bab 10

4.6K 53 0
                                    

Selepas kejadian Aqish hampir dirogol oleh orang suruhan Iskandar, hubungan Aqish dengan Nazrul bertambah mesra dan boleh dikatakan rapat sangat sebabnya Aqish tidak ada kawan di rumah tersebut Iskandar pula dah lama tak munculkan diri.

"Hah! Termenung je kan kerja awak" Aqish sergah Nazrul dari belakang. Hampir tersedak Nazrul kerana dia sedang minum waktu itu.

"Aqish ...kan saya dah pesan kalau nak tegur orang bagi salam dulu. Kalau saya tersedak? Lepastu mati? Tak pasal-pasal awak yang menyesal" Nazrul menepuk dadanya kerana masih terkejut.

"Hehe sorrylah saya ingat awak perasan saya ada dekat belakang awak" Aqish mengurut bahu Nazrul tapi segera ditepis oleh Nazrul

"Awak ...awak tau kan saya tak suka awak sentuh saya. Bukan apa ...kita ni bukan muhrim ...saya nak awak cuba kawal ikhtilat awak. Kalau awak tak boleh kawal dengan Tuan Is saya faham tapi dengan saya tolonglah awak kawal ya"

Aqish duduk di sebelah Nazrul dengan riak muka cemberut tapi jauh di sudut hatinya dia terasa dengan kata-kata yang diluahkan oleh Nazrul

" Saya tak sengaja ...saya terlupa sebab ...." Nazrul terus bangun berdiri di sebelah Aqish

" please awak jangan beri sebab lagi. Okay macam ni lah kalau awak berusaha menjaga ikhtilat awak saya akan bagi awak hadiah. Okay? "

" hadiah apa? Awak ingat saya budak kecil ke? " Aqish membuat muka tidak puas hati.

" bukan macam tu tapi...." konco-konco Iskandar berlari keluar itu bermakna ...

"Tuan Is dah balik!!" Nazrul segera meluru masuk ke dalam rumah iaitu ke posisi dia yang sepatutnya

Iskandar masuk dengan megah ke dalam rumah sambil memaut pinggang seorang wanita yang boleh tahan cantiknya. Perempuan itu seperti suka apabila Iskandar memaut pinggangnya di khalayak ramai mungkin sebab Iskandar ialah anak orang yang terkemuka?

Aqish menyorok di sebalik pokok supaya dia tidak dilihat oleh Iskandar tapi apa yang lagi penting ialah hati dia yang tengah sakit melihat kemesraan mereka berdua.

"Awak saya nak makan ramen. Boleh tolong masakkan?" Aqish menegur Nazrul dari belakang. Inilah kerja Nazrul posisi Nazrul di dalam rumah ini iaitu sebagai tukang masak. Siapa sangka Nazrul pandai memasak? Jangan pandang Nazrul sebelah mata 😉

"Kenapa? Awak mengidam ke? Tapi awak dengan Tuan Is....."

"Awak jangan sebut nama dia boleh ke tak tolong masakkan ramen?" Aqish duduk di meja makan. Mukanya masih menunjukkan riak wajah muram

"Okay awak saya masakkan awak ramen ya?"

5 minit kemudian

"Dah siap princess"

Aroma ramen dan kimchi buatan sendiri oleh Nazrul menusuk ke hidung Aqish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aroma ramen dan kimchi buatan sendiri oleh Nazrul menusuk ke hidung Aqish. Haritu Nazrul dan Aqish membuat kimchi bersama-sama tapi Aqish tak sangka pula yang kimchi itu telah siap.

"ni kimchi yang kita buat sama-sama tu ke?" Aqish merasa sedikit kimchi dan ternyata memang sedap tak terkata

"ha'ah kita buat hari tu ...saya tau awak tengah sedih pasal Tuan Iskandar ...jangan difikirkam sangatlah anggap je dia tu cuma bayang okay?"

"Yela awak saya cuba ...ehh jomlah kita makan saya dah lapar ni. Awak la ni masak sedap sangat adududu" Aqish sudah menyuap masuk ramen tersebut kedalam mulutnya beberapa manakala Nazrul hanya tertawa melihat gelagat Aqish.

Ada seseorang sedang mengintai pergerakan mereka dari jauh dan jauh di sudut hati orang itu ialah tidak mahu mengalah dengan cepat.

tbc 💕

p.s to be honest author craving nak makan ramen itu yang timbul part makan ramen ni 😂 pegi pulak search pasal ramen makin craving pulak adududu. ni nak kene cari ramen ni 😛💕 ahahaha

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now