Nazrul POV
haishh apalah malang sangat nasib aku ...yang aku pergi tegur perempuan tu apasal la..... kan tak pasal-pasal tuan aku dah marah nasib baik dia tak pecat aku
Aku berjalan di sekitar taman di rumah itu hermm cantik jugak taman ni getus hati aku
"Kalau lah rumah aku macam ni confirm aku tak keluar rumah hahahaha"
Sedang aku leka berjalan di taman rumah itu aku dapat menangkap bayang-bayang perempuan sedang berdiri di atas jambatan di kolam ikan.
Sape pulak yang berdiri dekat kolam tu rasa-rasanya rumah ni takde orang perempuan? Ouh ...jangan-jangan perempuan yang aku tegur tadi baik aku cakap terima kasih dekat dia.
Aku berjalan ke arah perempuan itu dan menupuk bahunya sedikit tapi tiba-tiba dia tolak aku ke dalam kolam ikan tersebut.
DUSHH!!!
"Awak!!!" perempuan memandang aku dengan perasaan serba salah tapi perasaan masih lagi beruap-ruap(?) dalam badan aku.
Aku bangun dari kolam ikan itu dan berjalan ke arah perempuan itu dan memandangnya atas bawah.
"Eh....apa yang awak tengok-tengok ha?" Dia tanya aku dengan nada marahnya tetapi aku buat bodoh dan terus berjalan menghapirinya. Dia menjauhkan dirinya dari aku tapi aku masih lagi mendekat kepada sehingga jarak kami hanya seinci sahaja
" Terima Kasih " aku tersenyum kepadanya dan terus beredar tak sanggup aku biarkan dia tengok badan aku lama-lama almaklumlah(?) baru jatuh dalam air mestilah baju melekat dekat badan.
End POV
Aku keliru ...kenapa dia tak marah dekat aku? Dia siap kata terima kasih dekat aku lagi? Ishh tak payah fikir pasal dia la.
Aqish berlalu ke biliknya di tingkat atas tapi apabila dia buka pintu orang suruhan Iskandar sudah sedia menanti di atas katil. Aqish terkejut dan hendak berlalu ke luar tetapi mereka segera tarik tangannya supaya mengikut kehendak mereka. Aqish menjerit-jerit dan meronta supaya dilepaskan.
" Hoi lebih baik korang lepaskan dia. " Nazrul terus mengejar je arah Aqish untuk menyelamatkannya.
" Kau budak baru jangan nak menyibuk. Perempuan ni bukan ada dara lagipun tak payah nak buat-buat dia ni macam suci lagi pulak " tumbukan Nazrul tepat mengenai muka salah seorang dari mereka berdua
" Siallll!!!! Berani kau tumbuk aku " mereka semua mula bertumbuk manakala Aqish pula melarikan diri keluar dari bilik tersebut. 15 minit kemudian keadaan mula sunyi dan Aqish mengintai ke dalam bilik tersebut
" Awak!! " Aqish berlari ke arah Nazrul dan berasa sangat kasihan kepada Nazrul kerana muka Nazrul penuh dengan kesan merah dan mulanya berdarah. Baju yang dipakainya habis koyak rabak.
" Awak.... Awak okay ke ni? Sakit tak? " Aqish mengusap muka Nazrul dengan lembut. Terbit rasa bersalah yang menggunung kepada Nazrul
" Saya okay. Nama awak Aqish kan? Nama saya Nazrul bakal tinggal di hati awak cia cia...uhuk uhuk " terbatuk-batuk Nazrul. Itulah nak buat pickupline tapi lupa yang mulutnya penuh dengan darah.
" Emm ha ha ha Nazrul. Awak okay ke tak ni? Terima kasih sebab tolong saya tadi " Aqish menolah ke arah dua orang lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya tadi. Mereka hanya memandang dengan muka yang tidak puas hati dan berlalu keluar walaupun keadaan mereka lagi teruk daripada keadaan Nazrul
" Nazrul ....awak turun bawah dulu ya? Saya takut Iskandar balik dan dia salah fahan antara kita berdua "
" Takpe saya faham. Saya turun dulu " Nazrul cuba gagahkan diri untuk turun ke biliknya. Nazrul pun takut kalau Iskandar balik mau bertambah lebam di badannya nanti
tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
nafsu & maruah
Romancefor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...