bab 16

3.6K 49 8
                                    

" Emphh ..kita ada dekat mana ni? " Aqish menggosok matanya sambil terkebil-kebil kerana cahaya matahari menembusi ke dalam kereta.

" Awak dah jaga. Maaf saya tak sampai hati nak kejutkan awak bangun tidur tadi. " Nazrul menyelimutkan Aqish semula.

" Tak apa awak. Tapi ...saya masih keliru macam mana? Bila? Awak rancang ke? Kenapa?" bermacam-macam soalan yg keluar dari mulut Aqish dan Nazrul hanya tergelak kecil melihat telatah Aqish.

" Sabar sabar ..bagi saya terangkan dekat awak dulu ya. "

" Okay you got my attention " Aqish membuat muka poyonya.

" Eh awak ni dah kenapa? Haha buat muka macam tu lagi saya tinggalkan awak dekat sini hahaha " terkejut Aqish dengar ugutan Nazrul dia terus diam dan mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan tercetus ketawa mereka.

" Okay pada mulanya saya kenal awak masa saya tangkap awak kan? Lepastu Iskandar bagi amaran jangan sesekali biarkan awak keluar. Dia nak awak rapat dengan saya dan bila awak dah percayakan saya sepenuhnya dia nak saya jual awak dekat tokey di Thailand. Masa mula-mula tu memang niat saya macam tu tapi saya rasa bersalah dan akhirnya saya larikan awak macam yang awak tengok ni "

Aqish hanya diam selepas mendengar penjelasan Nazrul. Perasaan bersalah timbul dalam hati Nazrul mungkin Nazrul tak sepatutnya menceritakan benda tersebut kepada Aqish.

" Awak dekat belakang tu rumah yang saya dah sewa jom kita masuk " Aqish hanya mengikut langkah Nazrul dari belakang

" Yang ni bilik awak yang tu pulak bilik saya kalau ada apa-apa masalah boleh datang jumpa saya ya. " Aqish mengorak langkah masuk. mulutnya masih lagi terkunci untuk berkata-kata.

Ya Allah sampai bila aku kena hidup dalam keadaan begini? Aku sudah tak sanggup hidup begini. Aku ingat selepas terlepas dari Iskandar kehidupan aku akan jadi lebih baik tapi aku semakin ragu-ragu dengan sikit Nazrul. Nazrul terlalu berahsia? Kena dia tolong aku? Ya Allah kau jagalah aku dari sebarang malang petaka.

Aqish berlalu ke dalam bilik air. Aqish mengambil air wuduk meskipun ada beberapa langkah yang Aqish telah terlupa tetapi dia masih mengambil wuduk dengan sempurna. selesai mengambil wuduk Aqish duduk di birai katil

" papa ...kenapa papa marah Aqish? kalau tak Aqish tak akan lari dari rumah. kalau tak Aqish mesti tak akan ada disini hmm. Aqish rindu mama dengan papa sangat-sangat. "

" Awak ...maaf masuk tanpa izin. jom turun ke bawah kita makan sama-sama saya dah siap masak " Nazrul muncul di muka pintu

" Hmm kejap lagi saya turun " Aqish menutup pintu semula. Aqish membuka almari alangkah terkejutnya Aqish apabila mendapati baju yang sama Aqish milik di rumah mama dengan papa sama seperti yang berada di dalam almari tersebut. Hati Aqish makin diselebungi rasa takut. Siapa Nazrul Aiman yang menyelamatkan Aqish ini?

tbc 💕

firstly mungkin lepas ini saya akan update cerita ini lambat sangat-sangat. SEBAB?
06/11/2016 ni saya spm maaf kalau ada kekurangan di dalam cerita ini. terus membaca cerita ini maaf sangat sebab lambat update. Thanks kepada yang vote yang baca yang masukkan kedalam reading list anda and yang follow saya.

I REALLY APPRECIATE IT 😘💕

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now