#Dua Belas

4.7K 317 2
                                    

16/08/19

Selepas selesai buang air kecil, aku bergerak ke singki untuk basuh tangan. Pantulan wajah aku lihat sambil membetulkan awning tudung yang bergelembung tak sedap mata memandang.

Beberapa saat kemudian ada seorang perempuan masuk ke dalam tandas.

Dia masuk tandas aku tak pelik, yang peliknya tindakan dia tadi. Satu persatu pintu tandas dia periksa buat aku jadi musykil dan tertanya-tanya.

Selepas selesai periksa segenap ruang tandas dia keluar dengan senyuman puas.

Tak ada kerja ke apa? Pelik-pelik betul budak sekarang. Meremang bulu roma aku dibuatnya.

Aku berfikir sejenak. Rasanya budak tadi itu kawan Mia. Aku pernah nampak dorang lepak sama-sama.

Tak mahu tunggu lama, aku terus keluar dari situ.

Suasana di luar tandas yang sunyi buat aku semakin seram sejuk. Tambah pula dengan adanya lorong kosong di sebelah tandas perempuan. Entah apa fungsi lorong ini aku pun tak tahu. Macam menggalakkan pelajar ponteng pun ada. Short cut untuk ke belakang sekolah agaknya.

"Hahaha." Suara parau seorang lelaki sedang ketawa mengetuk gegendang telinga . Datangnya dari lorong kosong itu.

Bertambah seriau aku jadinya. Laju aku membuka langkah dan ambil jalan yang paling dekat untuk naik ke kelas.

BUK!

"Oooop, sorry, sorry... Tak sengaja!"

Arh, terlanggar orang pula! Sakit jugalah bahu aku sekarang ini. Ini mesti kena carut sekejap lagi.

"Sorry, sorry! Aku betul-betul tak sengaja."

"Tak apa, aku dah lambat," kata orang itu.

"Kau OK kan?" Tanyaku meminta kepastian. Kalau aku sakit, dia mesti lagi sakit. Boleh tahan pedih bahu aku terkena badan dia tadi. Apa-apapun aku respek gila dekat perempuan ini. Nasib baik dia tak marah-marah atau memaki aku.

Dengan hati yang bersalah aku kutip buku-buku dia yang terjatuh tadi. Mata tertancap pada satu objek hitam berjarum.

Pengawas rupanya!

Aku pandang dia, dia pandang aku. Melalui tag nama yang aku tengok tadi, Muneerah namanya.

"Eh kau... Macam pernah nampaklah tapi dekat mana eh?" Dia berkata lalu berfikir sekejap. Aku pula hanya memerhati dia. Pernah nampak aku? Tapi aku tak pernah nampak dia di mana-mana pun sebelum ini.

"Aku pernah nampak kau dengan Adam Shakeel."

Erk! Apa pasal lah dalam banyak-banyak nama, nama lelaki itu juga yang dia sebut? Sekarang, aku nak jawab apa?

"Oh, hahaha." Ketawa kelat saja. Tak tahu nak respon apa.

"Korang memang rapat ke? Selalu nampak korang jalan sama-sama."

"Tak ada lah rapat sangat tapi bolehlah."

"Boleh tolong aku tak?" Dia menjungkit keningnya bersama bibir yang melakar senyuman lebar.

Hah, sudah...

"Tolong apa?" Nak minta tolong, boleh. Asalkan tak ada kena mengena dengan Shakeel. Walaupun aku dah boleh agak mesti ada kena mengena punya.

Haih, ingatkan Almira sorang saja macam gini. Rupanya dalam diam ramai juga yang tersangkut.

"Bagi surat aku dekat dia boleh? Kata dekat dia... Muneerah kelas 4A bagi," ujarnya sambil menyua sekeping sampul surat berwarna pink bersama pelekat berbentuk hati di bucu segi tiga yang ada pada sampul surat itu.

KeelLela Where stories live. Discover now