bab 5

7.8K 60 0
                                    

Aku melangkah keluar dari bilik itu. Sekali lagi aku terpegun dengan suasana di dalam rumah itu.

waaa cantiknya ...macam tak percaya aku akan tinggal dekat sini sekarang. Tapi ...aku rindu dekat mama papa ...apa diorang tengah buat ea? Diorang tak rindu aku ke? Emm

Tiba-tiba ada satu tangan menolak aku apabila aku turun sahaja dari tangga. Berdebuk aku jatuh dari tangga tersebut.

"Auchh sakit ...siapa yang tolak aku ni?!" aku toleh ke belakang. Ada seorang wanita berdiri tepat di belakang aku. Muka dia tak payah cakap lah ...senyuman sinis dihadiakan kepada aku.

"Kenapa kau tolak aku hah! Kalau aku cedera tadi macam mana?!" aku tengking dia sampai bibik di dapur keluar melihat kami berdua. Bibik itu tarik tangan aku. Aku ingin merontan tapi tergerak hati aku untuk ikut sahaja langkah bibik tersebut.

"Cik duduk sini ea. Jangan keluar selagi saya tak panggil cik ya" bibik tersebut meninggalkan aku berseorangan di dapur. Aku termenung kenapa dia mesti takut?

"Cik nak makan apa-apa tak? Saya masakkan"

"emm boleh jugak. Saya nak makan bubur je" bibik berlalu untuk memasak. Aku masuk ke ruang tamu. Aku lihat perempuan itu ada di sana, ya dia sedang bersenang lenang melihat tv tanpa memikirkan apa yang telah dia lakukan kepada aku.

"Cik mari makan dah siap ni." Bibik tersebut memanggil aku. Aku lihat makanan sudah terhidang di atas meja makan.

"Bibik jangan lah panggil saya cik, panggil je Aqish. Lagi satu, siapa perempuan tadi tu? Dia tuan besar dalam rumah ni ke?" aku melemparkan muka sinis. perasaan tidak puas hati masih ada di dalam hati aku.

"Kalau boleh Aqish jangan cari pasal dengan dia. Dia tu tunangnya tuan Megat Iskandar. dia tahu Aqish ni perempuan simpanan tuan sebab itu dia marah." Ya Allah luruh jantung aku bila mendengar penjelasan bibik.

Ya lelaki semua sama sahaja. Apa yang dia pentingkan hanyalah nafsu. Walaupun ada 1 sahaja nafsunya tapi dia lebih mementingkan nafsunya lebih dari apa-apa.

"Bibik saya lapar. Tolong masakkan makanan." Itu dia tunang Is masuk ke dapur. Bubur yang di depan aku tak mampu aku telan. Perit rasanya tekak aku ini.

"Baik cik" aku terus bangkit dari kerusi untuk masuk ke bilik tapi aku ditahan oleh tunang Is.

"Nama aku Tengku Irdina tolong panggil aku Cik Irdina jangan berani nak singkatkan. By the way jangan ingat kau perempuan simpanan Is aku akan berlembut dengan kau. Is sayangkan aku lebih dari kau faham?"

"Faham CIK IRDINA" sengaja aku tekankan namanya. Aku berlalu masuk ke bilik aku, airmata yang aku tahan dari tadi tanpa aku sedar mengalir tanpa kerelaan aku.

Baru sebentar tadi kata sayang kau luahkan pada aku tapi semuanya lebur begitu saja. Aku redha dekat semua ini, mungkin ini balasan sebab aku melawan cakap papa dan mama.

DUMM

Pintu bilik terbuka aku lihat muka tunang Is muncul di depan pintu, nasib baik airmata aku sudah kering aku tak mahu nampak lemah di depannya tapi lutut aku menggeletar apabila terpandang botol asid yang berada di tangan tunang Is

Apa dia nak buat ...Ya Allah selamatkanlah aku Ya Allah. Jangan lah dia apa-apakan aku ... aku perlu pertolongan kau sekarang Is ...MEGAT ISKANDARRRRRRRE

TBC 💕💕💕

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now