AKU tak buat kerja gila. Dan aku tak gila. Aku cuma nak tahu kenapa dia nak sangat jumpa Haikall? Kenapa dia selalu ikut cakap Haikall? Hanya sebab dia sepupu Haikall saja? Atau Zara sebenarnya suka Haikall? Habis Shakeel macam mana?
"Nah," Zara menyua beg berisi bekal makanan kepada Haikall.
Aku merapatkan diri di belakang dinding. Menyorok daripada mereka. Ini kalau Zara tahu aku ikut dia, mesti dia bising.
"Mana dia?" Haikall bersuara tiada nada.
"Ada dalam kelas."
Dia? Siapa dia?
"Dia macam mana?"
"Macam biasa."
"Macam biasa? Macam mana?"
"Sihat."
Zara dengan Haikall sedang bercakap pasal siapa? Aku sedikit lega apabila Haikall bercakap dalam nada yang normal. Mereka nampak macam orang yang dah lama rapat cuma tak cukup akrab.
Haikall ketap gigi. Setiap kali dia ketap gigi, rahangnya akan terkeluar menunjukkan dia marah. Dan setiap kali dia buat begitu, kecut juga aku dibuatnya.
"Janganlah kacau dia," desis Zara kepala menunduk tak mahu bertentang mata dengan lelaki di hadapannya.
"Hah? Kau cakap apa?"
"Jangan kacau dia," Zara mengulang.
"Heh? Kenapa aku tak boleh kacau dia? Sebab dia adik Shakeel? Kau tak nak aku kacau dia sebab Shakeel, bukan sebab Mikayla kan?"
Degup jantung aku semakin laju. Zara buat semua ini untuk Shakeel? Itu aku tak nak peduli. Dari awal lagi aku tahu dia sukakan Shakeel. Tapi... Apa motif Zara sebenarnya? Sebab Shakeel saja dia sanggup? Apa patut aku rasa? Aku tak tahu.
Dia, dia, dia... Ingatkan cakap pasal siapa ⎯ Rupanya pasal aku.
"Maafkanlah dia. Mungkin dia tak sengaja. Tak mungkin dia ada niat nak bunuh orang. Alyan bukan macam itulah," kata-kata Zara mengundang tawa Haikall. Berdekah-dekah lelaki itu ketawa. Sindiran yang nyata, jelas menusuk telinga.
Zara gigit bibir. Mungkin ketakutan. Aura negatif terasa di udara. Aku di balik dinding turut mengulum bibir bawah. Seram sejuk!
"Tak sengaja? Alasan bodoh."
"Ray dah lama tak ada. Kenapa kau masih tak terima?"
"Sebab dia dah lama tak adalah aku tak terima!"
BAM!
Sekelip mata, bekal yang dibawa Zara hancur. Isi dalamnya berterabur. Sayu Zara memandang bekal itu. Tak ada gunanya dia bawa makanan itu tadi.
Ray? Siapa Ray?
Ray yang sama atau orang lain? Apa kaitan Ray dengan mereka? Ray dah tak ada? Mana mungkin! Kalau dia dah tak ada... Sebab apa?
Aku tak pasti Ray ini siapa tapi... Dia pernah muncul dalam mimpi aku. Wajahnya aku tak ingat. Yang pasti mimpi itu bukan sekadar mimpi.
Wajah Haikall aku pandang. Lama aku melihat dia. Dia nampak lain. Macam yang Zara kata, Haikall sakit. Pucat, penuh dengan lebam di wajahnya. Dia bergaduh?
"Tsk... Tsk..." Bunyi esakan. Mataku terbelalak terkesima. Zara juga sama. Terpegun dengan apa yang dia lihat. Daripada berdiri tegak terus terduduk mencangkung di depan Haikall. Risau agaknya.
"Dia-bunuh-Ray. Kau tak faham ke Fasha?" Haikall menggenggam bahu Zara. Zara meringis sakit. Terkejut barangkali disergah tiba-tiba. Mata Haikall memcerlung memandang Zara. Tak puas hati.
YOU ARE READING
KeelLela
Teen Fiction#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...