Sampai sahaja ke rumah Aqish terus menghenyakkan badannya ke atas katil. Aqish berasa sangat penat setelah pusing-pusing dekat mall bersama Nazrul tadi. Aqish berasa sangat letih lalu terlelap sehingga waktu maghrib. Aqish terjaga lalu pergi ke bilik Nazrul.
" awak ...saya lapar ...." Aqish merengek sedikit kerana perutnya sangat lapar tetapi dengan tiadanya sahutan daripada Nazrul, Aqish terus menerjah masuk ke dalam bilik Nazrul. Aqish terus menutup kembali bilik Nazrul. yang sebernanya Aqish tergamam apabila melihat Nazrul solat ....
Aqish Aqish apalah kau ni...orang tu tengah solat kau kacau dia pulak. Tapi kan aku rasa macam sebak pulak ...aku dah lama tak solat kalau setakat ambil wuduk aku ingat lagi tapi bacaan nya dah melalut sampai ke mana pun aku tak tau. Baris untuk bacaanya pun aku dah tak ingat. hmm
Aqish mengeluh sedikit.
" hai mengeluh nampak " wajah Nazrul sudah terpacul di muka pintu. terkejut Aqish mana taknya Nazrul memakai jubah putih siap bersongkok. Yang sebenarnya Aqish tak terkejut sangat pun tapi lebih kepada terpikat melihat penampilan Nazrul yang sekarang. hati Aqish seakan mahu cair melihat wajah Nazrul yang tampak bersih.
" oit jauh termenung penat saya tanya hm " Nazrul mengeluh apabila apa yang ditanya kepada Aqish rupa-rupanya Aqish tidak dengar. Aqish tersedar dari lamunannya.
" Ha maaf saya tak dengar. ouh ya awak saya lapar ....." Aqish cuba mengubah topik
" Alolo dia lapar ya. awak nak makan apa? nak makan saya ke? " Nazrul tanya dengan muka serius tapi Aqish pula tergaman dengan kenyataan Nazrul. Meletus ketawa Nazrul apabila melihat muka Aqish yang sedang blur.
" awak ni saya gurau jelah jom saya pun memang nak masak boleh juga awak tolong saya dekat dapur. " Nazrul berlalu meninggalkan Aqish di ruang tamu.
1 jam kemudian
makanan sudah dihidangkan tetapi kelibat Aqish langsung tidak kelihatan. Nazrul mula berasa risau kalau-kalau Aqish keluar takut Aqish sesat.
" boo hahahahaha " terbahak-bahak Aqish ketawa apabila melihat Nazrul yang terkejut sampai melompat ke atas singki nasib baik tak roboh singkinya.
" AWAKKKKKKKK " Nazrul mengejar Aqish sehingga ke luar rumah sampai Aqish jatuh di atas rumput. Nazrul menangkap Aqish lalu memeluknya dan tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat tetapi mereka tidak endahkannya.
Nazrul merenung Aqish yang berada di dalam dakapannya. Timbul nafsu yang selama ini Nazrul tahan apabila melihat keadaan yang basah kuyup.
mau gugur iman aku kalau tengok lama-lama Ya Allah cantiknya ciptaan engkau.
Nazrul tersedar dari lamunannya terus merenggangkan jarak mereka berdua.
" ish awak ni jom masuk nanti demam kata tadi nak makan jom " Nazrul menarik tangan Aqish ke dalam risau juga kalau hujan lebat selalunya ada petir.
Aqish duduk di meja makan. perutnya sudah meminta untuk di isi tetapi belum sempat dia mahu menyenduk nasi ...
" Aip sapa suruh duduk pergi tukar baju dulu nanti demam pulak " Nazrul menepis tangan Aqish.
