Aku terpaku melihat banglo 4 tingkat yang tersergam indah di depan mata aku. Tak sangka rumah macam ini pun ada.
"Aqish kenapa termenung tu. Jomlah masuk" suara Is menyedarkan aku dari lamunan aku. Masuk sahaja ke dalam rumah itu sekali lagi aku tergamam.
Ya Allah cantiknya rumah ni ...betul ke aku akan tinggal di rumah ini.
"ADUHHHH .....Is sakit Is jangan Is arghhhh" terkejut aku bila Is menarik rambut aku dengan tiba-tiba.
Ya Allah apa dia nak buat dengan aku. Selamatkan lah aku. Aku tak sanggup kene macam ini.
Aku hanya mampu meronta di dalam hati. Is menarik rambut aku tanpa ada belas kasihan.
"Jalan tu cepat sikit sayang ...nanti lagi sakit U kene ermm..." muka Is tersenyum tanpa ada rasa bersalah menarik rambut aku. Kenapa dia buat aku macam ni?
"Duduk dalam bilik ni dulu ea... I nak pergi jalan-jalan kejap."
Aku dimasukkan ke dalam bilik yang sangat besar tapi itu semua aku tidak hiraukan. Yang penting kenapa dia masukkan aku ke sini. Aku ingat dia penyelamat?
Arghh aku terlalu penat nak fikirkan ini semua. Lebih baik aku tidur.
*****
Sedar dari tidur sahaja aku melihat ada 3 orang lelaki sedang memandang aku dengan pandangan yang menakutkan. Aku baru sahaja hendak bangun dikejutkan dengan dentuman pintu yang amat kuat.
"Hoii apa korang buat dalam bilik ni?!! aku suruh jaga maknanya jaga dari luar la b*ngang" muka Is muncul di depan muka pintu.
"Bos kami terdengar bunyi tingkap terbuka kami ingat dia nak lari." Aku pandang muka diorang bertiga.
Hoii aku tengah nyenyak-nyenyak tidur korang yang terpacak dalam bilik ni kata aku pulak nak lari. S**LLLLL!!!!
"Arghhh korang keluar sekarang. Mulai hari ni jangan datang rumah aku lagi. Tugas korang hanya di pejabat faham?!! sekarang blahhh!!!!" terkocoh-kocoh mereka bertiga keluar dari bilik tersebut.
"Ermm ...Is awak marah sangat kenapa?" aku menjadi gerun apabila melihat muka Is yang masih lagi tegang. Serta merta Is mengukir senyuman yang manis ke arah aku.
"Takde apa la sayang. I tak suka bila diorang dekat dengan U. Diorang takde buat apa-apa dekat U kan?" aku tergelak kecil melihat muka Is yang cuak sedikit.
"Ahaha takde apalah. Diorang tak kacau saya pun." Is duduk di sisi aku.
Ya Allah jantung kenapa kau berdegup laju sangat ni? Janganlah laju sangat nanti dia boleh dengar pulak.
"Sayang ...boleh tak lepas ni U panggil I biy ...I panggil U sayang." Aku pandang Is ..aku jadi kalut bila muka dia hanya beberapa inci sahaja dari muka aku.
"Ahhh ...emm ..boleh biy." Aku menjauhkan jarak kami berdua.
Ishh dia ni jantung aku dah la berdegup laju lagi dia dekatkan muka dia dekat dengan aku.
"Thank you sayang. Biy nak keluar kejap ea. Kalau sayang lapar pergilah kat bawah ada bibik dekat dapur mintak je dia masakkan untuk sayang ea?"
"Okay biy" pipi aku dicium oleh Is. Terus muka aku merona merah.
"Biy pergi dulu ea sayang bye" belum sempat aku jawab bayangan Is dah menghilang dari mata aku.
Aku lihat ada beberapa helai baju di dalam almari. Terus aku capai dan tukar baju aku. Tak selesa aku memakai pakaian yang tak cukup kain ni lagi.
To be continued 💕💕💕

ANDA SEDANG MEMBACA
nafsu & maruah
Romancefor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...