bab 21

2.6K 57 15
                                    

Semenjak Aqish dilarikan oleh Nazrul banyak perubahan yang berlaku di dalam rumah Iskandar. Setelah Aqish menghilang Iskandar semakin rasa bersalah kerana banyak yang dia telah lakukan kepada Aqish. Terutamanya dari segi mental.

" Abang kenapa termenung ni? " soal Tengku Irdina dengan lembut. Iskandar dan Irdina bukanlah tunang lagi tetapi sebenarnya mereka dah berkahwin sebelum Iskandar membawa pulang Aqish ke rumah mereka. Irdina merupakan model sepenuh masa dan sebab itu Irdina jarang berada di rumah dan terserempak dengan Aqish.

" Tak ada apa. Abang cuma teringatkan Aqish. Abang rasa bersalah sangat dengan dia. " Iskandar membuat muka monyok. Hatinya sentiasa tidak tenteram dan dibelenggu dengan rasa bersalah.

" Abang janganlah macam ini. Saya yakin tuan tak akan apa-apakan dia " Irdina cuba menyakinkan Iskandar dengan kata-kata semangat. Suami Irdina hanyalah seorang usahawan yang berjaya dengan pertolongan tuan mereka.

Perkara keji yang mereka telah lakukan kepada Aqish hanyalah lakonan semata-mata. Semuanya adalah skrip yang telah dirangka dengan tepat dan sangat teliti. Mak dan ayah Iskandar, Irdina pun bukanlah jahat cuma pelakon yang terover. Semuanya hasil rancangan insan bernama Nazrul Aiman. Semuanya kerana lelaki durjana ini.

throwback

" Kau kena ingat Is. Syarikat kau semuanya bermula dari modal aku. Aku nak kau bayar sekarang " Tegas suara lelaki tersebut.

" Ta..tapi aku tak ada duit sekarang. Tolonglah bagi aku masa. Syarikat aku tengah berada dalam keadaan gawat sekarang ini. " Rayuan Iskandar langsung tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.

" Okay aku ada cara lain kau boleh bayar hutang kau tanpa perlu gunakan duit. Tapi semua family kau terlibat. " senyuman sinis dilemparkan ke arah Iskandar.

" Kau ....jangan libatkan family aku lah. Ini antara kau dan aku " Mata Iskandar membesar dan tidak mahu bersetuju dengan kata -kata lelaki tersebut.

" Eh relax. Aku bukan nak apa-apakan diorang semua. Aku cuma perlukan bakat lakonan korang semua lepas itu hutang kita kira langsai.

Agak lama Iskandar cuba mentafsir kata-kata lelaki tersebut. Akhirnya Iskandar bersetuju kerana dia mahu melangsaikan hutangnya dengan secepat mungkin.

" Akhirnya aku dapat menunaikan janji yang dah lama aku buat. Kau tunggulah Dato Herman ... Nazrul Aiman is back hahahahahaha "

end throwback

Aqish sedang leka termenung di laman belakang rumah. Hatinya menjadi tidak menentu semenjak kejadian diabaikan oleh mama dan papanya. Nazrul melihat Aqish yang beberapa harini diam tidak seceria dahulu. Nazrul tahu yang Aqish sudah berhubung dengan family dia tetapi family nya tidak menghiraukannya.

Aqish aku minta maaf. Tak pasal-pasal kau kena terlibat sama. Aku dah janji benda ni lama tapi semuanya bukanlah salah kau tapi semuanya salah kakak kau tu Arina. Kau sepatutnya bersyukur aku tak buat apa-apa yang melampaui batas antara kau dan aku.

Nazrul tidak menegur Aqish dan hanya berlalu masuk ke biliknya dan mengingat semula macam mana perjanjian antara Dato Herman, Datin Hasimah dan Arina.

throwback

" Perbuatan kamu kali ini sudah melampau Arina! Kamu tahu yang kamu dengan Nazrul sudah bertunang kenapa kamu boleh curang begini dengan orang berbangsa putih pula tu " suara Dato Herman meninggi. Sungguh terlihat kekesalan di muka Dato Herman.

" Papa tak ada hak nak halang Arina! Nazrul tu miskin dia tak ada apa yang boleh di bagi dekat Arina. Orang miskin seperti itu tidak layak jadi suami Arina dan menantu Dato Herman "

panggg

Tepat tamparan tersebut terkena di muka Arina. Tersentak Datin Hasimah dengan perbuatan papanya.

