" Aqish ...bangun sayang. Tak rindu biy ke? " Aqish seakan terpinga-pinga. Suara itu bukan milik Nazrul apatah lagi mak dan abah Nazrul. Aqish membuka mata dan alangkah terkejutnya Aqish melihat Iskandar berada di depan matanya.
" Iskandar ...kau nak apa. " Cepat-cepat Aqish cyba nak melarikan diri tapi apakan daya perancangan Iskandar sangat rapi. Awal-awal lagi dia sudah mengikat kaki Aqish dekat tiang. Aqish meronta-ronta untuk dilepaskan.
" Kau nak apa Iskandar lepaskanlah aku. Mana Nazrul! Kau bawa aku kat mana ni! Tolonglah aku tak nak dipermainkan! Nazru... "
Panggg
" Sedap tak makan pelempang aku? Balik-balik nama si bangang tu juga kau nak sebut kan? Kau tahu tak aku sanggup tinggalkan isteri aku sebab kau? Kau buat aku terlalu rindukan kau. Walaupun aku tahu semua tu hanya agenda si bangang tu tapi gaya kau aura kau aku tak boleh lupakan. Aku rasa aku boleh gila kalau aku tak dapat kau. Biy nak sayang boleh? " Spontan itu Iskandar cuba mahu mencium Aqish tapi Aqish mengelak.
" Kau nak apa Iskandar! "
" Ugh kau lepaskan dia Is uhuk ..." Aqish menoleh ke arah suara itu. Suara yang dirindui waktu disekarang iaitu Nazrul. Keadaan Nazrul sangat parah. Kelihatan darah di mulut dan di kepalanya mungkin di ketuk.
" AWAK ! APA YANG KAU BUAT DENGAN NAZRUL HAH! " Lantang sekali suara Aqish. Tak sampai hati dia melihat keadaan Nazrul sebegitu.
" Amboi dengan aku kau ber kau aku. Dengan si bangang ni ber awak saya ya. Aku tak buat apa pun. Ketuk kat kepala je lepastu hentak kat dinding. Tapi tulah macam teruk sangat pula ya sampai berdarah teruk macam tu. " Muka Iskandar betul-betul kelihatan seperti orang gila. Tak taulah apa yang ada di dalam fikirannya sekarang.
" Awak saya tak apa-apa pun, jangan risau sangat ya, sikit je ni. " Nazrul mengukir senyuman ke arah Aqish untuk menyakinkan Aqish walaupun sangat sakit untuk senyum dengan mulut yang berdarah-darah itu.
" Awak tak okay tu. Hm maafkan saya. " sekarang Aqish rasa bersalah sangat kerana semua ni terjadi sebab dia.
" No sayang. Jangan macam ni. I Love You okay. " Aqish mengukir senyuman walaupun hatinya sakit sangat melihat keadaan Nazrul seperti itu.
" Hi dah habis dah drama pukul 7 korang tu? Sudahlah meluat aku tengok. Kau Nazrul tahu tak kenapa aku buat macam ni. HAHAHAHA lupa dah dengan Safwan? Alaa yang buat apa dekat Arina dulu. Kau tak perasan ke muka aku ada iras-iras dia? Abang aku yang kau jerkah sampai dia lari tu? Kenapa lah kau ni bodoh sangat hahahaha " Serentak dengan itu Nazrul meneliti muka Iskandar. Barulah Nazrul perasan sikit muka Iskandar ada iras-iras Safwan.
" Mulanya aku ikut je cakap kau sebab yela aku kan kerja bawah kau lepastu ada hutang pula tu. Tapi kan muka si Aqish ni menggoda sangat sama macam arwah akak dia. Patutlah abang aku pun ada hati dekat Arina dulu. Sama macam aku sekarang yang ada hati dengan Aqish sekarang ni. Tapi kenapa apa yang abang aku dengan apa yang aku suka mesti kau nak rampas? "
" Apa maksud kau. Sekarang ni siapa yang rampas siapa. Pasal abang kau aku mintak maaf mana lah aku tahu yang dia ada hati dengan arwah. Tapi sekarang ni aku rasa kau yang rampas Aqish dari aku. Aqish tu akan jadi hak aku bangsat. " sinis sungguh kata-kata Nazrul kepada Iskandar.
