"Hai sayang miss me?" aku toleh kedepan, Is ada di situ. Tunang dia pulak? Dah berada di atas lantai.
"B...biyyyyy" aku terus memeluk badan Is tak sangka aku akan peluk dia
"Ehh sayang kenapa nangis ni? Takut dengan perempuan tu ea?" Is tunjuk ke arah CIK IRDINA yang sedang berusaha untuk melepaskan diri dari 2 orang lelaki yang berbadan sasa. Aku hanya mengangguk untuk jawab soalan Is tadi.
"Sayang jangan takut ea ...dia takkan apa-apakan sayang selagi biy ada dengan sayang" pipi aku diusap lembut oleh Is. Kenapa aku boleh berasa tenang dengan dia ni?
"Sayang dah makan me belum?" aku cuma mengangguk lemah.
"Emm awak, boleh tak kita keluar dari sini. Saya nak ambik udara segar. Boleh ke?"
Tolonglah bagi aku keluar dari sini. Aku tak nak terperap je dalam ni nanti tak pasal-pasal gemuk asyik makan tidur je kerjanya.
"Apa kata esok kita joging dekat tasik. Sayang pun dah nak umph chu... chubby sikit hehe" Is dah ketawa sedikit terus aku cubit pinggangnya.
"Hoi nak berdrama pun tak payah lah depan orang. Aku nak balik lah s*al" Irdina meronta-ronta supaya dilepaskan dari cengkaman dari 2 orang lelaki tersebut.
"Ouh lupa pulak pasal kau. Dia ni kau campak je keluar luar pagar rumah kereta dia sekali" 2 orang lelaki tersebut menurut kata-kata Is.
"Emm awak..." mulut aku ditutup dengan tangan Is
"Sayang panggil biy apa tadi? Awak? Tak nak kawan lah hurmm." Is mencebikkan bibirnya.
Alahai kenapa kau comel sangat ea? Jangan Aqish, jangan jatuh hati dengan dia. Dia sama je macam Faz.
"Maksud saya biy ...emm kenapa biy beli saya dari Faz sedangkan biy tau yang saya dah tak... tak ada apa-apa" spontan dengan itu air mata aku mengalir keluar. Tak mahu aku ingat lagi kejadian yang telah meragut maruah diri aku itu.
"Sayang ...pergi mandi busyuk plus masham hehe ..." aku bau badan aku.
Busuk ...masam ...emm takde pun, ouh. Dia nak mengelak soalan aku tadi la tu emm aku dah gak dah.
"Yelah ......" aku terus berlalu ke bilik air. Kecewa ya itulah yang aku rasa bila dia tak jawab soalan aku.
*20 minit kemudian*
"Itu pun sayang saya. Jom kita turun bawah makan. Bibik Mah dah masakkan makanan untuk kita berdua" aku hanya menurut kehendak dia.
"Biy saya nak pergi tandas kejap" tanpa tunggu jawapan dia aku terus berlalu ke tandas. Sampai sahaja aku masuk dan terus termenung.
Aku nak balik..!!!
"Sayang buat apa lama sangat dalam tandas tu?" Aku terus tersedar dari lamunan aku.
"Kejap." Aku terus flush tandas dan keluar
"Ishh lama sangat dalam tandas tu. Dah jom makan" nada Is mula berubah aku tahu dia sedang marah tapi aku tak nak melawan takut lain yang jadi.
Sampai je ke meja makan lihat ada sepasang suami isteri yang tengah selamba menjamah makanan yang terhidang di atas meja.
"Ouh ini lah perempuan yang Is selamatkan dari dikerjakan oleh Irdina ya? Emm boleh tahan tapi Irdina lagi cantik Is kenapa pilih dia ni?" mak cik tersebut terus memulakan butir bicaranya
"Alah sayang biasalah orang muda nak enjoy tak lama lagi dia lepaskan la tu" giliran pak cik itu pula berbicara
Aku pandang ke arah Is, riak wajahnya langsung tidak berubah dengan apa yang diperkatakan oleh mak cik dan pak cik tersebut malah senyuman yang manis lagi dilemparkan kepada mereka.
TBC 😘😘
YOU ARE READING
nafsu & maruah
Romancefor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...