" Tergamak papa lempang Arina untuk lelaki miskin tu! How could you! Dia miskin! Dia tak layak ..."

" Tak layak jadi suami kau? " Kata-kata Arina dipotong oleh suara yang garau. Nazrul rupanya yang memotong kata-kata Arina.

" Ya baguslah kau dah dengar. Memang ...memang kau tak layak jadi suami aku. Yes for the first aku suka kau sebab apa? Sebab kau ada rupa tapi lepas kau bagitahu aku yang kau tak ada apa aku dah dapat tahu yang kau tu cuma nak ambil kesempatan dari papa aku kan? Sekarang kau cakap kau nak berapa banyak? Papa aku boleh bayar lah!!!! " panjang lebar Arina membebel kepada Nazrul tetapi Nazrul hanya tersenyum sinis.

" Dato saya minta maaf tapi apa semua ini? Inikah yang Dato janji kepada saya? Heh Dato silap besar kalau Dato boleh mainkan saya " Hanya senyum sinis dilempar oleh Nazrul ke arah Dato Herman.

" Nazrul jangalah panggil saya Dato. Saya tak layak terima panggilan itu. Maaflah saya tak sangka anak saya amat gilakan harta. " Dato Herman hanya mampu menunduk. Tidak mampu Dato Herman memandang muka anak muda tersebut.

" Papa why should you respect him? He is nothing! Dasar pengemis apa kau bagi kat papa aku hah!!! " melenting suara Arina apabila papanya sungguh hormat kepada Nazrul. Bertambah sakit hatinya.

" Enough Arina!!!! Kamu tak tahu apa-apa tentang Nazrul. Orang yang kamu sedang hina inilah yang bagi papa kerja. Dia beri kepercayaan kepada papa untuk uruskan syarikat dia. Papa hanyalah kuli kepada dia. Nazrul suruh rahsiakan status dia sebagai bos sebab dia tak mahu kamu terlalu manja tapi papa tak sangka kamu bersikap begini! " kata-kata Dato Herman benar-benar membuat Arina terkesima. Datin Hasimah tidak mahu masuk campur kerana dia terlalu malu nak berdepan dengan Nazrul.

" A...awak....saya minta maaf saya tak tau yang ..."

" Cukuplah. Kau diam sajalah. Aku dah muak dengan lakonan kau. Dato saya hormat Dato. Saya tau pangkat saya jauh lebih besar dari Dato tapi Dato dah tua cuma satu yang saya minta. Saya nak putus dengan Arina. Saya tau Dato ada anak lagi seorang. Aqish kan? Bila sampai masa saya akan ambil dia. Itu janji saya " Sedikit tapi padat kata-kata Nazrul.

" Saya faham Tan Sri. " Dato Herman hanya mengakur.

" Tan....Tan Sri? A..awak Tan Sri! Awak saya minta maaf sangat-sangat saya ...saya.."

" Sudahlah aku tak mahu perempuan yang mata duitan seperti kau jadi isteri aku " Nazrul hanya memandang sinis dan berlalu pergi.

" Papa kenapa papa tak bagitahu yang dia tu Tan Sri!!!!! " Jelas sekali Arina kecewa dengan apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

" Papa tak sangka kamu begini. Papa menyesal kenalkan kamu dengan dia. Papa harap Nazrul tak apa-apakan Aqish. Papa kecewa sangat dengan kamu! " Dato Herman terus masuk ke dalam bilik.

Arina sangat malu dengan dirinya. Menyesal sungguh dia meninggalkan Nazrul. Tidak sangka lelaki tersebut kaya. Menyesal sungguh. Malam itu Arina keluar untuk membawa diri tapi malang tidak berbau. Arina terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Tetapi Nazrul masih dengan janjinya iaitu dengan janji mahu mengambil Aqish bila masanya tiba.

end throwback

tbc 💕

heyyyy so semua spekulasi sudah terjawab kenapa Nazrul opss I mean Tan Sri Nazrul Aiman okay mahukan Aqish. Wait for next chapter okay

jangan lupa baca The Guardians vs The Angles by : Adlienaa_v okayyyy

sebenarnya nak update masa tahun baru tapi tak sempat so selamat bersekolah dan bekerja semua 😂 thanks for your support my readers 😘😘 and one more thing maaf chapter ni byk sangat throwback hehe.

nafsu & maruahWhere stories live. Discover now