bab 12

3.8K 45 0
                                    

Sedang Aqish lena tidur di dalam bilik derapan kaki semakin kedengaran menghampiri Aqish. Terjaga Aqish apabila merasakan satu tubuh menghempap badannya. Aqish menjerit dan meronta supaya dilepaskan tetapi orang tersebut semakin kuat mencengkam tubuhnya. Tiba-tiba papa Aqish muncul dan menyelamatkan Aqish daripada orang tersebut.

"pa...papa .....Aqish mintak maaf papa......tolong maafkan Aqish....." tetapi bayang papa Aqish semakin menjauh dan semakin menghilang dari pandangan. Aqish menangis teresak-esak dengan kuat tiba-tiba .....

Splashh!!

Air menyimbah muka Aqish. Aqish terkejut dan terus bangun dari tidurnya dan terkejut melihat Nazrul dengan selamba badaknya menyimbah air ke muka nya tadi.

"awak!!!! Kenapa simbah air dekat saya?! Habis basah dah!!" Aqish merungut bukan kerana dia basah tapi katilnya basah yang Aqish risaukan. Siapa yang nak keringkan katil Aqish?

"Maaf ...saya takut sebab tadi saya nak kejutkan awak sebab dah tengahari ni ...lepastu awak meracau ...saya takut sangat masa tu...." Nazrul menundukkan mukanya. Dia malu nak berhadapan dengan Aqish sekarang ni.

"maaf ...sangat cuma terikutkan emosi ...sa ...saya ...mimpikan papa saya ...saya rindukan dia..." Aqish tunduk dan air mata nya mengalir sedikit demi sedikit. Perasaan rindu kepada keluarganya tidak dapat dibendung lagi semakin hari perasaan itu semakin membuak-buak.

"Awak okay ke ni? Maaf saya tak tau." Nazrul cuba menenangkan Aqish.

"tak apa ...saya okay je" Aqish cuba mengukir senyuman tapi Nazrul tahu senyuman dia itu fake semata-mata.

Family Aqish

Terjatuh cawan yang dipegang oleh papa Aqish iaitu Dato Herman. Mama Aqish iaitu Datin Hasimah datang membantu Dato Herman.

"Abang? Abang okay ke tak ni? Ya Allah macam mana la abang boleh jatuhkan gelas ni" Datin Hasimah perasan perubahan muka suaminya

"Entahlah sayang ...abang macam terfikir A..Aqish... Abang rindukan dia. Macam manalah keadaan dia sekarang" Datin Hasimah cuba menenangkan Dato Herman.

"Banyakkan bersabar ya abang. InshaAllah keadaan anak kita baik-baik saja."

"Kita dah dapat tangkap Faz ...tapi dia pulak bunuh diri ...kalau tidak kita boleh tahu dimana Aqish sekarang. Abang yakin sangat dia yang culik Aqish" Datin Hasimah memeluk Dato Herman dari belakang.

"Sabar ya abang ...saya pun rindukan Aqish ...selepas apa yang terjadi pada Arina ...saya tak sanggup kehilangan Aqish pulak" air mata yang dari tadi ditahan oleh Datin Hasimah akhirnya gugur.

"Abang akan cuba cari Aqish lagi ya sayang? Janganlah sedih sangat ya?" Dato Herman cuba menenangkan isterinya.

Ting tong

"Sayang siapa yang datang tu?" Datin Hasimah mengangkat bahu tanda tidak tahu

"Cuba la awak pergi tengok. Manalah tahu ada berita pasal Aqish" Datin Hasimah terus membuka pintu rumah

"Abang!!!!!!!!!!!" jeritan Datin Hasimah dapat didengari oleh Dato Herman dan juga jiran-jiran mereka

"Apa yang sayang jerit-jerit. Malu la dengan jiran-jiran kita" Dato Herman membebel kepada Datin Hasimah

"Abang tengok ni..." Datin Hasimah tunjuk ke arah nota yang ditampal pada pintu rumah mereka. Kedua-duanya tergamam.

 Kedua-duanya tergamam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc 💕

sempena hari raya aidil adha saya mahu memohon maaf kalau ada byk typo dlm cerita ni 😂 kalau tk faham ..faham² kan lah. bye thanks kpda yg baca cerita love you muahahahhaha💕💕💕

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now