bab 13

3.6K 50 16
                                    

Sedang leka Aqish membersihkan biliknya Iskandar datang dan memeluknya dengan erat.

"Apa yang biy buat ni?" Aqish menolak Iskandar jauh daripada tubuhnya.

"Kenapa ni sayang? Tak sihat ke?" Iskandar cuba mendekati Aqish semula tetapi Aqish menjarakkan kembali kedudukannya.

"Tak ada apa. Sayang cuma rasa tak sihat sikit. Maaf sayang nak jalan-jalan dekat taman" Aqish terus berlalu keluar tanpa menghiraukan Iskandar.

Iskandar berjalan ke balkoni yang dapat melihat kawasan taman rumahnya. Hatinya bertambah sakit bila melihat Aqish sedang elok bergelak tawa dengan Nazrul.

Tadi dengan aku, kau tolak aku. Bila dengan jantan tu, duduk berdua pun takde masalah kan? Siap kau Aqish jangan harap aku akan lepaskan kau sewenang-wenangnya. Iskandar berlalu keluar dengan fikirannya yang sedang rancak memikirkan macam-macam idea untuk Aqish

"Awak saya teringin nak makan nasi lemak. Dulu-dulu mama selalu belikan nasi lemak dekat simpang rumah kita orang. Dah lama saya tak makan nasi lemak. Boleh tak awak masakkan?" Aqish membuat muka simpati kepada Nazrul.

"Alolo ni yang lemah ni. Dia guna muka dia untuk meraih simpati. Hahaha yela Miss Aqish. Anything for you, whatever you want just tell me okay?"

"Okay sayang 😉" Aqish mengenyit mata kepada Nazrul.

"Amboi-amboi pandai dah panggil sayang? Kalau dapat makanan terus sayang. Emm tak ikhlas betul huh" Nazrul membuat muka sambil membentak kakinya sebagai tanda protes. Aqish hanya tergelak melihat gelagat Nazrul.

"Mana ada. I always love you but ...I really want to leave this place with you and be a happy family" Aqish tunduk apabila fikir yang bila dia akan dapat tinggalkan tempat ini. Memang Iskandar melayannya dengan baik dan tak pernah buat berlebih-lebihan ke atas Aqish tapi Aqish masih rasa yang dia terperangkap di dalam rumah ini.

"Janganlah risau awak. Saya akan pastikan awak akan dapat jugak keluar dari sini ya" Nazrul melemparkan senyuman yang manis ke arah Aqish.

"Betul ni?" Aqish pandang Nazrul

"Betul sayang ...dah-dah tadi kata nak makan nasi lemak. Jom saya nak buat ni, sambil tu boleh awak belajar, itu pun kalau jadi hahahahha" cubitan seperti ketam hinggap ke peha Nazrul

"Aduhhh sakit la ...." Nazrul mengaduh(?) kesakitan

"Padan muka awak. Dah-dah jomlah saya lapar ni" mereka berdua berjalan ke arah dapur sambil bergelak tawa.

30 minit kemudian

"Okay dah siap" Nazrul menghidangkan nasi lemak di dalam pinggan kepada Aqish, tapi muka Aqish langsung tak gembira

"Kenapa ni awak? Tak suka ke?" Aqish menggeleng menjawab pertanyaan Nazrul

"Habis tu?"

"Boleh tak bungkus dalam surat khabar, baru dapat feel macan beli kat gerai tu, hehe" Aqish sudah memegang surat khabar lama yang ada di dapur

"Ada-ada je awak ni. Okaylah" Aqish sangat gembira dan mengambil surat khabar tersebut dan letak ke atas meja. Matanya tertancap pada satu keratan akhbar yang bertajuk

" penjual sindiket manusia ditangkap tetapi telah membunuh diri semasa di penjara "

Air mata Aqish gugur apabila gambar Faz terpampang di bawah tajuk tersebut.

Tbc 💕

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now