bab 30 (ending)

1.6K 28 5
                                    

Aqish menangis di dalam bilik, tak sangka semua yang dilaluinya selama ini hanyalah sekadar lakonan. Tapi bukan itu yang menjadi persoalan kepada Aqish, dia tidak kisah walaupun semua ini hanya lakonan tapi dia berharap bahawa apa yang dia rasa sama seperti apa yang Nazrul rasa tapi mungkin juga itu juga hanya lakonan.

" Abang ...berapa lama kita nak biarkan anak kita dalam keadaan macam ini. Saya dah tak sanggup tengok dia macam tu. Abang tolonglah buat sesuatu hm. " mama Aqish memujuk papa Aqish agar memujuk anak perempuannya itu.

" Entahlah abang tak tahu nak buat apa sekarang. Dalam rancangan kita tak ada pula saya dengan Nazrul fikir sampai Aqish mahu kahwin dengan Aqish. "

" Maafkan saya pak cik, mak cik ..semua salah saya sebab saya layan dia terlalu baik sehingga dia pun mula jatuh hati dengan saya tanpa saya sedar. " Nazrul berlalu keluar rumah bersama orang tua nya.

" Kita perlu beri dia ruang lama-kelamaan dia akan terlupa semua hal ini. Tapi abang tak tahu lah berapa lama masa yang diperlukan oleh Aqish untuk lupakan semua ini. " Papa Aqish berlalu pergi ke dalam bilik.

" Habis itu kenapa tinggalkan mama sorang-sorang dekat sini. Hm. " Mama Aqish pun mengekor Papa Aqish masuk ke dalam bilik.

Aqish sebenarnya dengar segala galanya yang mereka perkatakan di ruang tamu. Makin pedih yang dia rasakan apabila Nazrul mengakui bahawa semua ini salah dia. Kalau sudah begitulah mestilah Nazrul tidak merasai apa yang Aqish rasai. Memang betullah Nazrul hanya menganggap Aqish adik kepada seseorang yang pernah dia cintai.

2 tahun kemudian

* Sekarang sudah masuk waktu solat zohor bagi kawasan kuala lumpur dan yang sewaktu dengannya *

Seorang gadis bertudung labuh berjalan menuju ke arah masjid yang sungguh megah dan indah berdiri.

" Ya Allah indahnya masjid ini tapi sayang tak ramai orang yang datang untuk menambah seri masjid ini. " Gadis itu berlalu ke tempat wudhuk bahagian wanita.

Sedang berjalan gadis tersebut terlanggar seorang lelaki dan jatuh terduduk. Lelaki tersebut ialah Nazrul.

" Maafkan saya cik, awak okay ke. " Nazrul mahu menolong gadis tersebut bangun tetapi gadis tersebut menolak dan bangun sendiri.

" Terima kasih saya pergi dulu. " gadis itu berlalu pergi meninggalkan Nazrul.

" Siapa gadis tu. Gayanya seperti angkuh tapi ada kelembutan dalam dirinya. Kalau lah dia seperti itu hmm. Aku menyesal tidak memujukmu Aqish. " Nazrul berlalu pergi menuju ke arah tempat wudhuk lelaki.

Gadis tersebut sampai sahaja ke tempat wudhuk perempuan terus mengalir air matanya. Lelaki yang menghilang selama 2 tahun tiba-tiba telah muncul di dalam kehidupannya semula. Gadis tersebut ialah Aqish. Telah banyak perubahan yang terjadi kepada Aqish semenjak 1 tahun yang lepas semenjak ...

1 tahun lepas

" Aqish kalau papa dan mama pergi jauh apa yang Aqish akan buat ?. "

" Kenapa papa cakap macam itu. Papa dan mama banyak membantu Aqish daripada seorang yang liar kepada seseorang yang lebih meskipun ianya terpaksa mengorbankan cinta pertama Aqish. Tapi takpe asalkan mama dengan papa ada dengan Aqish. " Aqish memeluk papa dan mama nya.

" Alolo anak papa ni manjanya. Inshaallah semua yang berlaku ada hikmahnya apa yang terjadi dekat Kak Arina dekat Aqish semua Allah telah aturkan. Dan mungkin papa dan mama pun akan ..."

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now