part 1

25K 473 6
                                    

Tengah mereka berduka kerana kematian orang tersayang tiba tiba ada sekumpulan lelaki berbaju hitam datang dan ingin berjumpa dengan mereka.

"Adakah ini rumah Tengku Badrul?". Tanya lelaki itu kepada wanita yang ada didepan pintu itu.

"Ya ini rumah Tengku Badrul. Encik ni siapa ye? Ada apa encik cari suami saya?"

"Saya tak cari suami puan. Sebab kami tahu suami puan dah mati. Kami datang cuma nak bagitahu kalau Tengku Badrul telah berhutang dengan tuan kami sebanyak 3.5 million

Untuk selamatkan syarikatnya dari muflis. Tapi suami puan gagal menyelamatkan syarikatnya dari muflis. Serta gagal membayar hutang dari tuan kami"

Terduduk wanita tadi apabila mendengar jumlah yang dikatakan oleh salah seorang dari mereka.

Aira dan Elly berlari mendapatkan ibu mereka yang terduduk dilantai. "Mama kenapa ni? Tanya Aira kepada ibunya yang hanya menangis tanpa membicara kan apa-apa

"Apa yang encik buat pada mama sampai mama menangis macam ni. Encik sedar tak yang sekarang ni ada kematian encik boleh datang hari lain". Aira tak dapat nak mengawal perasaan marah nya. Cukup lah dia kehilangan papa nya.

"Papa kalian berhutang sebanyak.....". Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya dengan cepat Aira memotong kata kata lelaki itu.

"Kalau nak bincang pasal hutang bincang hari lain. Waktu sekarang tak sesuai. Kalau tuan korang tak boleh nak sabar. I sendiri yang akan datang ke syarikat tuan korang dan berbincang pasal hutang-hutang papa. Tolong keluar dari rumah i". Aira menunjukkan pintu keluar menggunakan tangan nya.

Aira dan Elly memapah ibu mereka masuk kedalam rumah. Sampai dibilik Aira melihat ibunya banyak termenung dan gelisah. Aira menggenggam kedua tangan ibunya.

"Mama jangan risau pasal hutang-hutang papa ye. Aira sendiri yang akan selesaikan". Berharap dengan kata kata itu dapat mengurangkan kerisauan ibunya

Mendengar anaknya berkata begitu wanita itu hanya menggelengkan kepala dan menangis terisak-isak.

Aira dan Elly memandang antara satu sama lain. Sayu hati mereka melihat mama nya begitu.

"Macam mana Aira nak bayar hutang hutang papa. Mama tak sangka papa sanggup berhutang sebanyak tu untuk selamatkan syarikat keluarga kita. Mama dah kata kat papa lepaskan syatikat tu tapi papa degil. Sudahnya apa jadi pada keluarga kita sekarang ni".

"Mana kita nak dapat duit nak bayar hutang-hutang tu. Mama ada cadangan. Kita lari dari sini. Jadi diorang tak akan buru kita lepas ni".

Wanita itu bangun dan mengambil beg pakaian. Bersusah payah dia memasukkan pakaian ke dalam beg.

"Mama, kalau kita lari sekalipun itu tak akan menyelesaikan masalah. Kita lagu menambahkan masalah yang ada". Aira berkata lembut sambil berjalan ke arah mamanya

"Elly setuju dengan cadangan mama. Kjta lari je dik. Kita tak akan mampu nak bayar hutang-hutang papa. Apatah lagi hutang-hutang perkerja yang tak dapat gaji. Mana kita nak cari duit. Jom lah kita lari". Ellyna berkata sambil memegang kedua bahu adiknya.

Dengan keadaan mereka yang sekarang ni tak mungkin dapat membayar hutang hutang ayah mereka. Ellyna tahu dengan siapa papa nya berhutang. Dan dia sangat mengenali lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Hairi Qusyairi. Lelaki yang pernah menjadi kekasihnya dahulu. Kerana tak tahan dengan sikap playboy lelaki itu Ellyna buat keputusan untuk meninggalkan nya.

Ellyna masih ingat lagi seminggu sebelum papa nya meninggal. Papa nya ada memberitahu tentang hutang-hutang nya.

"What's!!!". Rasa macam disambar petir apabila papanya berkata begitu.

"Please sayang jangan macam ni. Ellyna tak sihat bahaya untuk jantung Ellyna". Lelaki itu merayu supaya anaknya jangan ikutkan perasaan terkejut itu.

"Papa sedar tak apa yang papa buat. Papa tahu tak si Erry tu berdendam dengan El sebab El tinggalkan dia. Kenapa papa berhutang dengan dia".

"Bila El putus dengan dia? Papa tak tahupun pasal ni. Dia tahu masalah papa. Dan dia janji nak bantu papa untuk selamatkan syarikat kita. Sebab dia kata dia bukan orang lain. Dia bakal menantu papa".

Mengeluh panjang Elly apabila papa nya berkata begitu. Terduduk sudahnya dia. Habislah.. Pikir El

"Aira tahu ke pasal semua ni?" Ellyna bertanya pada papanya.

"Aira tak tahu. Lagipun Aira tak kenal siapa Erry. Bila Aira balik nanti, papa harap El rahsiakan semua ni dari pengatahuan Aira. Papa tak nak Aira tahu masalah keluarga kita. Dia baru je balik dari Landon. Papa nak celebrate kepulangan dia "

Engku Badrul mempunyai dua orang anak perempuan yang pertama bernama Aira Ellyna. Aira Ellyna adalah anak kesayangan keluarga. Kesayangan kerana Aira Ellyna sejak lahir mempunyai masalah jantung lemah jadi mereka sekeluarga melebihkan sedikit perhatian untuk Tengku Aira Ellyna.

Manakala anak yang kedua bernama Tengku Aira Ellyana.  Atau lebih dikenali sebagai Aira. Sejak kecil Aira banyak berusaha sendiri dan tidak mengharapkan bantuan keluarga. Dia tak pernah iri hati dengan kakak nya. Kerna dia juga turut memberikan perhatian untuk Ellyna.

Aira menyambung pelajaran master di Landon selama 3 tahun. Selama tiga tahun hanya video call yang menjadi pengubat rindu.

"Kenapa kita perlu lari. Biar Aira sendiri yang settle kan masalah ni". Aira cuba terlihat kuat didepan mama dan kakak nya tapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu.

Seminggu masa yang singkat untuk dia bersama papa nya. Kalau dia tahu papa nya akan pergi secepat macam ni. Dia sanggup sambungkan pelajaran di Malaysia.

Is It Love?Where stories live. Discover now