah sunyi.
"Shakeel? Dia ada dekat sini?" Aku berdesis dengan diri sendiri. Tergopoh-gapah aku mencari tudung kemudian baring semula ke atas katil.
"Kau tak pergi sekolah?" Soalku tatkala Shakeel sudahpun melangkah masuk. Shakeel menggeleng menjawab soalan aku. Aku lihat apa yang ada di tangannya. Sebuah mangkuk. Wap-wap naik ke udara kelihatan.
"Makan," kata dia sepatah.
"Tak nak lah tak ada selera."
Baik betul... Sanggup dia tak ke sekolah semata-mata nak bagi aku makan? Muka dia pun nampak suci. Tak nampak macam orang jahat. Tak nampak macam Shakeel yang selalu memaki hamun aku.
"Makan." Shakeel berkata tegas. Matanya tajam menikam anak mata aku. Bagai memberi amaran keras. Kemudian dia keluar tanpa berkata apa-apa lagi.
Aku lihat bubur yang ada di sisi. Nampak sedap tapi malangnya aku tak lalu makan.
Telefon pintar aku buka, aplikasi whatsapp aku tekan.
Almira gemuk
+ Alyan
+ Okey ke tu?
+ Shakeel cakap kau tak sihat: Demam sikit
Almira gemuk
+ Seronoklah dapat layanan istimewa
+ Nanti aku demam
+ Kau masakkan bubur untuk aku tau!Ceh! Macam mana dia tahu Shakeel masakkan bubur untuk aku? Macam tahu-tahu aje Shakeel dukung aku tadi. Sejak kebelakangan ini, dia orang memang selalu berhubung ke?
Bubur yang masih berwap panas, aku pandang sekilas. Sayang pula kalau membazir. Makan sikitlah, putusku.
Selepas lima suap, aku letakkan bubur itu ke atas meja semula.
Selama satu hari ini, Shakeel betul-betul menjaga aku dengan baik. Aku tak tahu apa tujuan dia buat ini semua. Adakah kerana atas arahan ayah? Tak ada sesiapapun yang tahu aku sakit selain daripada Shakeel melainkan Shakeel ada beritahu ayah.
Sejujurnya, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku tak sedap hati. Tapi apa? Dan kenapa?
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Aku menurutkan kehendak hati, kaki mengatur langkah menuju ke kantin untuk mengisi perut. Minggu lepas, tiga hari aku tak hadir ke sekolah. Terfikir yang aku masih seorang pelajar, aku paksa diri untuk ke sekolah. Sudah tentu aku asyik melarikan diri daripada Shakeel. Mungkin kalau dia nampak aku, dia takkan benarkan aku ke sekolah.
Sejak tadi Zara tak kelihatan. Aku tak tahu dia ke mana dan tak terasa nak tahu dia ke mana. Selalu sangat hilang tiba-tiba. Dan dia tak pernah beritahu dia ke mana melainkan aku yang bertanya.
"Oi, tengah makan ke," tegur satu suara. Muneerah. Ceria wajahnya melihat aku. Tanpa segan silu dia melabuh punggung di sebelah aku.
"Kau nampak pucatlah," komen gadis itu. "Aku ada benda nak bagi dekat kau."
Mendengar itu, kepala aku spontan bergerak melihat Muneerah. Di tangannya ada sekeping kad bergambar negara Istanbul yang sangat cantik.
"Kau kenal Zareef?" Soal Muneerah sambil menaikkan keningnya.
"Hm, bolehlah." Nak kata kenal, macam tak kena pula. Nak kata tak kenal pun tak kena. Aku pun sudah lupakan tentang apa yang dia buat dulu. Itu hanya satu beban untuk aku. Zareef pun sudah lama tak muncul jadi tak ada sebab untuk aku fikir pasal dia.
"Dia abang aku," ujar Muneerah tenang. Aku di sebelahnya sudah melopong. "Dia suruh aku bagi kau kad sebagai tanda maaf dia. Nak jumpa kau, dia tak berani."
