bab 25

2.3K 44 6
                                    

" Tengku Aqish Farwin binti Dato Herman. Bangun sayang. Kita dah sampai " ikutkan hati nak saja Nazrul kejutkan sambil tangannya menyentuh pipi Aqish yang licin macam baby doll tapi al maklumlah bukan muhrim. Nazrul tunggu nikah dulu ya.

" Erm ...kita dah sampai mana sayang. " Aqish mengosok-gosok matanya kerana banyak taik mata yang melekat di matanya haha.

" Kita dah sampai rumah mak dan abah sayalah. Amboi pandai pula nak panggil sayang. Sayang awak juga. " Nazrul makin galak mengusik Aqish apabila pipi Aqish sudah merona merah seperti udang bakar rasa nak gigit-gigit je.

" Em suka sangat usik saya. Eh mak dengan abah awak boleh ke terima saya. Em saya kan tak macam menantu pilihan yang selalu ada dalam drama tu " Aqish tundukkan muka mengingati kembali dosa-dosa yang pernah dibuatnya.

" Entahlah. Diorang nak menantu yang perfect kalau tengok awak ni ..em kalau awak ni sah-sah kena reject dah " terbeliak mata Aqish dengar apa yang Nazrul cakap.

" Kalau macam tu buat apa bawa saya kalau awak dah tahu yang yang saya memang sah-sah kena reject dengan mak abah awak. Hmm "

" Belum cuba dah mengalah. Alolo merajuk pula dia ni. Jangan risau lah diorang baik. Jom janganlah takut ya sayang. " Aqish hanya mengikut Nazrul dari belakang.

" Assalamualaikum, mak ...abah ...Rul balik ni " Nazrul memberi salam di hadapan pintu rumah. Tak lama kemudian keluar pasangan suami dan isteri yang sudah agak berumur.

" Waalaikumsalam. Ouh Rul ...baru nak balik huh. " Sinis sekali ucapan mak cik itu.

" Eh kenapa garang sangat mak Nazrul ni seram aku. Agak-agaknya dia orang memang cerewet kot. "

" Ouh pak long dengan mak long buat apa kat sini. " Nazrul hanya membalas dengan muka yang terpaksa plus menyampah.

" Tak adalah saja nak menjenguk adik kami tu salah ke " ujar Pak Long.

" Ni siapa pulak. Dah lah pakai gaun je. Kaki terdedah. Kenapa tak cukup kain ke cik kak hahahaha " kata-kata Mak Long amat pedas sehingga Nazrul hampir nak menampar muka Mak Long nya tapi di halang oleh seorang mak cik.

" Rul ...baru balik nak. Mak kata apa dulu. Jangan pentingkan panas baran kamu tu. " ujar mak cik itu.

" Kau tengok la tu Kamariah sampai aku nak di tamparnya. Ajar anak yang bukan-bukan. Tengok Ishak tu dah la baik. Ada pangkat entah-entah tak lama lagi dapat pangkat Dato hahaha " Amboi riak sungguh kata-kata mak long. Dia tak tahu yang anak sedara dia ni pangkat Tan Sri.

" Saya tahu anak akak baik. Tak apa lah akak. Baliklah ya. "

" Hm memang aku nak balik. Rumah pun macam kandang je. Kayu pulak tu heh. " Mak Long dan Pak Long berlalu menaiki kereta mereka yang mewah sangat tu.

" Mak ...mak tahu kan Rul bila-bila boleh jatuhkan Ishak buat Mak Long dengan Pak Long terdiam. Rul pun boleh belikan rumah yang lebih baik dari rumah kita yang lama ni. " bahu Nazrul di tepuk.

" Seburuk mana pun rumah ni Abah dengan Mak lebih selesa duduk dekat rumah ni. "

" Eh abah bila balik. Hm maafkan Rul sebab lama dah tak melawat. " Nazrul menyalam tangan mak dan abahnya.

" Tak apalah Rul ...Abah dengan Mak tahu kamu sibuk. Ni siapa pula. Bakal menantu kami ke cantik orangnya " Aqish tersimpu malu dengan kata-kata Abah Nazrul.

" Hehe macam tulah Abah. Jomlah kita masuk panas la pulak kat luar ni "

" Amboi dah kerja dalam aircond dah tak boleh kena panas ke hehe. " Mak memerli Nazrul yang sengih macam kerang busuk.

" Hehe takdelah Mak betullah panas. Dah tengahari kan. "

" Hahaha. Jomlah kita masuk memang musim panas pun sekarang ni. Adik jom masuk sekali buat apa tercegat kat situ lagi. " Mak Nazrul menegur Aqish yang dari tadi hanya diam sahaja.

" Ha yelah mak cik. Malu pula saya. Masuklah dulu cik saya ikut dari belakang "

" Eh eh malu-malu pula dia ni. Dah lah jom masuk " Mak Nazrul masuk dahulu di ikuti abah, Nazrul dan Aqish.

notification

papa : Aqish kamu dekat mana ni? terus menghilang macam tu je.

mama : Aqish okay ke ni? Aqish kat mana jangan lah buat mama dengan papa risau.

Sebenarnya banyak lagi yang mama dengan papa bagi mesej. Tapi Aqish hanya seen je. Malas nak balas. Bukan mereka tak Aqish tahu yang Nazrul bawa Aqish ke mana. Awal-awal lagi Nazrul dah bagitau mama dan papa yang dia nak bawa Aqish jumpa keluarganya. Saja nak buat macam Aqish kena bawa lari dengan Nazrul la tu. Aqish pun dah tahu pasal semua ni.

" Aqish ...nama kamu Aqish kan? " Puan Kamariah (mak Nazrul) datang menegur Aqish.

" Ya mak cik tu nama saya. "

" Tak payahlah panggil mak cik. Panggil mak pun dah cukup. Lagipun Nazrul dah bagitahu hajat dia yang dia nak bernikah dengan kamu cuma ...."

" Cuma apa mak ? "

" Cuma ...betul ke kamu adik arwah Arina? " Puan Kamariah memandang Aqish untuk kepastian.

" Ya saya adik dia. Kenapa mak pandang saya macam tu? Ataupun sebab saya tak nampak sopan macam Kak Arina. " Aqish menundukkan mukanya kerana berasa malu nak berdepan Puan Kamariah.

" Mak tak pernah terfikir yang tu pun. Semua orang boleh berubah. Mak tahu yang Aqish pun boleh berubah. Jangan fikir yang bukan-bukan ya. Sekarang tidurlah dulu. Mesti Aqish penatkan berjalan jauh dari Kuala Lumpur ke Kedah. "

" Terasa penat juga. Okaylah mak selamat malam. " Aqish baring ke atas katil dan Puan Kamariah berlalu keluar bilik.

puan kamariah pov

Ya Allah sungguh kuat jodoh anakku Nazrul dengan keluarga Dato Herman dan Datin Hasimah. Ya Allah kau permudahkanlah urusan kali ini dan berikanlah kebahagian kepada anakku Nazrul dengan Aqish. Amin.

end pov

tbc💕

first of all maaf sangat-sangat sebab lama menyepi actually nak kata busy tapi tak sangat cuma malas nak menaip maafkanlah atas kemalasan author ni😂 so cerita ni sebenarnya dah nak sampai ke penghujung harap semua orang dapat sabar dan terus support author.

ps : sorry kalau ada typo maklumlah saya pun hanya manusia biasa😂 and I love you all so much❤🔥

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now