bab 29

1.1K 34 23
                                    

Nazrul memberhentikan kereta apabila sampai sahaja di rumah Aqish, Nazrul keluar dari kereta untuk membuka pintu untuk Aqish. Mama dan papa Aqish ternampak mereka dan terus meluru ke arah Aqish.

"Aqish kamu okay tak sayang. Dia ni tak ada buat apa-apa dekat kamu kan ?" ujar Papa Aqish dengan muka yang sangat sinis.

"Pa enough, I know everything. Papa tak patut cakap benda yang buruk-buruk pasal Abang Nazrul lebih-lebih lagi Abang bakal suami Aqish kan." Aqish menundukkan mukanya.

Terkejut Nazrul mendengar kata-kata Aqish adakah betul Aqish mahu jadi isterinya. Itu yang keluar dari mulut Aqish kan betulkan yang Nazrul tak salah dengar.

"Apa? Aqish nak kahwin dengan dia? Kenapa Aqish tiba-tiba keputusan yang melulu seperti ini? Mama tak faham langsung dengan pemikiran Aqish sekarang ni." Mama Aqish masih tidak percaya dengan apa yang anak perempuannya kata.

"Dah tiba masanya untuk Aqish berkahwin, maybe?" Aqish buat muka apabila terlihat muka semua orang yang ragu-ragu dengan keputusan Aqish.

"Hee tak logik ya jawapan Aqish?" semua orang menggeleng termasuk Nazrul.

"Aishhh awak ni sepatutnya bantu saya, awak tak nak kahwin dengan saya ke apa ni hahahaha." 

Keadaan menjadi lebih janggal dengan ketawa Aqish.

"Okay okay Aqish akan terangkan kenapa Aqish tiba-tiba buat keputusan untuk berkahwin dengan Abang Nazrul tapi sebelum tu boleh tak kita semua masuk dalam rumah dulu? Panas tahu tak kat luar ni awat semua duk berdiri kat tengah panas ni waduh waduh." 

Aqish berlalu masuk ke dalam rumah manakala mak abah Nazrul serta Nazrul tergelak melihat telatah Aqish.

"Awak tengok tu anak kita dah macam nak terbakar muka dia hahahaha jemputlah masuk semua betul juga apa Aqish cakap buat apa lah berdiri kat tengah-tengah panas ni." Papa Aqish menjemput keluarga Nazrul masuk ke dalam rumah.

dalam rumah 

"Semua orang jemputlah duduk kat sini dulu, Aqish nak pergi buat air kejap."

Mereka semua hanya mampu menahan gelak tawa apabila melihat gerak-geri Aqish yang semuanya serba tak kena.

Aqish pov

WEIIIIII AWAT BERDEBAR SANGAT HATI NI ARGHHHHH!!!!

Sabar Aqish kau kena pandai berdepan dengan semua ni, tapi asal rasa awkward sangat ni hmmmm

Takpe semua ni sekejap je lepas ni semua benda akan okay aminnnnnn.

End pov 

Aqish kembali dengan membawa sedulang air bersama biskut yang dia jumpa di dapur. Tapi yang paling lawak tangan Aqish menggigil nampak sangat ketara apabila gelas yang berada di dalam dulang berlaga antara satu sama lain.

"Nak mama tolong tak Aqish? Nampak macam nak jatuh je tu." Mama Aqish ingin menghulurkan bantuan kepada Aqish tapi mentah-mentah ditolak oleh Aqish.

"Tak apa mama Aqish boleh bawa la. Mama duduk je kat meja. Aqish boleh buat." Aqish kuatkan semangat untuk menghadap semua orang.

Aqish meletakkan dulang yang berisi air di meja. Tapi semua orang seperti lebih mahu mendengar penjelasan kepada keterangan yang Aqish buat tadi.

"Semua jemput la minum dulu jangan malu-malu. Erm lagi satu janganlah pandang Aqish macam tu, minumlah dulu nanti Aqish terangkan satu persatu."

Mereka semua hanya menganggukkan kepala dan minum air tersebut, Aqish lega apabila semua sudah tidak memandangnya seperti tad.

"Hm sebenarnya macam ni Aqish bukannya nak buat keputusan yang terburu tapi dari apa yang telah Aqish lalui selama ini Aqish tahu yang selama ini perjalanan hidup Aqish terlalu terpesong daripada ajaran agama islam, dan barulah Aqish tahu yang banyak sangat kesalahan yang Aqish buat selama ini." 

