" Thank you so much Is sebab sanggup datang dari jauh semata-mata nak tolong aku nak kenakan si Aqish ni. Thank you juga Irdina sebab sudi datang sini. Kalau ada masa datanglah sini lagi tau. Tapi time aku balik sini la. " Nazrul bersalaman dengan Iskandar dan anak lelaki nya Zakri.
" Abang nanti kalau Zakri nak jumpa dengan Kak Aqish lagi boleh tak? " Zakri tak habis-habis memandang ke arah Aqish, sampai Nazrul pun macam cemburu juga dengan Zakri padahal Zakri baru berusia 6 tahun.
" Boleh je sayang. Nanti kalau Kak Aqish ada masa Kak Aqish pergi rumah Zakri ya. " Aqish salam dengan Zakri. Selepas itu Iskandar dan keluarganya meminta izin untuk pulang ke rumah.
" Em awak kalau ..." Belum sempat Aqish menghabiskan ayatnya Nazrul berlalu dari situ. Pelik juga dengan perubahan Nazrul yang secara mendadak.
" Awak kenapa tiba-tiba je ni, tadi okay je " Aqish masih lagi cuba memanggil Nazrul tapi Nazrul masih tak hiraukan dia.
" Sayang .... " Aqish memanggil lembut Nazrul barulah Nazrul memandang kepadanya.
" Kenapa ni sayang, saya ada buat salah ke ? "
" Hm kenapa panggil Zakri sayang tadi. " Nazrul buat muka merajuk. Tergelak Aqish melihat Nazrul, pertama kali Aqish tengok Nazrul jadi macam ini.
" Ya Allah dia ni kan budak tu baru 6 tahun, takkanlah dengan dia pun awak nak cemburu. "
" Awak janganlah gelak, tahu tak sekarang banyak kes yang budak lelaki kahwin dengan perempuan yang lebih berumur. Manalah tahu nanti bila dia dah besar ke dia goda awak lepastu awak tinggalkan saya sebab dia tu lagi handsome haaa janganlah buat macam ni. " Muka Nazrul seakan-akan hendak menangis rasa serba salah pula Aqish hendak gelak padahal pada Aqish benda itu seperti tidak logik.
" Sayang ...I love you so much, why I need to leave you alone when I want you to be with me in my whole life. You don't need to be scare if I leave you because I'm the one who should be scare if you leave me because you're such a successful person and every girl tried to seduce you. " Aqish mendiamkan diri sebentar, terasa sebak pula hatinya.
" Aqish ...I'm sorry, saya saja nak gurau-gurau dengan awak tak sangka pula awak fikir sampai ke situ sekali, trust me kenapa saya nak pilih permata yang lain sedangkan awak permata yang paling berharga dalam hidup saya. " Nazrul mahu sahaja peluk dan cium Aqish masa sekarang dia tak tahan melihat keadaan Aqish sekarang tapi Nazrul masih tahu batas mereka berdua.
" Em ....hahahaha werkkk padan muka nak usik orang lagi kan " terus Aqish lari ke arah biliknya. Terkejut Nazrul eee geram sangat dengan perangai Aqish ni, nasib baik Nazrul sayang.
***
" Mak abah Nazrul balik dulu ya, jaga diri elok-elok "
" Eh kenapa pula nak jaga diri elok-elok, bukan ke Nazrul nak bawa mak dengan abah sekali ke Kuala Lumpur. " Terpinga-pinga Nazrul dengar apa yang dikatakan oleh Abahnya. Mana taknya sudah beberapa kali Nazrul memujuk mereka untuk tinggal bersama-sama di Kuala Lumpur.
" Kenapa tiba-tiba je ni, selalu bila Nazrul kata nak ajak tinggal sekali mak dengan abah mesti bagi alasan. " Muka Nazrul masih lagi terpinga-pinga.