" Wow dalam masa ni pun kau masih lagi nak berlagak macam hero ya? Aku boleh je nak bunuh kau sekarang tapi aku rasa macam nak seksa kau dulu biar kau tahu siapa yang berkuasa sekarang.Hahahahaha "
" Iskandar jangan kau sesekali nak sentuh Nazrul. Kalau kau nak aku, aku akan ikut cakap kau tapi tolonglah jangan apa-apakan Nazrul. " Aqish menangis dan meronta-ronta. Tidak sanggup dia melihat Nazrul terseksa, lebih baik dirinya yang terseksa daripada orang yang dia sayang terseksa.
" Sudahlah! Menyampah pula aku dengan kau orang ni hahahaha. Dah la Nazrul tak larat aku nak berlakon lagi hahahahaha " Terpinga-pinga muka Aqish apabila melihat Iskandar.
" Bodohlah kau Is. Suruh berlakon lama sikit pun tak boleh aduh habislah aku lepasni. " Nazrul dah berdiri apa lagi siap sedia untuk lari la tu.
" Kejap semua ni hanya lakonan? Kau lepaskan aku sekarang Iskandar! " Cepat-cepat Iskandar lepaskan ikatan kaki Aqish. Lepas sahaja ikatan itu laju saja Aqish mengejar Nazrul. Iskandar yang melihat hanya mampu tergelak.
***
Selesai sahaja sesi kejar-mengejar di antara Nazrul dan Aqish mereka berdua menjemput Iskandar serta isteri dan anak lelaki mereka masuk ke dalam rumah. Rupa-rupanya mak dan abah Nazrul serta isteri dan anak Iskandar sudah tahu akan rancangan Nazrul.
" Jahatlah semua orang ni. Hm sampai hati mak dan abah tipu Aqish. " Aqish membuat muka sedih.
" Ni semua rancangan si Nazrul mak hanya iyakan tak tahu sampai tahap ini kamu sedihnya. Maafkan mak ya sayang. " Puan Kamariah cuba memujuk Aqish.
" Tak apalah mak Aqish maafkan. Cuma Aqish nak tanya Iskandar satu je. " Tersedak Iskandar dengar Aqish cakap begitu.
" Aku tahu apa yang kau nak tanya. Kau nak tanya pasal Safwan tu kan? " Aqish menganggukkan kepala mendengar kata-kata Iskandar.
" Y a memang Safwan abang aku. Nazrul dah datang pada aku minta maaf aku pasal abang aku. Abang aku pun dah minta maaf pada Nazrul dan kita orang tak bermusuh pun. Lagipun abang aku dah tak ada meninggal sebab HIV. Memang perangai dia teruk tapi aku dan Nazrul mampu memaafkan dia lagi. Aku pun nak minta maaf atas apa yang abang aku pernah buat dekat arwah Arina. Boleh kau maafkan aku dan abang aku Aqish? "
" Aku maafkan. Lagipun diorang dah tak ada. Tak ada sebab aku nak marahkan abang kau tu. Biarlah semua tu dah berlalu. " Aqish hanya tersenyum kepada Iskandar dan isterinya.
" Kalau sayang boleh maafkan Is boleh tak sayang maafkan saya hehe. " Nazrul membuat muka comel di depan Aqish.
" Ha yang ni saya tak boleh maafkan. Pergi lah sana takmo kawan. " Aqish pura-pura merajuk.
" Alaa siapa kata kita nak kawan dengan awak. Kita nak kawin dengan awak. " Merah muka Aqish macam udang yang kena bakar.
" Aik diam tu tanda setuju. " Makin galak Nazrul mengusik Aqish. Semua yang ada di situ hanya tergelak melihat gelagat Aqish dan Nazrul. Maklum lah pasangan muda kan.
tbc 💕
hope you guys enjoy it. cerita ni dah nak habis dahhhhh harap semuanya masih boleh bersabar okay. love you 💖✨
YOU ARE READING
nafsu & maruah
Romancefor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...