Oh, Zareef minta maaf? Tak pernah terfikir pun dia akan minta maaf. Tak berani jumpa aku? Maksudnya apa? Sepatutnya aku yang patut takut untuk jumpa dengan dia.
"Sorrylah, abang aku memang nakal. Kadang-kadang aku pun malu nak mengaku dia abang aku."
Zareef... Abang Muneerah? Kecilnya dunia! Muneerah tak pernah sebut pasal keluarga dia dan tak pernah pula aku terfikir yang mereka ini adik beradik! Dua kali lima macam aku dengan Shakeel. Walaupun hakikatnya kami bukan adik beradik. Walau macam manapun aku tetap anggap dia macam keluarga aku.
"Abang aku dah sampai Istanbul semalam. Dia tinggal dekat sana dengan pakcik kita orang. Sebab itu dia suruh aku bagi. Dia kata dia tak sempat jumpa kau nak minta maaf. Minggu lepas dia cari kau dekat kelas, tapi kau tak datang pulak."
"Oh..." Sampai macam itu sekali?
"Teruk sangat ke dia kacau kau?" Tanya Muneerah dengan wajah ingin tahu dan teruja untuk mengetahuinya.
"Hmmm, tak adalah teruk sangat... Dia kurung aku dekat dalam stor," pendek ceritaku. Tak mahu membahas perkara yang sudah lama berlaku.
"Erm, wow..." Muneerah garu kepalanya kekok. Tak sangka yang abangnya sanggup buat begitu. "Dia nampak takut sangat bercerita pasal kau... Kenapa eh?"
Aku angkat bahu. Manalah aku tahu. "Entah-entah dia takut dengan Shakeel," desisku sambil berfikir. Mustahil sungguh Zareef takut dengan aku. Lainlah kalau aku adalah Mia.
"Eh, kenapa dengan Shakeel?"
"Shakeel selamatkan aku, last-last kita orang terperangkap sama-sama."
Muneerah terdiam sekejap.
"Ada satu hari... Muka dia lebam teruk! Sampai seminggu tak datang sekolah," cerita Muneerah. "Entah-entah sebab kena belasah dengan Shakeel tak? Ergh..." Muneerah menggelupur kecil mengenangkan betapa teruknya kecederaan Zareef.
"Mungkin."
"Shakeel kaki pukul ke? Ergh, tak nak lah aku dengan kaki pukul." Muneerah menggeleng kepala beberapa kali.
Wah, senang betul dia! Cemburu tanda cinta konon. Habis ini apa? Baru beberapa hari lepas Muneerah cemburu dengan Zara. Dan hari ini senang-senang dia reject Shakeel.
Jaranglah perempuan suka lelaki kaki pukul. Kalau ikutkan hati aku, aku pun tak suka. Tapi sebab aku kenal Shakeel macam mana. Insya-Allah kalau dia ada isteri dia takkan pukul isteri dia. Dia takkan berani punya. Kalau ayah tahu, mampus dia.
Aku tak nafikan, Shakeel kalau bab memukul orang, dialah yang paling kejam. Aku percaya... Dia tahu apa yang dia buat. Cuma kadang-kadang... Tak mustahil kewarasan dia boleh hilang. Shakeel cuma perlu belajar macam mana nak kawal perasaan marah dia.
"Kenapa dia pindah sana?" Aku tanya nak tahu sebabnya.
"Entahlah, aku pun tak tahu. Dia nampak terdesak sangat nak pergi sana. Mak ayah aku bagi ajelah," cerita Muneerah membuatkan aku naik hairan. "Aku malas nak tanya banyak, biar ajelah dia pergi."
Terdesak? Hmmm... Shakeel apa kau dah buat dekat dia? Aku harap Zareef baik-baik saja.
Mata aku melilau sekejap kemudian aku memandang Muneerah di sebelah. "Erm, Muneerah... Kau nampak Zara?" Mana tahu Muneerah ada nampak Zara di mana-mana. Aku rasa tak sedap hati pula pasal dia.
"Tak pulak, kenapa?"
YOU ARE READING
KeelLela
Teen Fiction#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...