▓▓▓▓▓ "Kalau kena saman, padan muka!" Omel Almira. Dalam kereta ini penuh dengan suara dia seorang. Macam-macam rungutan dia keluarkan.
Sepasrah Almira, pasrah lagi aku duduk di sebelah Shakeel. Setiap saat aku pastikan punggung aku betul-betul di hujung tempat duduk. Tangan kuat memegang pintu kereta. Kepalaku kekal menunduk. Shakeel pula senang hati bersama telefon pintar di tangannya.
"Kau OK tak Alyan? Macam nak mampus dah aku tengok." Suara Almira mengetuk deria pendengaranku. Kepalaku naik memandang Almira. Bibirku tercebik melihat dia. Slow and steady aje dia bawa kereta. Padahal umur baru berapa tahun.
"Diamlah... Bawak aje kereta elok-elok," ujarku malas.
Shakeel menala pandangan ke arah aku selepas itu. Agak lama. Tak, bukan agak lama. Tapi sangat lama! Sampaikan aku rasa macam nak terkencing dalam seluar. Takut satu, gugup satu, tak selesa satu.
"Kenapa?" Aku bersuara selepas lima minit Shakeel tidak melepaskan pandangan. Lima minit kau. Lama betul. Shakeel cuma angkat kening kemudian kembali kepada telefonnya.
Berkerut dahi aku menengoknya. Tak faham apa yang Shakeel cuba buat. Mesti ada sebab dia pandang aku kan? Macam sebelum ini. Mesti ada sebab kenapa dia kata aku tak reti menghargai. Apa sebabnya? Aku teringin nak tahu.
"Lampu merah, berhentilah." Aku mengingatkan Almira.
"Aku tahulah!"
Aku tarik nafas mencari kekuatan. Risau aku mengenangkan siapa pemandu kami. Bukan risaukan Almira tapi diri sendiri.
"Jangan bawa laju-laju. Kau bawa aku. Ingat sikit. Cubalah prihatin dengan aku."
"Yalah! Aku tahulah kau tak biasa."
Aku fikir lepas aku tegur, hati dia lembutlah sikit untuk perlahankan kelajuan tapi sebaliknya juga yang terjadi. Tak kesian dekat aku ke? Kau nak bunuh aku ke apa?
"Keluar." Shakeel tiba-tiba bersuara. Kepalaku laju menoleh ke arah dia. Dengan padangan 'kau dah kenapa?' Aku berikan padanya. Mimik mukanya tetap beku sama juga dengan nada suaranya.
"Keluar? Ke mana?" Aku bertanya.
"Kau pun, keluar." Tenang dan tegas nada suara Shakeel.
"Siapa? Dia?" Almira menuding jarinya pada aku.
"Keluar."
"What? Me?" Tuding jari tadi bertukar arah. Almira menunjuk pada dirinya sendiri. Dengan muka yang jelas tak percaya dengan kata-kata Shakeel itu.
"Now." Aku kejur di tempat sendiri. Terkulat-kulat seperti orang tak bersalah. Memang itulah hakikatnya. Hanya menonton apa yang berlaku.
"Alyan! Apa maksud dia?" Almira pandang aku dengan mata yang berair. Tak puas hati barangkali.
"Apa? Tanyalah dia." Aku melontar pandangan ke arah lain. Melihat jalan raya yang lengang. Sedikit lega bila beberapa biji motor dan kereta kecil sahaja yang membelah jalan. Kereta kami sudah selamat berhenti di tepi jalan selepas Shakeel bersuara tadi.
"Dia halau aku ke?" Almira menyoal lagi.
Susah kalau macam ini gayanya Almira nak keluar dengan Shakeel? Apa yang dia suruh, apa yang dia cakap, apa yang dia cuba tunjukkan pun Almira tak faham.
Aku pun bertahun-tahun cuba memahami karenah Shakeel. Inikan pula Almira yang baru beberapa bulan duduk di bawah bumbung yang sama dengan kami.
"Tak tahu." Bahu aku jongketkan. Kenapa tanya aku? Bukannya aku tempah bilik dalam otak Shakeel sampai boleh tahu apa yang lelaki itu fikirkan.
YOU ARE READING
KeelLela
Teen Fiction#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...