Aqish masih lagi duduk di luar iaitu laman rumahnya. Kelihatan kelibat yang asyik memerhatikan Aqish dari luar pagar rumah. Aqish yang tersedar dia diperhatikan terus menjerit.
" Hoi! Kau siapa hah! Asal kau dok skodeng aku hah! " Aqish memarahi orang yang dari tadi duk perhatikan Aqish. Sudahlah hatinya sedang marah dengan perangai batak mama dan papanya ni lagi sorang nak kacau mood dia.
" Garangnya awak ...."
Terus Aqish menoleh kearah lelaki tersebut. Alangkah terkejutnya Aqish apabila lelaki tersebut ialah Nazrul.
" Awak!!! " Aqish terus berlari ke arah Nazrul tetapi Aqish cover malu apabila Nazrul tergelak melihat telatahnya tadi.
" Erk ...maksud saya. Apa awak buat kat sini? " Aqish menutup mukanya yang merah dengan tangan.
" Nak bawa awak lari. Jom " Nazrul terus menarik lengan baju Aqish dah berlalu keluar dari perkarangan rumahnya. Yang peliknya tiada siapa yang perasan akan mereka berdua. Masuk sahaja ke dalam kereta mereka berdua senyap dan membisu.
" Awak marah. " Nazrul memulakan perbualan setelah 15 minit mereka berdiam diri.
" Tak marah. Kecewa je. " Aqish membuat muka.
" Aik kenapa pula? "
" Yela ...ingatkan awak suka saya ...maksud saya ingatkan Abang Aiman suka saya tapi rupa-rupanya Abang Aiman buat ni sebab nak balas dendam je. " Aqish terus membisu.
" Siapa kata disebabkan dendam je? " Nazrul menyoal sambil membuat muka sinis.
" Yela papa dengan mama dah cerita semuanya. Papa kata papa bagi Abang Aiman kawan dengan Akak Arina sebab papa tau yang Abang Aiman kaya. Tapi Akak Arina tak ..."
" Akak Arina tau ...." Kata-kata Aqish dipintas oleh Nazrul.
" Ha? Apa yang Abang Aiman merepek ni? "
" Saya dah decide nak kahwin dengan Arina dan dah ceritakan status saya. Tapi tak tau kenapa dia masih ungkit balik yang saya ni miskin sedangkan dia sendiri tahu status saya. Itu yang saya pelik dan marah. Apa lagi yang dia tak puas hati tapi ....lepas dia kemalangan saya siasat kenapa dia buat macam tu rupa-rupanya kawan baik saya sendiri yang aniaya dia "
" Maksud awak Safwan? Safwan tu kawan awak? "
" Ya dia kawan saya. Kawan paling baik saya pernah ada. Saya mulanya tak tahu yang selama ni dia rapat dengan saya sebab dia cemburu dengan saya. Dia kenal Arina dulu tapi belum sempat dia nak ngorat Arina saya dah dapat dulu. Dia siap kata takut tok kadi dah ada pengantin perempuan yang lari. Saya rasa bersalah sangat dengan Arina. Safwan pun dah lari ke luar negara katanya ada urusan bisnes tapi bila dah kantoi senyap dan terus hilang. hmm " Nazrul terus berhenti di tepi tasik.
" Ini ....tasik ni ....macam ada sesuatu yang saya ingatlah .... " Terus Aqish pandang Nazrul.
" Saya tahu awak nak cakap apa. masa ni awak jumpa lelaki yang selamatkan awak masa awak kena rompak tapi lepas lelaki tu tolong awak, awak terus tolak dia sampai jatuh tasik. Sebab apa? Sebab dia serabai hahaha nasib baik saya tahu berenang kalau tak dah lemas tahu tak! Hahahaha " Lantang ketawa Nazrul.
" Awak ...!!! Serius la tu awak?! Ya Ampun serabai gila orang yang saya sayang ni Hahahahaha! " Aqish pun turut ketawa.
" Eh apa dia cakap tadi. Orang yang saya sayang hehe. Sayang ke? Sayang awak juga. " Polos sahaja muka Nazrul pada ayat terakhir yang Nazrul luahkan. Nampak sangat dia ikhlas.
" Eh ..em ..tapi awak bekas tunang Akak saya. Takkan saya nak ..."
" Shuh ...jangan risau Arina dah tak ada sekarang tak bermakna saya dah lupakan dia. Arina sentiasa ada dalam sebahagian memori saya dan awak ...saya nak awak jadi bahagian masa depan saya " Wajah Nazrul terasa seakan akan terbakar tetapi dia masiu cover mukanya dengan tangannya.
" Awak ....saya sayangkan awak. Sayang sangat-sangat tapi kita masih lagi perlu restu papa dan mama saya mana boleh kita kahwin lari tak elok tau berdosa mengabaikan ibu bapa kita " Panjang lebar Aqish membebel walaupun jahil tapi Aqish masih lagi tahu hukum agama.
" Awak ni banyak berangan ea? Ke memang angan-angan nak kahwin lari? Awak ni buat saya geram je. Rasa nak gigit je pipi awak tu. Mestilah kita akan jumpa mama dan papa awak. Dan semestinya kita akan jumpa mak dan abah saya. "
" Eh awak ada mak dengan abah? Saya ingat awak anak yatim piatu hehe " Aqish berhenti gelak apabila Nazrup jeling dia dengan tajam.
" Saya masih ada mak dengan abah saya. Tapi dia orang tak suka hidup dalam kekayaan sebab tu mereka duduk dekat kampung dekat tanah yang diwarisi oleh ayah saya. " Nazrul fokus dengan pemanduannya.
" Maaf kalau saya buat awak tersinggung. Saya tak ada niat macam tu. " Aqish tunduk pandang kakinya.
" Em takde apalah. Jauh lagi nak sampai kampung saya, awak tidurlah dulu ya. "
Aqish pun terlelap kerana sekarang sudah malam mungkin maghrib. Harap perjalanan yang ini akan membawa Aqish dan Nazrul ke jalan yang bahagia.
tamat.
woii belum tamat lagilah!!!!! nantikan sambungan nafsu dan maruah yang di tulis oleh author. in shaa allah happy ending buat Nazrul & Aqish muah❤
to be continued💕
ps : maaf kalau chapter yang ini lebih pendek dari yang sebelumnya. ouh ya korang boleh message or comment ending yang macam mana korang author akan fikirkannya alright love you keep on reading my story💕🔥💕🔥💕🔥💕🔥

ANDA SEDANG MEMBACA
nafsu & maruah
Romansafor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...