#34# Shakeel dengan Almira sesuai tak?

3.2K 163 28
                                    

29/11/19

"Shakeel dah siap?" Ayah menegur apabila melihat Shakeel sudah siap sedia dengan begnya. Shakeel sekadar angguk tanpa riak wajah. Aku di sofa tak jauh dari mereka hanya memerhati.

Ayah dan ibu sedang bersiap-siap untuk hantar Shakeel ke lapangan terbang. Pada awalnya Shakeel menolak tapi ibu dan ayah tetap berkeras ingin juga menghantar lelaki itu ke sana. Aku? Aku tak ikut. Bukan tak nak ikut tapi ayah yang tak membenarkan. Hanya boleh duduk di rumah dan berehat. Tak kuasa nak membantah aku turutkan saja.

Shakeel segak dengan sweatshirt dan seluar jean. Begnya pula cuma ada satu. Beg sandang.

Sikitnya dia bawa pakaian! Berapa hari dia di sana? Aku tak pernah tahu dan tak pernah tanya. Shakeel pula tak buka mulut tentang hal itu selepas mendapat keizinan.

"Kunci pintu. Jangan keluar rumah," ibu pesan sebelum masuk ke dalam perut kereta. Aku hanya angguk kepala. Hati aku tak tenteram sebaik saja bangun daripada tidur apabila teringat hari ini adalah harinya. Hari Shakeel akan meninggalkan rumah dan bergerak ke New Zealand... Untuk berjumpa dengan Almira.

Shakeel yang sedang menyarung kasut aku pandang. Aku nak bertanya tapi lidah aku kelu tak mampu ucap apa-apa. Bila kau akan balik? Berapa lama... Aku kena tunggu? Dan... Penting sangat ke... Hal dia dengan Almira itu?

Almira sepi. Tak berkata apa. Langsung tak ada mesej daripadanya. Adakah dia tahu Shakeel akan ke sana untuk berjumpa dia? Pasti! Mesti dia tahu. Tak mungkin dia tak tahu.

Tanpa memandang aku Shakeel bergerak ke arah kereta. Mata aku masih setia melihat dia. Bohonglah kalau aku tak sedih. Hati aku resah, minda aku bercelaru. Gelisah selama sehari menunggu hari ini tiba. Tapi dia... Langsung tak rasa apa-apa sedangkan aku pagi petang malam asyik memikirkan dia.

Aku tarik nafas panjang kemudian hembuskannya. Berharap perasaan-perasaan ini hilang dan tak membebankan aku. Apakan daya, tak semudah itu.

Shakeel buka pintu kereta. Sebelum melolos tubuh matanya melihat aku. Pegun tak bergerak aku dibuatnya. Kedua-dua kening terangkat apabila dia merenung aku lama. Melihat aku begitu bibir Shakeel membentuk satu senyuman. Nipis sekali. Matanya nampak ikhlas dan lembut.

Dup dap dup dap!

Kenapa dia senyum?!

Kereta bergerak keluar. Ibu melambai sebagai tanda perpisahan. Aku membalasnya dengan hati yang masih teruja.

Shakeel memang sengaja... Nak buat aku rindukan dia! Tak guna!

Siapa kata aku teruja?! Aku tak teruja! Langsung tak teruja!

Aku masuk ke dalam rumah dan kunci pintu seperti yang ibu pesan. Mata aku meliar memandang rumah yang kosong, sepi hanya aku saja di sini.

Sekali lagi aku tarik nafas dan hembus. Relaks Alyan. Semuanya akan okey. Shakeel akan selamat dan dia mesti akan balik. Kau hanya perlu... Tunggu.

Kaki bergerak menuju ke bilik. Merebahkan diri ke atas katil dengan mata yang tertutup.

Shakeel dah pergi. Dia betul-betul dah pergi.

Aku sunyi!

"Haih..." Patut ke aku tanya Almira? Apa agaknya jawapan dia nanti ya?

Ting!

Ting!

