Selesai sahaja Aqish install messenger terus Aqish menghantar text kepada mama dan papa nya. Aqish tunggu selama satu jam tetapi mama dan papa nya langsung tidak membalas textnya. Aqish berasa sangat sedih. Hatinya mula berkata-kata.
marah sangat ke mama dengan papa dekat aku? sampai mereka langsung tak mahu membalas text aku em ..mungkin diorang telah lupa tentang kewujudan aku pun ataupun ..dah ada pengganti hmm
" Awak ..kenapa tak tidur lagi ni? dah pukul 2.00 pagi ni " Nazrul yang baru sahaja balik terus duduk di sebelah Aqish. terlihat mata Aqish sembab walaupun di dalam gelap. baru lepas nangis ke? Nazrul ingin menyentuh pipi Aqish tetapi Nazrul masih tahu batasnya.
" saya tak boleh tidur. alang-alang saya tunggulah awak balik. takpelah tiba-tiba rasa mengantuk sekarang, saya masuk tidur dulu ya good night " Aqish berlalu masuk ke bilik. Aqish perasan yang Nazrul memerhatikan mukanya. perasaan malu timbul kerana Nazrul mungkin perasan muka Aqish yang sembab tadi.
pagi itu Aqish terjaga awal dan terus membuka telefonnya tetapi masih lagi mama ataupun papanya membalas textnya. mood Aqish pada pagi itu tidak berapa baik wajahnya masih lagi sugul.
Nazrul jalan menuju ke arah dapur. Nazrul dapat menghidu aroma nasi goreng tetapi dia blur siapa yang memasak di dapur. Aqish?
Aqish sedang memasak di dapur apa yang lagi pelik ialah Aqish mengenakan tudung di kepalanya.
" awak? Aqish? awak ke tu " Nazrul masih lagi pelik dengan situasi itu. tapi sejak bila Aqish bertudung? mana Aqish dapat tudung tu?
" assalamualaikum awak. selamat pagi. jom kita sarapan mesti awak laparkan " Nazrul masih lagi membisu mungkin masih terkejut dengan perubahan Aqish yang terlalu mendadak.
" Awak ...mana awak dapat tudung tu? " suara Nazrul memecahkan kesunyian di ruang tersebut.
" ouh tudung ni ...memang ada dalam beg saya ..masa awak dah kemaskan beg saya tu memang ada satu tudung dekat bahagian bawah ..ini pemberian papa masa hari jadi saya tahun lepas tapi saya tak pernah pakai pun lagipun saya pernah marah papa ...sebab bagi tudung ni em .." raut wajah Aqish mula murung
" saya minta maaf ..tak perasaan pulak ada tudung tu a... "
" kita keluar kejap lagi boleh? saya nak beli tudung dengan baju baru yang lebih menutup aurat tapi ...saya nak pinjam dulu duit awak boleh? " kata-kata Nazrul dipotong dahulu sebelum Nazrul menghabiskan ayatnya.
" boleh saja awak ..tak payah pinjam saya memang akan bagi je. habiskan lah makanan tu boleh kita keluar kejap lagi " senyuman Aqish terukir di bibirnya. senang hatinya apabila Nazrul bersetuju dengan permintaannya.
setia city mall
Aqish teruja apabila melihat pelbagai jenis tudung dan baju yang berada di kedai pakaian muslimah tersebut. Naik rambang matanya hendak memilih pakaian dan tudung di situ. Nazrul hanya tertawa melihat telatah Aqish yang seperti budak-budak.
" Awak saya nak pergi cuba semua baju ni ya. Awak tunggu kejap ya " ujar Aqish lalu menuju ke bilik persalinan.
Nazrul hanya senyum dan menunggu Aqish di luar. semasa menunggu Nazrul terlihat beberapa orang suruhan Iskandar dengan segera Nazrul menyorok di suatu sudut yang sedikit tersembunyi.
Apa yang diorang buat dekat sini. mampos la kalau diorg nampak aku dengan Aqish ada dekat sini.
Nazrul mula berasa lega apabila mereka cuma berlalu sahaja dan tidak terlihat Nazrul yang sedang menyorok.
" Awak oo awak. " Nazrul terdengar suara Aqish yang sedang memanggilnya
" ya sekejap " setelah Nazrul memastikan bahawa tiada lagi mereka di situ cepat-cepat Nazrul pergi ke arah Aqish
" Dah ke jom bayar lepastu kita pergi tempat lain. " Aqish pelik dengan perangai Nazrul yang berubah 90 °
masuk sahaja Aqish ke dalam kereta Nazrul mula memecut keluar dari perkarangan mall tersebut. Nazrul tidak mahu Aqish berasa takut jadi Nazrul cuba berlagak selamba.
" so macam mana? okay tak baju-baju tadi tu " Nazrul memecahkan kebisuan di antara mereka
" alhamdulillah semuanya okay. kain dia semuanya selesa terima kasih awak " Aqish melemparkan senyuman sambil mengenyit mata ke arah Nazrul. merah pipi Nazrul apabila Aqish berbuat begitu.
sepanjang perjalanan pulang hanya di iringi dengan gelak tawa dan kadang-kadang kebisuan di antara mereka.
tbc 💕
hey guys exam tak habis lagi sebenarnya hahaha tapi idea tengah mencurah-curah jadi tak baik kita bazirkan betul tak?
I want to promote my first story
semuanya tentang kau (by) syaafaz00
please support my first story okay thank you readers muahhahahaha 🌹
YOU ARE READING
nafsu & maruah
Romancefor you information cerita ini tiada berunsur lucah. watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. jika ada mungkin hanya kebetulan ☺ Disebabkan pergaulan Tengku Aqish Farwin yang terla...