" Alaa awak saya lapar sangat ni. Kalau saya pengsan masa tukar baju awak juga yang susah baik saya makan sekarang. Kalau tak tukar takdenya demam ya " Aqish terus menyenduk nasi dan makan dengan laju.
haishh macam mana aku nak cakap ni? aku bukan apa baju dia tu ...gulp ya Allah kuatkan iman aku nak berdepan dengan Aqish pada waktu-waktu begini.
Nazrul termenung sambil tunduk rasa malu masih berbaki di dalamnya
" kenapa tak makan ni? nak saya suap ke? " Aqish terus duduk di sebelah Nazrul dan buat gaya mahu menyuap Nazrul makan. Nazrul tergamam apabila Aqish berkelakuan sebegitu.
" say aaaa " Aqish menyuap nasi ke mulut Nazrul dan Nazrul hanya mengikut rentak Aqish. Habis sepinggan nasi juga Aqiah suapkan Nazrul. Selepas sahaja mereka makan mereka berlalu ke bilik masing-masing
arghhhhhh bodoh bodoh bodoh memanglah tersangat lah bodoh asal kau bodoh sangat haaaa Nazrul Aiman!!! kau pergi biarkan dia suap kau tadi asal? kau sendiri yang kata nak ubah dia tapi kau juga yang terpengaruh dengan dia? fuhh relax....masa masih panjang lagi.
Dengan senyum sinis Nazrul terus terlelap dengan lena malam itu.
ting
Aqish mengosok matanya. Aqish tersedar apabila smartphone nya berbunyi
" em siapa yang mesej aku ni? " Aqish membelek phone nya dah melihat notification yang masuk.
your message are not send. please check your connection. thank you
ternganga mulut Aqish
patutlah tak dibalas-balas chatnya data aku dah tamat tempoh. sia-sia je aku nangis ingat mama dengan papa dah lupakan aku em. macam mana nak topup duit pun aku tak ada. nak minta dengan Nazrul aku malu emm. takpelah esok aku cuba nasib mana tau dapat? hehe
Aqish terus tertidur selepas bermacam-macam ayat dirangka di dalam otaknya.
next morning
" morning awak " Aqish menegur Nazrul yang baru keluar dari biliknya
" eh Aqish. Awal bangun? " tanya Nazrul
" saja nak bangun awal. boleh tolong awak masak hehe " Nazrul hanya tersenyum dan berlalu ke dapur manakala Aqish mengekori Nazrul daripada belakang.
Pagi itu mereka bersarapan keuw teuw goreng dengan telur dadar. Aqish pula ditugas untuk mengoreng telur tapi ...orang tak pernah masuk dapur api meletup sikit Aqish dah menjerit lebih teruk lagi terus lari ke ruang tamu.
" awak ni kata nak tolong saya. api meletup sikit awak dah lari aduhhh " omelan Nazrul seperti mahu marah tapi Aqish tahu Nazrul hanya membebel sahaja.
" em maaflah " Aqish hanya mampu menunduk.
" eh sorry bukan saya marah la. ha awak saya kerja harini. awak duduk rumah elok-elok ya. kalau ada apa-apa call je saya ni topup awak saya lupa nak bagi hehe " Nazrul melambai Aqish yang termanggu di depan pintu.
satu. dua. tiga. empat. lima. YEAHHHHH!!!!
Aqish menjerit di dalam hati isi topup message mama dengan papa ayuhhhh.
Aqish tunggu....tunggu lagi....masih lagi menunggu.....
" arghhhh mana ni tak reply pun hmm mesti diorang betul-betul dah lupakan aku hmm " Aqish meletakkan smartphone nya di atas meja lalu masuk ke bilik dan tidur.
tbc 💕
fuhhh lama tak sambung maaf tersangatlah maaf 🙆 sis busy sikit ingatkan dah habis exam boleh relax rupanya lagi banyak kerja kena buat 😭 enjoy this chapter and I will update as soon as possible muahhh a lot of love from me hahahhaa 💞💞💞💞
YOU ARE READING
nafsu & maruah
Romancefor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...