Panjang lebar penerangan Aqish tapi semuanya masih belum dapat menjawab persoalannya yang kenapa Aqish mahu berkahwin dengan Nazrul."

"Awak saya masih tak faham kenapa awak nak kahwin dengan saya. Memang betul saya sayangkan awak tapi saya nak tahu jawapan awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya." Nazrul memandang  Aqish dengan harapan persoalannya dapat dijawab.

" Hmm macam ni Aqish rasa terharu walaupun awak tahu masa silam Aqish macam mana tapi awak masih sukakan Aqish. Pada mulanya Aqish ingatkan awak buat ni semua sebab Aqish adik kepada akak Arina, tapi Aqish dapat lihat awak buat semua ini untuk Aqish dan bukan sebab akak Arina."

" Aqish sebenarnya ada sesuatu yang rasanya perlu papa terangkan kepada kamu." Papa Aqish memandang semua orang dan mereka semua hanya menganggukkan kepala, Aqish perlu tahu kebenaran sebenarnya.

" Apa yang patut Aqish tahu? Dan ...kenapa nampaknya semua orang seperti sembunyikan sesuatu dari Aqish? " muka Aqish kebingungan dengan reaksi mereka semua.

" Tak akan ada benda yang serapi ini akan terjadi kalau tidak dirancang dengan teliti" 

" Apa maksud papa? Aqish langsung tak faham langsung apa yang papa cuba sampaikan. " Aqish masih lagi bingung dengan keadaan sekarang ini.

" Sebenarnya semua ini melibatkan papa, mama, Nazrul dan mak abah nya serta Iskandar sekeluarga. Kami risau dengan perangai kamu yang terlalu sosial. Papa dapat tahu yang Faz merupakan salah seorang sindiket perdagangan manusia terutamanya golongan perempuan. Papa berjumpa dengan Nazrul. Sebenarnya hubungan kami tidaklah rengang seperti yang kamu tahu. "

Aqish hanya mampu memandang mereka semua dengan muka yang mahukan penjelasan yang sebenarnya.

" Papa dapat tahu tentang rancangan Faz terhadap kamu, papa minta tolong Nazrul dan Nazrul nak tolong jadi semua yang berlaku ini semuanya hanya lakonan. Tapi mengenai apa yang kamu rasa terhadap Nazrul dan apa yang Nazrul rasa terhadap kamu papa dan kami yang lain langsung tahu, jadi kalau kamu nak tahu jawapan yang tu papa rasa kamu perlu tanya Nazrul sendiri. "

" Aqish jangan salah faham dulu ya, mama dengan papa tak ada niat pun nak buat Aqish seperti ini. Semua ini untuk kebaikan Aqish sendiri. Aqish jangan judge Nazrul dulu ya sayang biar Nazrul bagi jawapan dia dulu. " 

" Tak apalah pa... ma... Aqish faham maksud papa dan mama, pak cik dan mak cik pun terima kasih sebab bantu saya, dan awak ...Nazrul Aiman terima kasih sebab buat rancangan yang sangat sempurna sampai saya sendiri tak perasan cacat cela rancangan awak ini. It's okay I don't need your explanation, thank you for everything dan buat saya sedar saya hanya seorang adik dari seseorang yang awak pernah cintai. " 

Aqish bangun berlalu ke biliknya, papa dan mama Aqish mahu menghalang tapi Nazrul memberi isyarat supaya membiarkan saja Aqish pergi berlalu. 

" Dia perlukan masa dan kita semua perlu memahami dia, apabila semua dah reda Nazrul janji Nazrul akan beritahu Aqish perasaan Nazrul kepada dia. Nazrul harap semua dapat faham. " Nazrul tersenyum penuh makna kepada mereka semua, harap-harapnya makna yang baiklah.

tamat 

" Heyyyyy mana boleh tamat macam ni " Aqish pandang sis dengan muka tak puas hati.

" Apa biarlah nak habis macam mana pun cerita I kan werkkkk " sis kesah apa hahaha.

" Nazrul kan belum habis cakap pasal perasaan dia hm, jahatlah sis ni " Aqish merajuk.

" Okay la kalau ada 5 orang yang komen nak ending yang lebih sejuk hati membaca sis akan publish kalau tak ....no way nak publish okay byeeee. "
sis blah dulu

" Korang mesti tolong Aqish ! Tolonglah Aqish nak ending yang lebih baik huwaaaa so komen nak tau ! muahhh Aqish sayang korang semua. "

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now