"Macam mana Alyan boleh terbaring dekat luar? Kenapa dengan bibir? Alyan pergi mana? Dari mana?" Macam-macam soalan ayah ajukan. Aku masih diam. Memikirkan nasib diri sendiri yang sangat memalukan maruahku.
"Bergaduh? Ayah tak pernah ajar Alyan gaduh sampai⎯"
"Mana ada gaduh," potongku laju, tak suka apabila dituduh melulu begitu tanpa dia tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku.
Tak aku sangka ayah orang pertama yang nampak aku terbaring di atas lantai depan pagar rumah. Atau mungkin bukan yang pertama melihat tapi orang pertama yang mengejut aku dari terus pengsan.
Berapa lama aku jadi pameran tak berbayar dekat luar sana?
Dan aku tak sangka lelaki tak guna itu biarkan aku 'mati katak' macam itu saja. Sekurang-kurangnya letaklah aku dekat tepi, biar aku nampak sopan sikit.
Tch, mana mungkin dia akan buat begitu. Dia lagi seronok kalau aku dapat malu.
Habis lunyai perut rasanya. Peritnya macam kena tikam. Lidah masih terasa bekas darah walaupun dah berkali-kali dicuci.
"Yang terbaring dekat tengah-tengah alam dah kenapa? Tak tahu malu?"
"Orang pengsan."
"Macam mana boleh pengsan? Dari mana datangnya lebam kalau bukan gaduh?"
Asal lebam aje bergaduh, lebam sikit mesti bertumbuk. Macam mana kalau datangnya daripada peragut, penculik, penyangak?
Aku yang dapat sakit, aku juga yang dia salahkan. Malangnya nasib aku hari ini.
"Ada orang ragut kau?" Ibu menebak dengan raut wajahnya yang jelas tak mempercayai aku.
Haih, susah sangat ke dia orang nak percayakan aku.
"Bukanlah."
"Ada orang kata Alyan bergaduh, betul?"
"Alyan tak pernah⎯"
"Habis ini apa?" Ayah meningkah kata-kataku lalu menyuakan telefon bimbitnya. Mahu tak mahu aku melihat paparan skrin itu. Tapi apabila aku amati apa yang ditayang, mataku terbuntang luas.
"Mana ayah dapat?" Tak bernada suaraku berbicara. Macam mana boleh... Argh, aku tak faham!
"Kenapa? Alyan takut ayah marah?" Nada suara itu berbaur sindiran.
Aku menikus, tak mahu berkata apa. Masih tak puas hati dengan apa yang ada di tanganku ini. Terketar-ketar jari-jemari menahan amarah yang kian membuak. Melampau sungguh sehingga dia berani melibatkan keluarga aku.
"Memang ayah marah pun! Sejak bila Alyan pandai bergaduh? Dengan lelaki?" Tinggi suara ayah menutur kata. Terkeluar segala uratnya. Ibu di sisi sudah menunduk menggigit bibir.
"Kalau tak tahu apa-apa, janganlah cakap apa-apa," kataku perlahan sambil menunduk menahan geram.
Ayah terdiam lalu berbalas pandangan dengan ibu. Tiada balasan daripada mereka, masing-masing tutup mulut.
Aku bingkas bangun meninggalkan ruang tamu.
Dari mana ayah dapat video singkat itu? Sangat jelas video itu dipotong ⎯ Yang ada cuma adegan aku menumbuk dia... Yang lain? Entah ke mana. Siapa yang merakamnya? Jiran aku ke? Atau orang yang diupah oleh lelaki tak guna itu?
Tangan naik meraba bibir sendiri. Muka aku yang lebam ini... Langsung tak dipertimbangkan. Aku tahu dan aku sedar apa yang aku dah buat. Aku sedar aku tumbuk lelaki itu tadi. Apalah sangat penumbuk kecil aku berbanding dia, insan yang berjantina lelaki?
Dan sekarang, aku rasa aku berhak tumbuk lelaki itu tadi. Dan aku mengaku aku yang mulakan kekasaran dulu, aku yang baham muka dia dulu. Itu semua sebab dia layak dapat apa yang sepatutnya dia dapat.
YOU ARE READING
KeelLela
Teen Fiction#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam...