#Lima

3.3K 249 9
                                    

▓▓▓▓▓ Kami bertiga menyepi di meja makan. Aku pandang Almira, Almira pandang aku dan kami berdua memandang Shakeel selepas itu.

Shakeel seolah-olah berada di alam lain. Makan berselera, langsung tak hiraukan kami. Lapar betul nampaknya. Rasa bersalah juga aku sebab sengaja tumpahkan makanan dia semalam.

Aku berdiri bersama pinggan dalam pegangan. Sesaat selepas itu bunyi gesekan kerusi Almira kedengaran. Turut bangun ingin mencuci pinggan.

"Kenapa kau bangun? Makanan kau tak habis lagi, kan," bisikku dekat dengan telinga Almira.

"Lain macamlah aura dia sekarang. Menakutkan. Tak nak lah aku duduk situ lama-lama. Kaulah punya pasal. Yang kau jatuhkan pinggan dia semalam kenapa?"

"Manalah aku tahu dia akan... Aku nak balas dendam aje." Aku garu kepala. Serba salah. Almira sekadar menggulingkan bebola mata. Tak membantu langsung.

"Nak pergi dengan aku tak? Aku nak gerak dah. Kereta dah siap panas."

"Tak apalah, kau pergi dulu. Aku nak cari stokin."

Almira angguk kepala kemudian bergerak ke muka pintu. Aku berlari naik ke atas untuk langsungkan niat mencari stokin.

"Kau cari ini ke?" Satu suara garau memecah kesunyian bilik aku. Laju kepalaku menoleh.

"Kau nak ke?"

"Bagilah, aku dah lam-"

Ssapp!

Tangan naik tepuk dahi sendiri. Kepala mulalah berdenyut apabila Shakeel mula buat perangai. Terkoyak dua stokin yang aku cari tadi dengan jari-jemarinya. Mudah dan cepat. Bunyinya pun boleh tahan memuaskan.

"Seriuslah? Ini stokin yang ke 33 aku kau koyak tau." Aku hela nafas panjang. Memanglah dah lali, tapi sakit hatinya masih terbuku dalam jiwa ini.

Aku garu kepala. Canggung pula rasanya. Aku tahu dia marah. Sebab itu dia buat semua ini. Nak balas dendamlah kononnya. Elok sangatlah dua-dua pun tak habis-habis nak balas dendam. Bila nak habisnya?

"Kau marah eh? Pasal semalam?" Serba salah aku bertanya. Kalau boleh tak mahu langsung bangkitkan hal ini. Seram sejuk!

Senyap... Dia pandang mata aku, mata aku pula terkebil-kebil kecut dengan pandangannya.

"Kau memang tak reti menghargai ke?"

"Hah?" Tak faham dengan soalan itu. Berbunyi sindiran namun ada maksud tersirat yang perlu aku tahu.

Dia tak membalas. Sebaliknya dilepaskan saja stokin yang kini hanya sekadar cebisan.

Aku hembus nafas berat. Kuat juga eh tangan dia.

Mengenangkan sekolah yang sikit lagi nak mula, aku cuba mencari stokin lain yang boleh aku guna dibenarkan untuk pakai di sekolah. Sukar aku nak percaya sepuluh pasang stokin yang aku beli sebulan yang lepas sudah habis. Semuanya dah dikoyak oleh Shakeel.

Agak-agak dah berapa banyak kali kita orang bergaduh? Hmmm.

Apa yang dia fikir dan apa niat dia aku sendiri tak tahu. Mungkin saja nak sakitkan hati aku? Memang sakit hati tapi kalau dah sampai 33 kali, sudah sebati rasanya.

Kemudian aku terus memecut keluar rumah, memakai kasut dan berlari ke sekolah. Tak senang hati aku apabila ada makhluk berwarna biru duduk menunggu di depan pagar. Seorang perempuan bersama pen di tangan. Bibir langsung tak mengoyak senyum semasa memandang aku.

"Erk, aku dah lambat ke?" Dengan polosnya aku menyoal dia. Kalau aku tak tegur dia, adakah aku akan terlepas? Tapi kalau aku tegur dia, tak ke bodoh namanya? Lagilah senang dia nak serang aku.

KeelLela Where stories live. Discover now