bab 23

2.5K 47 20
                                    

Aqish terjaga dari tidurnya. Tapi dia rasa seperti hendak tumbang. Aqish gagahkan diri untuk pergi ke dapur dan mengalas perutnya yang selama tiga hari hanya di isi dengan air jarang. Ketika hendak bangun Aqish hampir-hampir tumbang tapi sempat disambut oleh satu tangan yang agak sasa. Aqish pandang ke atas untuk melihat siapakah yang menolongnya. Alangkah terkejutnya Aqish apabila Iskandar rupa-rupanya yang menyelamatkan dia.

" Shuhh ....awak dengar sini kita akan pergi dari sini. Awak jangan risau saya bukan orang jahat tapi Nazrul Aiman tu yang jahat. Tak apalah mari kita pergi dulu " Iskandar mendukung Aqish keluar dari rumah tersebut.

" Awak kita nak pergi mana? Tolong jangan buat macam ini " Aqish cuba meronta untuk dilepaskan tetapi badannya sangat tidak berdaya untuk menghalang Iskandar dari terus mendukungnya.

" Awak diam je ya. Saya nak selamatkan awak " Iskandar memasukkan Aqish ke dalam kereta. Aqish memandang ke sebelahnya dan melihat tunang Iskandar iaitu Tengku Irdina.

" Tolong jangan apa-apakan saya. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Iskandar saya berani sumpah Cik Irdina. " Aqish merayu supaya dilepaskan kepada Irdina.

" Aqish ...awak jangan takut ya. Saya bukanlah sejahat yang awak sangka. Itu semua hanya lakonan yang Nazrul suruh kami sekeluarga buat untuk melangsaikan hutang kami kepada dia. Lagipun saya dengan Iskandar bukanlah tunang tapi suami isteri. Tentulah saya tahu yang awak tak ada apa-apa hubungan dengan suami saya. Kan abang? " Irdina cuba menyakinkan Aqish dengan meminta pertolongan dari suaminya.

" Ya tu Aqish Is cuma nak tolong Aqish lari dari Nazrul tu saja. Is rasa Nazrul tu dah gila sebab sangup nak buat awak macam ini. " Iskandar masih lagi cuna menyakinkan Aqish. Aqish hanya diam tidak berkata apa-apa.

" Awak tolong cakap sesuatu saya tak nak awak diam macam ni je. " Irdina cuba memujuk Aqish.

" La...par... " Satu perkataan dan Aqish pengsan.

Aqish membuka matanya dan melihat ke sekeliling. Bilik tersebut sama seperti biliknya di rumah. Tapi reka bentuk di rumah Nazrul pun sama seperti ini. Aqish menganggap semua itu hanya mimpi ngeri. Sesungguhnya Aqish tidak mahu berpisah dengan Nazrul walaupun dia sudah tahu bahawa semua ini terjadi angkara Nazrul tetapi dia mencintai lelaki itu.

" Baguslah kamu dah sedar " Suara garau menyapa dari belakang. Aqish ingatkan suara Nazrul rupa-rupanya papa, mama, Iskandar dan Irdina yang berada di belakangnya.

" Papa ....Mama ....Iskandar ....Irdina ..... kenapa korang semua ada dekat sini? " Aqish masih lagi keliru. Jadi maknanya itu semua bukan mimpi? Aqish benar-benar sudah keluar dari rumah Nazrul?

" Aqish ...tadi Aqish pengsan lepas itu Aqish jaga balik. Kami beri Aqish makan lepas itu Aqish tidur semula. Mama risau sangat. Aqish okay kan sayang " Datin Hasimah mencium kepala Aqish sambil memeluk Aqish.

" Papa minta maaf. Papa tak patut halau kamu dari rumah hari itu. Kalau tidak semua ini tak akan terjadi " Dato Herman memeluk Aqish.

" Kami berdua pun minta maaf. Maaf sepanjang awak berada di rumah saya awak rasa terseksa ya. Saya tak akan dera awak lagi saya janji. Isteri saya pun sama " Panjang lebar Iskandar menerangkan situasi sekarang ini tetapi Aqish masih lagi bingung.

" Kenapa ....kenapa baru sekarang ....kenapa baru sekarang nak ambil tahu pasal saya. Tolong ...tinggalkan saya bersendirian ...mama ...papa ...Iskandar ... Irdina ... tolong tinggalkan saya sekarang " Mereka semua termenung mendengarkan permintaan Aqish tetapi mereka tidak membantah dan terus keluar.

" Aku tak faham ....asal masa ni jugalah diorang nak ambil kisah pasal aku. Aku ....aku suka Nazrul ....tapi dia jahat ....Akak Arina ....apa patut Aqish buat sekarang.

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now