bab 8

5.5K 52 0
                                    

"Aqish ...bila dah besar Aqish nak jadi apa?" Papa renung mata aku tapi aku tau hatinya cuma menaruh pada Kakak Arina

"Aqish nak jadi macam Akak Arina. Dia lawa, cantik sebab tu papa selalu bandingkan Aqish dengan akak kan?" Aku liha papa hanya menggeleng dengan jawapan aku

semenjak Akak Arina kemalangan jalan raya semasa hendak balik beraya masih lagi segar dalam ingatan mereka sekeluarga. Yang paling terasa kehilangan Akak Arina ialah papa sebabnya papa pernah marah Akak Arina kerana pernah cuba larikan diri dengan lelaki berkulit putih.

"Pa..pa ...papa!" Aku terjaga dari tidur, aku lihat jam menunjukkan pukul 7 pagi terus aku bangun dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aku melangkah turun ke dapur wajah Is sedang makan aku tatap tapi hanya dari jauh mungkin dia masih tak sedar dengan kehadiran aku.

"Kau jangan bergerak" tubuh aku jadi kaku bila terasa ada seseorang di belakang aku yang sedang mengacukan pistol ke badan aku. Dia menyuruh aku pergi ke arah sambil tangannya masih lagi mengacukan pistol di badan aku.

"Tuan saya tangkap dia berada di dalam rumah mungkin dia ada niat jahat" aku pandang muka lelaki tersebut

Emm boleh tahan but kau kata aku apa? ada niat jahat? Tuan kau tu yang jahat huh!!

Tapi kata-kata itu tidak keluar dari mulut aku dan ianya hanya terkatup rapat.

"Dia ni ke? Ahahaha lepaskan lah dia. Dia ni orang baru dalam rumah ni dan dia hak milik aku berani kau acukan pistol dekat dia?!" Suara Is mula meninggi, aku lihat muka lelaki tadi mula cuak dan ketakutan.

"Biy jangan macam ni. Sayang rasa ini salah faham je lagipun dia kan baru dekat sini?" Aku merangkul lengan Is berharap supaya hatinya lembut sedikit kesian aku tengok lelaki tadi.

"Emm yela sayang ...nasib baik dia pujuk aku kalau tak ...dah la kau pergi sekarang." Is menunjukkan muka meluat kearah lelaki tersebut.

"Baik tuan" lelaki itu masih lagi tunduk dan terus berlalu pergi.

"Sayang jom makan dengan biy sekali" Is menarik aku supaya duduk di sebelahnya.

"Biy makanlah sayang tak lapar lagi ea" aku setia menunggu Is habis makan

"Okay lah sayang biy nak pergi kerja ni. Jaga diri baik-baik ya. Bye sayang" pipi aku dicium oleh tapi sebarang amaran.

Aku berlalu pergi ke sekitar taman di rumah itu. Terdapat kolam ikan dan sebuah pondok kecil yang bersebelahan kolam itu tapi apa yang menarik perhatian aku ialah jambatan di kolam ikan itu. Perlahan-lahan aku meniti jambatan itu

Hurmm segarnya udara ...dah lama aku tak hirup udara segar macam ni semenjak Akak Arina tinggalkan aku ..papa ..mama .. aku tak ingat apa kesalahan mereka sampai aku boleh terjebak dengan arak, kelab malam dan Faz. Mungkin masa tu aku stress sebab papa tak habis-habis paksa aku supaya jadi macam Akak Arina dan akhirnya aku jadi macam ni Aqish yang terlebih sosial haishh .... Akak Arina kenapa lah tinggalkan Aqish ...Aqish rindu tau

Sedang aku leka termenungkan nasib aku di kolam ikan itu, aku terasa ada tangan yang menyentuh bahu aku serentak dengan itu aku menolak orang itu dan dengan tak sengajanya dia jatuh dalam kolam ikan itu.

"Awak!!!" Aku lihat muka dia marah ...apalah malang sangat nasib hari ni.

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now