11/11/19
Aku rebahkan diri di atas katil. Baru saja balik dari sekolah. Hari ini, Zara ada beritahu yang dia nak ke satu tempat dan dia ajak aku. Katanya untuk teman dia beli barang. Patut ke aku pergi?
Ting!
Ting!
Ting!
Notifikasi masuk bertalu-talu. Telefon pintar yang ada di atas meja lampu aku capai. Skrin telefon aku lihat. Mesej daripada Almira aku baca.
Almira gemok
+ Alyan
+ Shakeel ada?
+ Tolong aku kejap boleh?
+ Suruh dia tengok telefon
+ Aku call dia tak dapat: Tak tau
: Dia keluarAlmira gemok
+ Dia pergi mana?
+ Urgent
+ Kau call dia
+ Mana tahu dia angkat
+ Please!Kemudian ringtone aku pula berbunyi. Nama Almira Gemuk terpapar pada skrin. Tak lama, selepas itu panggilan itu hilang. Kemudian nama itu muncul balik. Selepas itu hilang dan muncul semula.
Ceh! Dia spam aku! Tangan laju menaip.
: Oi
: DiamlahAlmira Gemok
+ Tolonglah Alyan!
+ Kau kan dah janji nak tolong aku
+ Tolonglah!
+ Tolonglah!
+ Tolonglah!Aku lepaskan keluhan panjang. Apalah yang urgent sangat sampai aku pun terlibat sama. Diam-diam sudahlah. Aku malas nak ambil tahu pasal mereka berdua. Aku lupa pula pasal Almira. Aku ada janji nak tolong dia ke? Ada ke? Aku pun dah tak ingat.
: Ya
: SabarMengalah. Buat sajalah. Tak susah pun.
Nama Shakeel aku cari. Lama aku scroll senarai kenalan. Mana pula nombor Shakeel pergi? Dia tukar nombor ke macam mana? Scroll sudah, taip pun sudah, juling mata pun sudah, semua pun sudah.
: Aku tak jumpalah nombor dia
: Kau tunggu ajelah dia call balikAlmira Gemok
+ Alah!
+ Macam mana boleh tak jumpa?
+ Carilah betul-betul
+ Ini pasal hidup dan mati!E-heh? Hidup dan mati? Amboi! Mati pun dia sebut, penting sangat ke?
Almira Gemok
+ Kau mesti taruk nama dia sayang kan?
+ Baby ke
+ Darling ke
+ Entah-entah my hubbyBaby? Darling? Ergh... Bercinta pun tak reti, memang tak lah! Lagi-lagi kalau orang itu Shakeel. Kau nak mampus ke? Kalau Shakeel nampak confirm kena maki.
Dan untuk pengetahuan dia, aku tak pernah pun cakap aku suka Shakeel kepadanya.
: Oi
: 😒Tak ada balasan. Yang ada cuma dua tanda tick berwarna biru saja. Kenapa dia tak balas? Tertumpah air kopi ke? Ke tak tahan nak kencing sampai kasi aku bluetick?
Almira Gemok
+ Faster!: Yaaaa
: Sabar aku cari!Hmmm... Kalau bukan nama 'Shakeel' aku letak apa?
Aku berfikir lama. Sekejap pandang pintu, sekejap pandang siling, sekejap pandang bantal, sekejap pandang pintu gelongsor. Aih... Ini lagi susah daripada jawab SPM!
SPM? Hmmm... Macamlah aku tahu macam mana rasanya duduk dalam dewan peperiksaan.
Masa UPSR berlangsung, aku tak ada di sekolah. Sebab apa? Sebab aku terlantar di katil hospital selama sebulan. Apabila aku sedar, hari yang aku tunggu-tunggu setelah berhari-hari aku belajar, pada akhirnya aku tak dapat merasai bagaimana rasanya menjawab peperiksaan.
YOU ARE READING
KeelLela
Novela Juvenil#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...