" Semua ni sebab Aqish, semalam dia kata " Puan Kamariah berkata ...
flashback
" Mak, kenapa mak dengan abah tak nak ikut Abang Nazrul balik KL ? "
" Kami bukan tak mahu ikut Aqish cuma kami terlalu sayangkan Nazrul tu, kami tak mahu menyusahkan dia bila kami duduk bersama dia. " Sayu hati Puan Kamariah mengingat kembali bagaimana peritnya kehidupan Nazrul dulu, bermacam-macam dugaan yang terpaksa Nazrul tempuh.
" Mak nak tahu tak kalau mak dengan abah duduk kampung lagi menyusahkan Abang Nazrul. "
Terkejut muka Puan Kamariah dengar Aqish berkata begitu.
" Kenapa kamu kata begitu ? "
" Sekurang-kurang kalau mak dengan abah duduk dengan Abang Nazrul tak perlulah Abang Nazrul berulang alik untuk balik ke kampung, Aqish tahu betapa beratnya mak dengan abah nak tinggalkan rumah ini, kalau mak dengan abah duduk sekali dengan Abang Nazrul mesti Abang gembira. Percayalah cakap Aqish. Kalau mak dengan abah duduk dengan Abang senang Aqish nak melawat mak dengan abah selalu hehe "
end flashback
" Jadi Nazrul tak nak bawa mak dengan abah sekali la ni takpelah kalau macam tu .... "
" Eh Nazrul tak cakap apa pun, Nazrul cuma terkejut dan Nazrul rasa banyak sangat yang Nazrul berhutang dengan Aqish, dan semakin lama Nazrul rasa semakin sayang dengan Aqish. " Muka Nazrul memerah bila dia perasan yang rupa-rupanya Aqish mencuri dengar setiap percakapan mereka.
" Yeke ni sayang ? Macam tak percaya je yang Abang sayang Aqish. " Aqish semakin kuat mengusik padahal dia pun malu nak berkata begitu.
" Memang betullah Abang sayang Aqish, tapi Abang tahu yang Aqish bukannya sayang Abang pun, cuma mak dengan abah je yang sayang Abang hm " Nazrul berlalu sambil mengangkut barang ke dalam kereta. Timbul rasa bersalah dalam hati Aqish kerana sengaja mempermainkan Nazrul.
Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur Aqish duduk di hadapan mak dan abah Nazrul duduk di belakang, Aqish hanya membisu tiada sepatah ayat pun yang dari mulutnya, Aqish mencuri pandang muka Nazrul. Muka Nazrul yang sedang fokus memandu itu ternyata membuatkan Aqish terpukau dengan Nazrul.
" Jangan tenung lama-lama nanti jatuh hati susah. " Tersentap Aqish terus dia menghadap ke tingkap, malu bukan main lagi.
" Ma...mana ada saya pandang awak eeee awak perasan ya. "
" Heh tak pandang konon sampai nak tembus saya awak pandang itu awak kata tak pandang. Kalau suka cakap suka kalau tak suka saya boleh mengundur diri. Awak pun dah tak akan jumpa saya lagi selepas awak tolak saya, saya janji " serius saja muka Nazrul.
" Kenapa awak cakap macam tu em, saya sayang awak, jangan mengundur diri sebab saya takut saya akan hilang seperti mana akak saya dulu. " Aqish mendiamkan diri lagi. Malu pula rasanya bila mengaku sendiri pasal perasaannya
Suasana di dalam kereta itu menjadi sepi seperti perasaan Aqish sekarang. Bila jujur terasa takut bila pendam terasa sakit dan Aqish yakin semua orang ada perasaan yang sebegini.
tbc💕
okay I have a good news ! Nafsu & Maruah dan cecah 50.7K views ! I'm so happy😭 and one more thing this story have reached 1K votes 😭 thank you so much yang masih lagi baca cerita sis yang tak seberapa ni ') stay tuned 😘 Inshaallah lagi 2 chapter cerita ni habis I LOVE YOU MUAHHHH ❤✨

ANDA SEDANG MEMBACA
nafsu & maruah
Romantiekfor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...