Notifikasi berbunyi. Aku bingkas bangkit mencari telefon pintar. Mata aku tertancap pada sekeping kertas yang terletak elok di sebelah telefon aku. Seketika berlalu, aku masih memandang kertas kecil yang terlipat itu.

Takkanlah Haikall? Bukan ke dia dah pergi jauh? Dan macam mana... Kertas itu ada di situ? Tadi tak ada! Aku yakin!

Aku abaikan kertas itu. Mata beralih ke arah skrin telefon yang bernyala.

"Almira? Dia mesej aku?" Desisku perlahan.

Almira gemuk
+ Alyan
+ Aku pinjam Shakeel sekejap okey!
+ Nanti dia balik
+ Jangan risau
+ Aku jaga dia baik-baik

"Hmmm."

Telefon itu aku campak mendarat di atas tilam.

Itu saja? Aku cuma nak tahu... Kenapa? Kenapa tiba-tiba?

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

"Alyan..." Ibu menyeru namaku. Aku yang sedang memotong sayur kini memberi perhatianku pada ibu. Bibir ibu cantik mengukir senyum. "Alyan rasa Shakeel dengan Almira sesuai tak?" Soalan ibu buat aku tergamam.

"Kenapa ibu tanya?"

Ibu ketawa kecil kemudian berkata. "Pendapat Alyan macam mana?"

Pendapat aku? Apa pendapat aku tentang mereka?

"Sesuai tu macam mana ibu?"

Aku cuba mengawal perasaan negatif yang datang menyerbu. Resah, gelisah, tak keruan, bercelaru. Gerak tangan langsung kaku. Bagai terpasung oleh sesuatu. Ibu di sana masih dengan senyuman yang tak dapat aku tafsirkan apa maksudnya.

"Apa pendapat Alyan kalau Almira dengan Shakeel... Kahwin?"

"Hah?!" Aku terkesima. Liur aku telan. Kahwin? Almira... Shakeel... Kahwin? Tubuh aku mengendur. Tak punya semangat untuk menjawab soalan itu. Apa maksud ibu? Mereka akan berkahwin? Macam itu ke?

"Alyan okey kalau dorang kahwin?" Ibu bertanya lagi. Kali ini dia serius. Senyuman lebarnya tadi sudah tiada. Tangan cekap membuat kerja.

"I-ibu... Macam mana? Ibu okey kalau dorang... Kahwin?"

Ibu letakkan pisau dalam pengangan kemudian memandang aku. Jari-jemarinya bersatu.

"Entahlah. Ibu tak kesah. Kalau Shakeel okey, ibu okey."

"Shakeel aje? Almira?" Laju soalan itu meluncur keluar. Ibu macam tahu-tahu aje Almira sukakan Shakeel. Macam tahu-tahu Almira akan setuju.

Ibu angkat bahu apabila aku berkata. Entah apa maksudnya. Aku pun tak mengerti.

"Tahu-tahulah Shakeel macam mana. Kalau dia tak suka, maknanya dia tak suka. Almira pula mustahil dia lawan cakap atuk."

Atuk? Kenapa dengan atuk? Apa kena mengena atuk dengan cerita ini?

Almira dah bertahun-tahun tinggal dengan atuk. Atuklah yang selalu jaga dia, yang didik dia jadi orang, yang asah otak dia supaya cerdik berada di tempat orang. Semua yang atuk suruh, dia buat. Semua arahan atuk, dia turuti.

Betul cakap ibu. Dia takkan berani tolak arahan atuk. Makanya bila atuk suruh dia berkahwin dengan Shakeel... Dia pasti dan mesti akan setuju. Dia sukakan Shakeel. Aku dah lama tahu itu. Mana mungkin dia akan menolak.

"Ibu rasa Shakeel okey ke?" Aku bertanya sambil kepala yang masih menunduk bersama jantung yang berdegup kencang. Gelisah dengan segala kemungkinan.

"Hmmm." Ibu jungkit bahu tanda dia tak tahu.

Kenapa ibu tiba-tiba tanya soalan itu? Almira dengan Shakeel... Betul-betul akan berkahwin ke? Tapi kenapa? Atas sebab apa?

KeelLela Where stories live. Discover now